Gambar ni memang dah ada dalam album sejak tahun 2007, terasa nak conteng-conteng watercolor gambar ni tapi bila buat dengan penuh beremosi, inilah hasilnya…hehehe. Maknanya saya telah mencuba satu teknik yang baru.
Author: Azman Nor
Conteng-conteng watercolor: Persimpangan di Bandar Kuala Terengganu
Conteng-conteng watercolor: Pekan Jerteh, Besut
Lukisan ni nampak sangat kejam dengan warna yang digunakan, tapi percayalah ‘don’t judge the book by it cover…’ chewah. Sebenarnya tak ada makna mendalam pun, warna kemerahan ni digunakan pun sebab nak habiskan warna merah yang terlebih bancuh, hehe terlebih jujur…
Gambar ni diambil di Pekan Jerteh dengan berlatarbelakangkan masjid yang baru siap dibina beberapa tahun lepas…
Conteng-conteng watercolor: Gerbang Universiti Kebangsaan Malaysia
Alkisah terjadinya lukisan bersaiz sebesar ini kerana mengamalkan kaedah penjimatan tahap gaban, hehehe. Hasil kerja sambil-sambil rehat hari ini…Lukisan pandangan hadapan pintu utama UKM Bangi ni memang dah lama dipendam untuk di’WC’kan, maka pagi ini impian itu telah terlaksana…
Conteng-conteng watercolor: Masjid Kg. Baharu, Kuala Besut
Tak susah kalo niat nak menconteng kata setengah orang. Tapi menconteng pun kene belajar adabnya supaya karya yang dihasilkan mampu menjadi tarikan kepada orang yang melihat, juga mampu memberi mesej yang berguna. Rasanya hampir 2 minggu tak post kan entry terbaru hasil karya saya, maklumlah tengah berguru dengan sifu ‘youtube’ tentang teknik baru ni. moga hasil kali ini menjadi inspirasi kawan-kawan…