Teringat masa kecik2 dulu ketika Stesen bas ni masih lagi beroperasi, kelihatan beberapa kumpulan penjaja kecil dibalik tiang2 dan tembok2 sekitar cuba menarik perhatian orang yang lalu lalang. Penarik beca yang bebas mengayuh membawa penumpang ke destinasi yang dituju, ada juga yang sedang berehat melepaskan lelah setelah lama berkayuh. Bas2 dan teksi2 yang sarat membawa penumpang keluar masuk, suasana yang bagai tiada penghujung. Itulah suasana di Stesen Bas Lama Kuala Terengganu suatu ketika dahulu, tetapi kini telah tiada buat selama-lamanya. Stesen ini telah dirobohkan kononnya untuk memberi laluan kepada kerja2 pembangunan.
Warisan Kampung Cina boleh dipertahankan, kenapa tidak yang lain? Mudahnya kita membuat keputusan untuk menidakkan warisan ini untuk terus dipelihara, sekurang2nya biarlah jadi seperti Negara Eropah yang sangat2 menghargai warisan dan tinggalan nenek moyang mereka. Janganlah kita bermegah dengan warisan yang hanya boleh dilihat di muzium2 sahaja, semakin hari kita terus dihimpit pembangunan yang tidak berkesudahan, sedangkan kalau dilihat masih banyak lagi tanah2 yang sesuai untuk dibangunkan….