Sambil-sambil rehat dan menanti berita, terasa nak study benda baru yang berkaitan dengan watercolor. Kaedah lakaran memang cepat dan menjimatkan masa, so terfikir nak hasilkan lakaran yang menarik dan tidak terlalu over…pilih gambar dan terus melukis…
Author: Azman Nor
Conteng-conteng watercolor: Beca Usang
Sebagai Cenderamata
Hari ini genap SETAHUN bersama…
Alhamdulillah genap setahun melukis lukisan cat air (watercolour). Bermula dengan membantu isteri siapkan assignment, melangkah perlahan-lahan mempelajari teknik lukisan air dengan lebih serius… dan hari ini alhamdulillah setahun sudah diberi peluang oleh Nya untuk terus berada dalam bidang ini.
Kita perlu tahu bahawa takut dan tiada keyakinan diri untuk mencuba sesuatu akan membuatkan kita rugi selamanya. Dia telah membuka ruang dalam kehidupan hambaNya, sesiapa sahaja yang Dia mahu… dan melalui beberapa asbab, maka kita mampu melakukan sesuatu yang tidak pernah kita impikan. Kelebihan yang diberikanNya perlulah dimanfaatkan sebaik mungkin tanpa melanggar batas dan hukum, istiqamah dan terus belajar mampu membuahkan kejayaan sehingga hari ini, insyaallah dengan izinNya hingga ke masa-masa akan datang.
Sebenarnya saya tiada langsung latar belakang pendidikan seni yang formal sejak kecil, tetapi keinginan untuk melukis telah terbit semenjak tadika lagi. Pernah menyertai pertandingan-pertandingan kecil sehingga la ke peringkat daerah. Selepas ke sekolah menengah dan seterusnya ke universiti, bakat yang diberikan tidak langsung dimanfaatkan sebaik mungkin sehinggalah ditahun akhir pengajian, saya cuba berjinak-jinak dengan menerima tempahan mural di sekolah-sekolah di Terengganu.
Untuk lebih serius dengan watercolour ni, saya telah merujuk beberapa sumber yang besar dan efektif seperti youtube dan blog-blog watercolour bagi teknik-teknik campuran warna yang sesuai serta kesan yang lebih realistik. Selain itu, ramai juga rakan-rakan facebook yang membantu dari segi perkongsian hasil karya mereka di wall masing-masing. Sikap peramah berkongsi idea membuatkan saya lebih senang untuk terus berada dalam bidang ini. Juga tidak dilupakan bagi yang berkongsi dan membenarkan gambar yang diambil mereka dilukis dan dipotretkan oleh saya, moga lebih banyak lagi gambar yang menarik selepas ini.
Gambar di bawah dikongsi sepanjang saya melukis cat air selama setahun ini (tidak termasuk gambar-gambar yang tidak dibenarkan pelanggan)…
Watercolor: Rezeki Anugerah Alam
Watercolor: Pasir Puteh, Kelantan
Kebetulan round pekan Pasir Puteh masa hantar famili ke rumah nenek… sempat lagi snap gambar untuk dilukis, kepada rakan2 yang nak cari tempat2 menarik untuk menghasilkan karya bangunan lama yang cantik2, di sini la tempatnya… Walaupun bangunan lama dikekalkan, bangunan baru tetap bercambah mengikut perancangan, tidak terlalu ekstrem…
Yang selalu berurusan di Pasir Puteh mesti perasan bangunan rumah kedai warna merah menyala ni, nostalgia masa kecik2 dulu…naik bas pegi Pasir Puteh pastu round2 kedai beli barang…
Conteng-conteng watercolor using recycle watercolor paper
Memang agak ekonomi sikit la bila guna cara ni, bila ada watercolor paper yang dah rosak boleh potong kecik-kecik macam saiz kat bawah ni 19.7 cm x 14.0 cm, boleh la digunakan tuk conteng-conteng, kalo ada rezeki boleh buat postcard atau kalendar….




