Last minute planning dengan Hisham Salmin untuk berplein air di sekita Bangi-Kajang. Kami hanya memutuskan untuk plein air di Kg. Jenderam Hilir selepas bersarapan pagi, harap tiada yang kecewa kerana tidak dapat sertai kami. Thanks jugak pada Farid dari Bukit Mahkota yang sudi join kami, meriah la sikit.
Sesi plein air kali ini agak lain sikit, tempat yang menarik pilihan Hisham Salmin tapi sedikit cabaran buat saya (kurang pengalaman lukis pemandangan macam ni, hehehe). Tapi momen yang paling best adalah ke’sporting’an tuan tanah yang bukan hanya membenarkan kami bersiaran di sekitar tanahnya tapi telah menjamu kami dengan cucur bilis, tapai dan teh O panas, terharu pun ada, terima kasih banyak2 hanya Allah saja mampu membalasnya 🙂
Hasil plein air kali ini…
Saya, Hisham Salmin dan Farid
Mak Lijah sedang menggembur tanah, bercucuk tanam agaknya…
Hisham mencari angle yang sesuai…
Dapat sekor ayam…
Sebelum memulakan sesi, bergambar poyo tu penting
Hisham berkongsi sesuatu dengan Farid untuk mendapat komposisi dan angle yang baik
Hisham lupa nak bawa pelekat easel, tapi Mak Lijah bagi satu table lg, hehehe
Alhamdulillah selesai sudah Bengkel Cat Air ke-2 saya di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Bengkel kali ini dikendalikan oleh saya dan Hisham Salmin memfokuskan latihan intensif kepada peserta untuk lebih explore kemahiran dan stail masing2 tanpa terlalu bergantung kepada stail pelukis ternama yang lain. Kami bermula dengan pengenalan tentang cat air, sebelum membawa peserta menyelami dunia cat air secara lebih mendalam. Peserta dikehendaki menyiapkan satu lukisan yang dicadangkan oleh Hisham Salmin sebelum diteruskan dengan demo cat air oleh saya sendiri di sesi terakhir.
Kehadiran peserta adalah sangat menggalakkan. Pada mulanya kami cuba hadkan peserta kepada max 10 orang sahaja, tak sangka ada lebih permintaan dan kami memutuskan untuk serapkan juga 5 peserta ini. Antara peserta yang menyertai bengkel ini ialah Cikgu Noraliza Mohamad (Melaka), Cikgu Kuntom Salleh (Melaka), Rasidi Abdul Rahman (Pahang), Eme Arizal Mahidin (Shah Alam), Elisya Munirah (Shah Alam), Ahmad Tajuddin Abdullah (UKM), Razlan Mat (Sg. Buloh), Ahmad Farid Mustaffa (Bukit Mahkota), Engku Iskandar (Kajang), Yen Peng Sim (Puchong), Crystal Lee (Sarawak), Ahmad Affzan Abdullah (Kajang), Wan Borhanuddin (KL), Ridzuan Nuruddin (Subang) dan Mohd Azwan (Kajang), Amin Daud (Bandar Baru Bangi).
Inshaa Allah dalam masa terdekat saya akan membuat demo cat air di beberapa tempat, terima kasih in advance kepada yang menjemput 🙂
Peserta bergambar bersama Abang Zul dari Pusat Kebudayaan UKM yang banyak membantu memudahkan urusan dan menguruskan logistik kami. Terima kasih Abg Zul
Hasil demo cat air selama satu jam setengah:
Tajuk: Kundasang Saiz: 28 cm x 38 cm
Tajuddin ceria bersama Abg Wan Borhanuddin (tokey WanB Art Supply)
Hikmat tangan kiri Razlan…
Berkongsi sesuatu…
Peserta paling muda…
Tekun beraksi…
Sharing is caring
Orang hebat animation ni, Amin Daud…
Demo
Kusyuk
Photographer yang ingin mencuba sesuatu yang baru, katanya…
Rambut stail tentera ni nampak garang sikit la, nak tegur pun takut…
Alhamdulillah syukur, itu sahaja yang mampu diungkapkan setelah diumumkan memenangi tempat ke-2 Pertandingan Plein Air Tanjung Malim. Dengan kehadiran dan penyertaan seramai 57 orang peserta bukanlah sesuatu yang boleh dijangka untuk memenangi pertandingan ini, tapi saya hanya bertekad untuk memeriahkan lagi acara plein air anjuran UPSI dan PeRUPA ini. Acara yang sangat baik sebagai platform untuk pelukis tanah air berkumpul, berkenalan, berkongsi idea dan mengeratkan silaturrahim.
Juri pertandingan: Prof Dr Tjejep (ITB Bandung, Indonesia), Prof Dr Halim Husain (UPSI) dan Aris Aziz (Pengerusi PeRUPA).
Pemenang: 1) Abey Zoul 2) Azman Nor 3) Ismail Alias
Saguhati: 1) Mazuki Muhammad 2) Khairul Anam, 3) Adzran Omar
Jadual yang agak padat hujung minggu yang lepas dengan beberapa program yang menarik anjuran galeri, BSVN, APS dan plein air. Terima kasih rakan-rakan yang memberi sokongan dalam menjayakan program 2 hari ni, penuh pengisian dan bermanfaat.
17 Oktober 2015
Bengkel Cat Air Azmannor 0930 am : Pendaftaran dan pengenalan 1030 am : Demonstrasi cat air (teknik yang betul) 1330 pm : Tamat
Perasmian Pameran Nan Indah Tokonang Juo anjuran APS 1430 pm : Pendaftaran dan lawatan ke ruang pameran
Demonstrasi Cat Air oleh Abey Zoul, Mazuki Muhammad dan Azmannor di Art Bazaar 1500 pm : Mula (lakaran) 1700 pm : Siap 1730 pm : Sesi bergambar
18 Oktober 2015
Plein Air bersama Hisham Salmin di Taman Wetland Dengkil 0930 am : Mula 1200 pm : Tamat
Bengkel Cat Air Azmannor
Antara yang menyertai bengkel ini. Belakang dari kiri: Padi Razak, Yen Peng Sim, Adzuan Hashim, Noor Asyikin Mustapha, Syahman Ibrahim, Mazuki Muhammad (fasilitator), Iffat Haiqal, Zamlop Harun. Depan dari kiri: King Marul, Razlan Mat, Pok Nik, Jeremy Lee, Saya, Engku Iskandar dan Cheng Peng Sia.
Tekun Poknik & Mr. Cheng
Terima kasih Abey Zoul, Mazuki Muhammad, Ryzal Misran dan Padi Razak yang membantu.
Menjawab pertanyaan
Kusyuk atau terkejut?
Terus melakar untuk dapatkan struktur dan figure yang tepat
Demo secara berperingkat…
Terima kasih Adzuan, hasil terbaik…
Terima kasih Engku Iskandar yang sudi join
Hasil bengkel…
Tajuk: Pekan Kuala Kubu Baru Saiz: 28 cm x 38 cm
Perasmian Pameran Nan Indah Tokonang Juo anjuran APS
Terbaik dari Abg Rasid Yusof
Bersama Tn. Zaim Durulaman dan sampaikan tempahan Tn. Munawir
Demonstrasi Cat Air oleh Abey Zoul, Mazuki Muhammad dan Azmannor di Art Bazaar
3 Abdul sedang beraksi, Abdul Kalam, Abdul Kilin dan Abdul Kulup
Siap
Plein Air bersama Hisham Salmin di Taman Wetland Dengkil
Sambil tunggu petugas wetland beri makan pada buaya
Hisham Salmin kusyuk beraksi…
Tajuk: Paya Indah Wetland Dengkil Saiz: 38 cm x 56 cm
Walaupun cuaca agak jerebu, semangat GW masih lagi kuat untuk berplein air di Sentul. Perancangan awal untul kami melukis gerabak keretapi lama yang masih tersadai di stesen lama Sentul tidak kesampaian kerana menurut guard yang bertanggung jawab, kami perlu membuat surat kepada pihak atasan KTM memohon kebenaran bertulis kerana tempat tersebut dilarang untuk kunjungan awam. Selepas hampir 1 jam berunding, kami masih lagi tidak dibenarkan untuk melukis pandangan hadapan gerabak tersebut, kami akur kerana mereka hanya menjalankan tugas. Sekiranya kami dilepaskan mungkin mereka akan hadapi masalah nanti.
Walaupun sedikit hampa, kami tetap meneruskan aktiviti plein air ditempat yang sama walaupun view yang agak terbatas.
Dalam melukis kalau boleh saya nak se’simple mungkin dari hasil lukisan hinggalah ke peralatan yang digunakan untuk melukis. Watercolor palette yang digunakan sebelum ni bukan lah tak best, tapi setiap satu tu pasti ada sikit kekurangan. Saya kurang selesa gunakan palette yang mempunyai pan mudah alih atau tempat isi color yang terlalu dalam (sebab color terlalu banyak diletakkan). Palette ni kadang2 boleh merosakkan hujung berus bila nak calit color tu…
Satu hari bila dah belek2 website ebay, terjumpa satu palette yang memang dicari sebelum ni. Harga murah tapi kos penghantaran agak mahal, nak tak nak memang kena beli sebab dah lama mengidam >_<
Kos Penghantaran agak mahal pun sangat puas hati sebab penghantaran dari Kanada mengambil masa kurang seminggu, memang terbaik!
Sekitar majlis Perasmian Pameran Art On Paper di Galeri Artiseri, Seri Pasific Kuala Lumpur.
Pada awalnya mendapat mesej daripada sahabat yang juga merupakan kurator pameran ini, Irwan Idris yang jemput saya untuk join pameran ni. Alhamdulillah peluang ni tak dilepaskan…
Pada 29 September saya hadir majlis perasmian oleh Pengarah Drama dan Filem tanahair, Saudara Bade Hj. Azmi walaupun tak berapa sihat sebab sakit dada dan kebetulan juga ada 2 urusan penting di KL pada masa yang sama, jadi ambil peluang untuk singgah di Artiseri…
Sangat2 bersyukur sebab dapat join pameran berprestij ini…dapat berkenalan dan bertemu muka rakan fb saya selalu saya chatting sebelum ni antaranya Pak Yusof Gajah, Pak Kamaruddin Kamali, Prof Abdul Jalil Othman, Raja Mohamed Nizam, Cikgu Khalid Othman, Pak Ismail Baba, Abg Nazmi Foto, Tuan Mazlan Noor dan Isteri, Kak Rozainiabidinhazir, Kak Lina Khairi, Abang Mohd Foad Hassan, Hesharm Ibrahim, Abg Zahuri Harun, Nizam Aziz, Aku Napie, Abg Ilon Anuar, Abg Hudry Hayat, Khairul Muhammad Zain, A. Zaki Hadri, Syuq Tone, Tuyuk, Dwen Karikatur, Zarina Abdullah, Tembakau, Cikgu Raof Ali, Syaiful Jangguttouch, Namizam Muda, Abg Shamsuri Atan dan ramai lagi.
Bersama karya sendiri
Kartunis Tembakau disamping karya-karyanya
Karya Hisham Salmin
Seperti yang dirancang…
Masing2 kusyuk
Masing2 kusyuk
Terima kasih Irwan yang bertungkus lumus memastikan pameran berjalan lancar