Beberapa keping kertas lukisan jenama Saunders Waterford 300gsm yang kurang sesuai digunakan kerana kadar serapan air yang kurang sesuai dengan teknik saya. Jadi untuk mengelakkan pembaziran, kertas ni saya gunakan untuk hasilkan abstract watercolor. Hasilnya memang diluar jangkaan, memang terbaik dan sesuai untuk hiasan ruang tamu yang masih lagi kosong, hehehe…satu lagi eksperimen yang berjaya…
Category: Tips & Tutorials
Lakaran pen dan cat air: Basikal tua, separa tua dan yang muda bergetah
Kadang-kadang tengok orang yang buat lakaran pen (pen sketches) ni macam relaks dan tenang je…rupa2nya memang betullah sebab bila kita buat direct sketched menggunakan pen, kita tidak memerlukan ketelitian yang lebih berbanding lukisan yang lain dan hasilnya tersangatlah awesome… tetapi harus diingatkan ada juga peraturan yang perlu dipatuhi bagi memastikan hasilnya benar2 hebat, main bantai pun kena lah pada tempatnya. Nak tau macamana tanyalah guru lukisan anda… opss bagi yang belum ada guru seni lukis, Warna & Air Studio Gallery dan Jomlukis ada jawapannya…
Watercolour: Bunga cinta
Watercolor: Pekan Bangi Lama yang segar dengan sejarahnya
Pameran Solo Azmannor 2014: Penantian tiga janda pingitan…
Langkah dan penerangan bergambar mewarna cat air…
Walaupun langkah yang ditunjukkan tidak banyak membantu berbanding live demo, tetapi sekurang-kurangnya ia mampu menaikkan semangat pelukis amatur untuk terus berkarya.
Lakaran sangat penting kerana ia menggambarkan apa yang terhasil nanti. Dapatkan perspektif yang terbaik, pastikan setiap objek yang dilukis tidak kaku atau bersendirian (faham maksud saya?, nak faham lagi kita buat live demo, hehehe)
Warna latar yang lembut dimasukkan, kawal berus anda jangan biarkan berus mengawal anda >_<. Pastikan warna yang berbeza digabungkan dengan baik, jangan sampai wujudnya border line. Waktu ni kawalan berus amatlah penting.
Setelah lapisan pertama kering sepenuhnya, barulah lapisan seterusnya dibuat. Perlu diingatkan lapisan seterusnya sangat2 memerlukan kawalan berus yang terbaik kerana permukaan air bukan pada satu warna sahaja sekiranya dilihat dengan betul. Ia terhasil melalui refleksi daripada pelbagai objek seperti dedaun, pokok, batuan dan langit. So campuran pelbagai warna diperlukan. Sambil warnakan juga lapisan pertama batuan dan pokok di permukaan air.
Lapisan terakhir ialah dengan memasukkan warna yang lebih gelap untuk mewujudkan bayang (shadow). Ramai yang salah anggap, warna gelap tidak semestinya hitam. dan satu peringatan, jangan sesekali menggunakan warna hitam untuk shadow! kerana ia akan mematikan objek disebalik shadow. Alternatif untuk warna hitam adalah campuran ultramarine blue, cobalt blue dan cerulean blue yang dicampurkan dengan burnt sienna atau burnt umber mengikut portion tertentu bergantung pada kesesuaian. OK?
Ok dah siap, harap dapat membantu… kalo nak saya ajar boleh contact terus atau berurusan dengan Galeri Warna dan Air (WASG)



















