Terima kasih Puan Sri Habibah Salleh yang sudi menjadikan lukisan2 saya antara koleksi2 beliau…sungguh terharu…
Category: Chronicles
Sekitar Majlis Pameran CAIR, Galeri Shah Alam
Hmm tak sempat nak karang…


Ahad yang padat…
Selepas plein air di Batu 24, jadual saya diteruskan lagi dengan 2 penghantaran karya kepada collector di sekitar Kuala Lumpur. Fuhhh! jenuh jugak nak cari rumah2 mereka nih maklumlah saya memang tak guna GPS, Waze atau sebagainya, bukan kolot tapi bila guna benda ni kompom takkan belajar selok belok jalan di KL ni, hehehe
Plein air di Jalan Salman Al-Farisi RA, Batu 24
Sabtu ahli Gangsta Watakala busy dengan keluarga, so plein air kali ni dibawa ke hari Ahad 24 Mei 2015 disertai Hisham Salmin, Maroz Khuzaini dan Shamruismawi (Abah) di Jalan Salman Al Farisi R.A. Batu 24 berhampiran pekan Bangi Lama.
Night plein air bersama Gangsta Watakala, Sketchwalk KL dan Namchai dari Thailand di Dataran Merdeka
Plein air Kg. Nail, Kuala Besut
Bila balik kampung, tentunya akan ada masa diluangkan bersama2 pelukis di sana terutamanya dari Kelantan. Pada mulanya ingatkan Tho Man nak buat solo plein air, rupanya ada Mazuki Mohammad, Cikgu Haji Mokhtar Ishak dan Sham Cni jugak… Memang rezeki sayalah nak plein air dengan otai berbisa nih…
Pilihan tempat plein air kali ni hanya 10 minit dari rumah Mak Mertua saya di Kuala Besut, cantik sangat la tu, hehehe. Disebabkan saya berada di Kuala Berang menjaga ibu yang dimasukkan ke wad kerana jangkitan kuman pada hari Jumaat, so awal pagi sabtu saya dan keluarga bertolak ke Kuala Besut dan team plein air berjumpa di Kg. Nail… selebihnya tengok gambar di bawah, huh malas nak cerita….
Sebelum pulang, sempat juga la ajak mereka makan tengahari di rumah Mak Mertua saya di Kg. Baharu, terima kasih kerana sudi singgah…


Bila berada disebelah Cikgu Ta, dia tak pernah lokek ilmu dan pengalaman…Sebenarnya banyak kisah suka duka Cikgu Ta sedikit sebanyak membuatkan saya kuat dan tak mudah putus asa dalam perjuangan sebagai seorang pelukis…
Dimana saja, mana yang sempat :-)
Sepatutnya hujung minggu ni saya perlu menghadiri beberapa pameran dan satu sesi perbincangan tetapi Allah Maha Mengetahui perancangan terhadap hambaNya, Selepas hampir 2 hari demam, ibu (bahasakan Mek) terpaksa ditahan di Wad Hospital Hulu Terengganu selama 3 hari. So terpaksalah cancel aktiviti weekend dan balik Terengganu.
Pengurusan hospital yang sangat baik dan mesra (tak sama langsung dengan hospital kerajaan yang lain!) menjadikan urusan kami lebih mudah, TERIMA KASIH























































