Posted on

Plein air di Johor Bahru bersama Johor Sketchers dan Urban Sketchers Singapore

Akhirnya sampai jugak ke JB dan plein air bersama Johor Sketchers dan Urban Skethers Singapore pada 18-19 April 2015. Terima kasih Hisham Salmin atas pelawaan dan perancangan walaupun pada awalnya teringin bawa seberapa ramai ahli gangsta watakala turun ke JB. Hasrat tidak kesampaian, hanya kami berdua ke sana.

Mungkin ini permulaan yang tidak mematahkan semangat kami untuk terus berkarya plein air, kerana kami berkarya bukan atas dasar paksaan, bukan untuk membuktikan sesuatu, bukan kerana tiada masa untuk keperluan lain, bukan kerana kami bebas ke mana sahaja, bukan kerana tiada kerja, bukan kerana idola atau sifu, bukan kerana keuntungan, bukan kerana pengaruh, bukan kerana sesiapa, tetapi kerana kepuasan diri dan silaturrahim. Itu sahaja…

2015418152456 1
Tajuk: Red House, Jln. Tan Hiok Nee, Johor Bahru
Saiz: 38 cm x 56 cm
Winsor Newton/Daler Rowney watercolor + 300gsm Saunders Waterford watercolor paper
2015420055000 1
Tajuk: Jln. Ngee Heng, Johor Bahru
Saiz: 38 cm x 56 cm
Daler Rowney/Winsor Newton watercolor + 300gsm Saunders Waterford watercolor paper

Perancangan awal kami akan bertolak pada hari Sabtu jam 10 pagi, tetapi oleh kerana tidak mahu melepaskan peluang kerana grup Johor Sketchers dan Urban Sketchers Singapore akan berplein air pada jam 9 pagi di Jalan Tan Hiok Nee, perancangan itu ditukar pada saat2 akhir dan kami bertolak pada jam 4 pagi. Itu sebenarnya pengorbanan seorang pelukis sejati, chewahhh…

Mudah sebenarnya berkerja bersama Hisham Salmin kerana dia seorang yang sangat menepati waktu walaupun waktu yang dirancang diluar kemampuan dan kebiasaan. Maaf sebab tak dapat pergi dengan kereta saya disebabkan belum service (over mileage), mungkin perancangan akan datang pergi dengan kereta saya pulak.

Kami sampai  ke destinasi jam 8 pagi disambut mesra hero Malaya pelukis hebat Taib Aur dan CEO Johor Sketchers Hafizal Nordin. Walaupun 1st time jumpa Hafizal Nordin, fuhhh bukan main mesra lagi mamat tu, hehehe terbaik bro, gurau je…

Lepas sarapan kali ke 2, kami terus dengan sesi plein air. Untuk pengetahuan, plein air kali ni disertai 13 orang pelukis dari 2 negara iaitu Urban Sketchers Singapore Mr. Tony Chua, George Huang, Tan Chit Seng, Andrew Yeo, Johor Sketchers iaitu Hafizal Nordin, Taib Aur, Jaie Ramlee, Neil Shah, Halim, Faiz Zainal dan Ariff Lokman dan kami berdua dari Gangsta Watakala.

Plein air kali ni antara yang paling mencabar selepas Bagan Lalang kerana kami terpaksa berdepan suhu yang agak tinggi dengan angin yang agak lemah, tetapi langsung tidak mematahkan semangat kami untuk berkarya. Sesi ini tamat pada jam 12 tengahari dan kami terus kepada sesi bertukar pendapat dan pengalaman serta makan2. Thanks Mr. George Huang belanja semua minuman kami…

Jam 2 petang kami bersurai dan check in di Aman Sari Hotel… penat hoihhh, Hisham Salmin terus dengan meeting keluarga, apa lagi rehat la…

Petang tu Taib Aur bawak kami round2 Bandar Johor Bahru, bersih dan terurus bandar ni tapi nape orang jarang cerita pasal Johor Bahru ek… asal paling bersih je mesti Melaka, hehehe, sori la pasal kebersihan ni saya perati sikit.

Atas faktor gian pada 19 April, sekali lagi kami berplein air sebelum bertolak balik. Plein air pagi ni lebih santai dan agak ramai audien… memang terbaik…

2015418091147
Antara yang sampai awal
2015418093004
View yang akan dilukis
2015418110623
Panas hoihhh…
2015418110701
Apakah yang berlaku pada brother ni? aku buntu….
2015418112938
Bersama Jaie Ramlee (antara founder Johor Sketchers) merupakan illustrator buku Mat Luthfi, fuhhh hebat
2015418115511
Ini kami…
2015418115648
Hebat
2015418115711
Bertukar2 pendapat
2015418132911
Bersama Mr. Tony Phua…
2015418185510
Insaf…
2015418195049
Provokasi, cari gaduh…
2015418211247
2015418211323
Karya Mr. TA
2015418213301
Jln Tan Hiok Nee waktu malam, ada pasar karat lagi…
2015419091428
Plein air kedua di Jln Ngee Heng
2015419095350
2015419101830
Peminat, hehehe
2015419102503
2015419102518
2015419102932
Siap…