Posted on

Watercolor: Siri Jip Gila

Siri Jip Gila tercetus secara spontan semasa saya bercuti di Cameron Highland. Nama yang diberi bukanlah menggambarkan perkara buruk mengenai jip ini, tapi usaha gigih mereka demi sesuap nasi. Anda pasti akan terserempak dengan kelibat jip usang setiapkali menyusuri jalan di CH, bagaikan lipas kudung mereka seakan mengejar sesuatu atau bahasa kampung ‘lorat’…mungkin mengejar trip penghantaran sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya….

Entri kali ni saya kongsikan lukisan pertama Siri Jip Gila dan step ringkas menghasilkannya…
 

2015104184048 1
Tajuk: Siri Jip Gila
Medium: Cat Air
Saiz: 56x76cm
Tahun: 2015
2015101072409
2015101073142
2015101203625 1
2015103173122
Posted on

Postcard Sketches

Melakar lukisan atas postcard memang menarik dan boleh dijadikan cenderamata. Apa yang saya buat adalah sketch dan poskan terus daripada tempat lakaran dibuat ke rumah sendiri, barulah dramatik sikit. Bukti pos menyatakan memang kita berada di tempat berkenaan semasa lakaran dibuat. Awesome n syok sendiri >_<

Kertas yang digunakan jugak tak kurang hebatnya The Langton CP 300gsm, Daler Rowney. So hasilnya memang terbaik….

2015104205316
2015103110441
Siap untuk diposkan…
Posted on 1 Comment

The Langton Prestige Luxury Artists Watercolour Travel Set yang hebat!

Pertama kali Abey Zoul promote watercolor travel set, saya dah jatuh cinta… memang menarik dan sesuai untuk dibawa ke mana sahaja tanpa merosakkan berus. Set ni didatangkan dengan 6 batang berus Diana yang terpilih, 1 Langton Prestige pad dan 1 batang pensil. 

Berus Diana merupakan Kolinsky sable yang halus sangat disukai pelukis seluruh dunia. Kolinsky pun memang xpernah mengecewakan… dilengkapi Langton Prestige 100% cotton, mould made paper, memang sesuai sangat dengan jiwa artis yang suka travel atau plein air.

Case yang dibekalkan juga sangat berkualiti dan nampak lebih kemas.

So jangan lepaskan peluang tuk memiliki travel set ni di Artfriend The Curve atau Garden, Mid Valley.

2015102055918
2015102060003
2015102060020
2015102060226
Posted on 1 Comment

Watercolor: Aku menangis

Aku menangis dihasilkan khas untuk mengingati suka duka sepanjang tahun 2014. 2014 sememangnya sukar, penuh dengan dugaan dan kejutan…2014 juga merupakan langkah pertama untuk lebih serius dengan menyertai hampir 15 pameran utama termasuklah Pameran Solo Azmannor 2014 yang telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh di Galeri Seni UKM.

Terima kasih mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, tanpa anda, PENCIPTA, doa dan tawakkal, saya takkan ke mana…

2015102054618
Tajuk: Aku menangis
Medium: Cat air
Saiz: 56x76cm
Saunders Waterford paper, 300gsm, Cotman (Windsor&Newton)
20141231182434
20141231192628
20141231201018
20141231230219
20141231230255 1
20141231230310
Posted on

Lakaran: Sambil-sambil…

Musim cuti sekolah ni amat mencabar untuk hasilkan lukisan…masa banyak dihabiskan untuk keluarga. So lakaran ringkas la penyelamat bagi memastikan senilukis terus dimartabatkan, chewah… Genap setahun buku lakaran ni berkhidmat, berbaki 3 page lagi yang kosong, In Shaa Allah akan jadi buku rujukan dan bahan arkib lepas ni.

Semua lakaran di bawah dihasilkan menggunakan 0.4 Faber-Castell Ecco Pigment Permanent Pen, Daler Rowney WC dan 190gsm Bockingford WC paper yang telah dibukukan.

Lakaran2 lain dalam buku ni juga boleh dilihat melalui entry sebelum ni…

20141219080749
20141219081002
20141219081157
20141219081216
20141219081246
20141219081347
20141219081405
Posted on

Watercolor Sketches: Pekan Bangi & Cameron Highland

Walaupun sibuk dengan kerja lain semenjak 2 menjak ni, alhamdulillah malam td sempat juga luangkan masa lepaskan gian melukis walaupun sekadar lakaran ringkas…

20141216075947
20141216075930
20141216075906
Jip Giler dan Istirehat warga emas Pekan Bangi…

Nama jip giler ni sebenarnya diletakkan secara spontan bukan sebab jip atau pemandu yang gila tapi saya teruja sebab tengok kumpulan jip ni yang sememangnya unik dan hanya terdapat di C.Highland… bukan tempat lain tak ada jip ni tapi identiti dan perwatakannya membuatkan jip CH ni berbeza dengan tempat lain…sifat uzur yang amat memang menarik minat untuk explore tentang jip CH ni…In Shaa Allah tak lama lagi bakal ada lukisan ‘Siri Jip Giler’, hehehe

Posted on

Watercolour: Bekas tapak stesen bas, stesen teksi dan beca Kuala Terengganu yang telah dirobohkan atas nama pembangunan

Teringat masa kecik2 dulu ketika Stesen bas ni masih lagi beroperasi, kelihatan beberapa kumpulan penjaja kecil dibalik tiang2 dan tembok2 sekitar cuba menarik perhatian orang yang lalu lalang. Penarik beca yang bebas mengayuh membawa penumpang ke destinasi yang dituju, ada juga yang sedang berehat melepaskan lelah setelah lama berkayuh. Bas2 dan teksi2 yang sarat membawa penumpang keluar masuk, suasana yang bagai tiada penghujung. Itulah suasana di Stesen Bas Lama Kuala Terengganu suatu ketika dahulu, tetapi kini telah tiada buat selama-lamanya. Stesen ini telah dirobohkan kononnya untuk memberi laluan kepada kerja2 pembangunan. 

Warisan Kampung Cina boleh dipertahankan, kenapa tidak yang lain? Mudahnya kita membuat keputusan untuk menidakkan warisan ini untuk terus dipelihara, sekurang2nya biarlah jadi seperti Negara Eropah yang sangat2 menghargai warisan dan tinggalan nenek moyang mereka. Janganlah kita bermegah dengan warisan yang hanya boleh dilihat di muzium2 sahaja, semakin hari kita terus dihimpit pembangunan yang tidak berkesudahan, sedangkan kalau dilihat masih banyak lagi tanah2 yang sesuai untuk dibangunkan….

20141122004301
Tajuk: Stesen bas dan teksi Kuala Terengganu
Medium: Cat air
Tahun: 2014
Saiz: A4