Sebelum ni dapat pelawaan Cikgu Rudi Hakimi untuk plein air kali kedua selepas yang pertama berlangsung pada 11 April yang lepas. Kali ni Cikgu Rudi bawakan juga pelajarnya yang baru sahaja mendaftar sebulan yang lepas untuk diberi pendedahan medium dan konsep dalam sesi lakar langsung. Saya nampak keseluruhan pelajarnya telah mempunyai asas untuk melakar subjek tanpa bantuan teknikal, hmmm… budak sekarang bukan macam dulu, cepat tangkap, SYABAS!
Seawal selepas subuh saya bertolak ke Seremban dari Bandar Baru Bangi, biasa mood awal subuh lebih ok dan perjalanan pun lebih tenang, hehe… Selesai bersarapan di hadapan Balai Polis Seremban, kami teruskan dengan sesi plein air di kawasan sekitar…
Gangsta Watakala bersama Pelajar Architecture Kolej MARA Seremban
View saya…
Santai…
Salah seorang pelajar KMS ni pernah join aktiviti KL Sketch Nation
Cikgu Rudi dan Encik Sukor Romat, Pensyarah dari Linton University College
Terima kasih Cikgu Rudi Hakimi (KMS) dan Cikgu Fahmi (Rembau) yang sudi entertained kami untuk sesi plein air kali ni di tengah Bandar Seremban. Sebelum ni dah beberapa kali ke Seremban tapi bukan urusan seni, so memang tak perasan sangat banyak subjek yang menarik untuk dilukis. Kata Cikgu Fahmi, untuk lihat bangunan lama yang masih dijaga selain Ipoh, Seremban lah tempatnya.
Tanpa perancangan rapi, saya telah mengajak beberapa orang ahli Gangsta Watakala untuk join plein air kali ni. Walaupun tak ramai yang join tapi cukuplah untuk memeriahkan suasana.
Tajuk: Sinar pagi Saiz: 38 cm x 56 cm Daler Rowney/Schmincke watercolor + 300gsm Saunders Waterford watercolor paper
Kami telah bertemu di Hotel Sun Lun Yik berhadapan Pasar Seremban. Dari luar pandangan hotel ni biasa2 saja. Bila saja kami melangkah masuk ke hotel, kami agak terkejut dengan dekorasi yang menarik menggambarkan suasana agak old skool. Rupanya pemilik hotel dan keluarga sangat berminat dengan barang lama dan antik. Kebanyakannya dipamerkan di setiap ruang di hotel ni dan yang paling buatkan kami kagum pemilik hotel ini juga sememangnya peminat karya senilukis pelukis tempatan. Luckily kami dapat tengok karya residence artist mereka iaitu Nicholas Choong, memang menarik.
Sori gambar amik dari web hotel, menarik tempat ni…sesapa yang nak menginap disini boleh la survey2 dulu
Layan diri, memang sempoi…
Menarik, sebahagiannya dah ada red dot, sold!
Karya watercolor Nicholas Choong, sebelum ni dapat tengok dalam fb je, nah skang dapat tengok live
Antara koleksi barang dan gambar lama dan beberapa painting yang dipamerkan.
Lokasi plein air…
Dari kiri Cikgu Rudi Hakimi, Cikgu Fahmi, Cikgu Haiqal, Saya, Hisham Salmin
Tuan kedai nak beli, tapi setakat ni NFS, sori ye…
Sebelum balik sempat bergambar di hotel
Terima kasih bebanyak Cikgu Rudi dan Cikgu Fahmi yang luangkan masa dengan kami, In Shaa Allah next time kami akan ke sini lagi