Posted on 1 Comment

Plein air di Pullman Hotel Putrajaya

Alhamdulillah selesai percutian yang ditaja Hotel Pullman Putrajaya Lakeside selama 3 hari 2 malam. Terima kasih pihak Pullman yang memberi peluang ini kepada kami merakamkan suasana sekitar hotel yang damai dan penuh tradisi dan budaya. Terima kasih kepada PeRUPA terutamanya Pak Aris Aziz, Raduan Noruddin, A. Zaki Hadri dan Syuq yang bertungkus lumus memastikan program ini berlangsung dengan jayanya.

12 Lukisan hasil plein air ini akan dimasukkan ke dalam kalendar Pullman Putrajaya 2016 dan selebihnya akan dipamerkan di ruangan lobi hotel bermula November ini, so siapa yang berkesempatan dijemput hadir, berminat nak beli boleh book sekarang sebab beberapa painting telah di booked ye…

Satu kelainan pada hotel ini ialah terdapat 4 bangunan utama yang terdiri daripada kaum majmuk di Malaysia iaitu Melayu (Tanjung), Cina (Lotus), India (Jasmine) dan Borneo (Rafflesia). Ditengah2 Plaza Level terdapat menara jam yang menjadi mercu tanda hotel ini. Jadi kami diberi tugasan untuk merakamkan setiap bangunan di sini, beberapa kumpulan diwujudkan bagi mengelakkan berlaku pertindihan subjek yang dilukis. Pelukis dan ahli PeRUPA yang terpilih adalah Pak Aris Aziz, Raduan Noruddin, A. Zaki Hadri, Syuq, Abey Zoul, Munif Muhamad Nor, Hisham Salmin, Abinaj Ain, Padi Razak, Ahmad Zakir, Irwan Idris, Bo Ga dan saya. 2 pelukis jemputan juga hadir iaitu Maroz Khuzaini dan King Marul. Sesi plein air kali ini berlangsung dengan jayanya, setiap pelukis mampu menghasilkan sekurang2nya 2 lukisan pemandangan dan juga close up persekitaran hotel.

Pada sebelah malamnya sesi wacana ilmu (art talk) berlangsung dari jam 9 – 11 malam. Antara panel yang dijemput adalah Pak Yusof Gajah dan Pak Aris Aziz, moderator adalah Tuan Raduan Noruddin.

12039146 10205141529845933 1746265791706806831 o
Antara yang hadir, dari kiri A. Zaki Hadri, King Marul, Bo Ga, Padi Razak, Abey Zoul, Zakir Amir, Syuq Tone, Maroz Khuzaini, Saya, Hisham Salmin, Munif Muhamad Nor dan Abinaj Ain, Pak Aris (Tiada dalam gambar)
11754917 10205141529885934 3647922201769403856 o
Wakil Gangsta Watakala
2015920122810 1
Lotus Pullman
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 38 cm x 56 cm
2015920122837 1
Pullman View
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 38 cm x 56 cm
2015920122903 1
Sunset at Pullman
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 10 cm x 14 cm
2015920122742 1
Warisan Melayu
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 38 cm x 56 cm
2015920124615
Artwork by Gansta Watakala
2015920124644
Artwork by Gansta Watakala
2015920125036
2015920135459
2015919101035
Mengigil bila otai tengok kita melukis
2015919101117
Bersama pihak penganjur Pullman
2015920114302
2015919130334
Hasil yang xseberapa…
2015919204453
2015919212851
2015920114706
Hisham melukis sambil berbual dengan Pak Aris
2015920114738
Pameran tak formal
2015920114808
Pameran tak formal
2015920120514
Bersama 3 hasil karya utama saya…
2015919080814
Diskusi seni dimana2
2015920072230
Malam kedua sangat bertuah ditemani Pak Yusof Gajah
12027515 1029058447144387 2750310390959972813 n
Teruja tengok hasil karya beliau
12032227 1029058550477710 4364980086759158710 n
Imej dan lakaran yang hebat
12033219 1029058483811050 5818141387891908756 n
Saya hadiahkan kepada Pak Yusof
2015920215147
Hadiah daripada Pak Yusof sebagai kenangan, original painting!!!… im impressed!
2015920070453
 Palette yang menjagi igauan sekian lama
2015920070504
Posted on 1 Comment

Plein air sempena Hari Malaysia (Bukit Broga, Semenyih)

Terima kasih Bisharuzi Omar, orang kuat PESAT yang jemput untuk support aktiviti anjuran PESAT mendaki Bukit Broga bersama Pendaki Solo, Encik Mohd Noor Mat Amin. Bila dapat pelawaan tu terfikir jugak kalau boleh plein air di puncak bukit tu. So apa lagi terus planning dan jemput ahli Gangsta Watakala untuk berplein air sambil mengeluarkan peluh. Tapi sambutan agak kurang mungkin tak berapa confident kot…

Walaupun hampir berputus asa, akhirnya Abang Jamal Tommy dan Tajuddin dari SELFUEL offer untuk join. 3 orang pun dah cukup bagus, atleast ada kawan untuk melukis…

2015916095944
Terima kasih Bisha & PESAT…
2015916073951
Lepas lelah selepas penat mendaki…
2015916075248
Pemandangan dari tempat kami melukis…
2015916085925
Memang best tempat ni, sejuk…
2015916090005
2015916093149
2015916090010
Muka poyo, huhu…
2015916093326
Nampak macam gayat…
2015916093356
2015916093811
T-shirt Persatuan Anak-anak Terengganu di Selangor & Wilayah Persekutuan (PESAT)
2015916094505
Broga Hill
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 38 cm x 56 cm
2015916100756
2015916101332
Beban lebih 5kg atas belakang…
Posted on 1 Comment

Berkongsi apa yang berguna… simple watercolor step

Sejujurnya ramai yang bertanya saya adakan kelas cat air atau x, saya bagitau kalau sekadar berkongsi datang je boleh datang ke Bandar Baru Bangi atau set tempat disekitar Lembah Klang saya akan datang. Tapi dialog ni dah berpuluh kali berlaku, xde yang sudi datang walaupun saya tak amik bayaran untuk beberapa sesi ni… Saya tak amik bayaran sebab niat saya just berkongsi idea saya bukan untuk kelas formal yang perlu ajar asas dan teori, lagi satu saya xcukup pengalaman pun untuk adakan kelas… 

Kalau nak tau di negara luar terutama di Europe, mereka adakan kelas bukan saja untuk belajar teori tetapi tenaga pengajar mereka willing to show the way they paint… tak kedekut sangat la… steps yang ditunjukkan itu sebenarnya yang akan memberi inspirasi kepada anak murid mereka untuk berkarya suatu hari nanti… 

So kalau dah susah sangat saya just share simple steps kat sini la, jangan pulak cakap sikitnya gambar tak nampak step betul2 pun, haha… 

KLCC pandangan dari Kg. Baru (simple watercolor step)

2015910182630
2015910185528

Seperti biasa saya suka gunakan Saunders Waterford 300gsm watercolor paper, senang nak control air, tapi kelemahan kertas anda sedikit sukar untuk remain warna yang anda perlukan (serap warna). Tapi tak pe yang nak nampak lebih natural lukisannya gunalah kertas ni. Ok untuk 1st layer (gambar 1) saya gunakan 4 warna utama iaitu Ultramarine Blue, Burn Sienna, Yellow Ochre dan Alizarine Crimson. Sebelum masukkan warna basahkan kertas keseluruhannya (jangan basah lencun plak >_<), tujuan basahkan sepenuhnya ni sebab nak dapatkan kesan cantuman warna yang lembut (takde hard edge la kata omputih). Then identify warna putih untuk ditinggalkan macam kat bawah belah kanan gambar 1 tu.

Selepas biarkan ianya kering sepenuhnya (10 minit), masukkan 2nd layer. Untuk membezakan depth pada pandangan kita, saya masukkan warna lembut putuk pandangan jauh (dalam gambar ni KLCC la paling jauh), gunakan ultramarine blue dan sedikit burn sienna (lebihkan air dalam campuran ni). Selepas kering sepenuhnya barulah masukkan warna untuk subjek yang lebih dekat.

Jangan risau dalam watercolor ni tak banyak pun warna yang digunakan, trust me cuma gunakan color yang saya nyatakan ini sahaja:

  • Ultramarine Blue
  • Burn Sienna
  • Yellow Ochre
  • Alizarine Crimson

Nak bagi lukisan lebih umphhh gunakan warna ni (nak touch sikit2 je):

  • Red
  • Turquoise
  • Veridien Green
  • Orange
2015910195619
2015910195826

Last but not least, masukkan subjek yang menghidupkan lagi suasana iaitu orang, binatang dan kenderaan…

2015910214401 1
KLCC view from Kg. Baru
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: A4

Posted on 1 Comment

Rimba Klasik #02

Rimba Klasik hasil cetusan idea Maroz Khuzaini yang merasai kesusahan ahli Gangsta Watakala (GW) Lembah Klang yang berada di sebelah selatan yang tidak mampu ke KL atas faktor jarak dan kekangan masa. Alhamdulillah sudah Rimba Klasik #02 pada 10 September 2015 dan turut disertai ahli GW dari KL iaitu Abey Zoul dan WanB.

2015909225939
Siap2kan sketch kat umah, kat RK masuk color je…
2015909203356
Antara peralatan dan berus yang dijual Abang WanB, kualiti terbaik jarang dijual di Artshop di Malaysia, harga berpatutan
2015909203401
Da Vinci dan Winsor&Newton
2015909203405
Semua saiz ada…
2015909225947
Sharing knowledge by Robert Brindley
2015909230002
Kusyuk…
2015909231902
3 hasil malam ni… Alhamdulillah telah di Booked
Posted on 1 Comment

Plein air KTMB

Sesi plein air KTMB berlaku dalam keadaan jerebu tahap sederhana. Berbekalkan topeng muka, semangat kami masih kuat untuk sama2 berplein air di sini, kehadiran ahli yang agak memuaskan.

Jom kita tengok hasilnya…

2015912121118
Antara yang terbaik kali ni…
2015912090035
Port saya depan Hotel Majesty
2015912104909
2015912112930
KTMB
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 38 cm x 56 cm
2015912114426
Bukan tak panas, tapi 2 orang kartunis hebat ni dah pakai sunblock katanya…
2015912114526
Dorang dengan selamba  hijacked busstop walaupun van polis ada kat seberang jalan tu
2015912121249
Dari kiri Amin Daud@Amincodai, Tembakau, Ryzal Mysran, Wan Borhanuddin, Abey Zoul, Maroz Khuzaini, Saya, Hisham Salmin, Padi Razak, KingMarul, Mohd Fahmi Mastuki. Takde dalam gambar Shikin & fren.
Posted on 1 Comment

Plein air Seremban bersama pelajar Kolej MARA Seremban

Sebelum ni dapat pelawaan Cikgu Rudi Hakimi untuk plein air kali kedua selepas yang pertama berlangsung pada 11 April yang lepas. Kali ni Cikgu Rudi bawakan juga pelajarnya yang baru sahaja mendaftar sebulan yang lepas untuk diberi pendedahan medium dan konsep dalam sesi lakar langsung. Saya nampak keseluruhan pelajarnya telah mempunyai asas untuk melakar subjek tanpa bantuan teknikal, hmmm… budak sekarang bukan macam dulu, cepat tangkap, SYABAS!

Seawal selepas subuh saya bertolak ke Seremban dari Bandar Baru Bangi, biasa mood awal subuh lebih ok dan perjalanan pun lebih tenang, hehe… Selesai bersarapan di hadapan Balai Polis Seremban, kami teruskan dengan sesi plein air di kawasan sekitar…

2015905120750
Gangsta Watakala bersama Pelajar Architecture Kolej MARA Seremban
2015905083946
View saya…
2015905103906
Santai…
2015905104145
Salah seorang pelajar KMS ni pernah join aktiviti KL Sketch Nation
2015905104305
2015905104357
2015905105923
Cikgu Rudi dan Encik Sukor Romat, Pensyarah dari Linton University College
2015905110146
Tunjuk ajarku Sifu
2015905110153
Abg Aziezan first time join kami, best!
2015905110204
Masing2 kusyuk
2015905110211
2015905110336
Siap…
2015905110426
Hisham Salmin macam biasa, awesome
2015905112304
Dah siap terus buat sketching
2015905114505
Siap…
2015905130144
Art Talk di kaki lima
Posted on 1 Comment

Kalau dah minat tu sama…

Saya tak galak pun anak saya melukis pada awalnya. Tapi bila tengok minatnya yang berterusan untuk melukis, saya biarkan saja. Setiap kali saya melukis mesti dia mintak berus dan kertas, yang bestnya tak mau berus lain, mesti nak berus yang ayahnya guna jugak, hehe…

Dulu2 sayang jugak nak bagi dia guna berus dan kertas yang biasa saya gunakan. Tapi bila pikir balik kenapa perlu beza2 kan hasil karya anak dan hasil karya kita… in fact karya mereka lebih jujur berbanding kita kalau dinilaikan betul2. Dan sekarang saya biarkan dia gunakan barang2 saya untuk hasilkan lukisannya dan lukisan tu saya simpan untuk rujukannya bila dah besar nanti…

2015829120052
Melukis dari hati…
2015829120158
Lukis sambil mimik muka tu tengah menilai sesuatu, jujur bangat!
2015829120640
Cara pegang berus dan bancuh warna tu dah nampak professional walaupaun umur baru 2 tahun
2015829120808
Dah lama sketch, baru sekarang nak masuk warna…
2015829120951
Abstract wc by Izz Zaheen, Schmincke wc on 108gsm Kajang Paper, hehehe.

Hari ni ayah langsung tak bawak spare kertas lukisan, memandangkan ayah duduk di Kajang, so pakai kertas kajang jela