Posted on 1 Comment

Watercolor: Rezeki pagi nelayan kecil…

Refleksi pada permukaan air ada fokus yang paling utama dalam lukisan ini

20140311 205911
Rezeki pagi nelayan kecil
Saiz A3

1. Siapkan bahagian Refleksi dulu.

20140310 204605

2. Sesuaikan warna Refleksi dengan apa yang ada di atas bot. Untuk pengetahuan anda, untuk menghasilkan kesan refleksi yang lebih realistik, beberapa lapisan diperlukan iaitu pertama lapisan lembut (disapukan pada semua bahagian sungai tersebut), kedua warna air (tidak termasuk yang terkena cahaya matahari), ketiga objek yang dipantulkan di atas air, keempat warna air yang lebih gelap (green, cobalt blue dan burnt sienna) dan kelima gelapkan objek yang berkaitan.

20140310 213714

3. Lengkapkan beberapa bahagian utama mengikut kesesuaian. Jangan lupa kawalan warna bergantung pada berus yang digunakan. So jangan malas menukar berus!!!

20140311 045830

4. Untuk siapkan background (daratan), basahkan kertas dengan warna lembut seperti burnt sienna dan biarkan kering. Masukkan warna yang lebih gelap seperti campuran burnt umber dan cobalt blue untuk menghasilkan kesan yang menarik. Pastikan apabila berus ditarik dan terdapat beberapa bahagian tidak terkena warna, biarkan sahaja bahagian tersebut kerana boleh dijadikan tanah tidak rata atau batu batan. Bahagian ditinggalkan itu ditambahkan dengan nisbah campuran yang sesuai burnt umber dan cobalt blue untuk menghasilkan bayang.

20140311 205911
Posted on 6 Comments

Jenama cat air (watercolor) yang saya gunakan

IMG 0073
Watercolor box

Setelah 2 tahun bersama cat air banyak perubahan berlaku secara tidak sengaja sehinggalah betul-betul serius sehingga sekarang. Alhamdulillah yang terjual dapat jugalah guna untuk isi minyak kereta >_< …

Cat air ni saya bermula dengan jenama Buncho (2012 budak baru belajar), sebelum bertukar kepada Reeves dan Alpha. Awal 2013 dengan Cotman (Winsor & Newton). Awal 2014 dengan Holbein dan seterusnya cuba-cuba dengan Schmincke Horadam dan Sennelier. Perubahan dilakukan demi kualiti dan kelangsungan karya…

Tidak dinafikan ada istimewanya setiap jenama ini sama ada dari segi keboleholahan sewaktu berkarya, kawalan oleh berus, ketahanan, campuran yang mudah dan tidak dinafikan pigment warna sangat-sangat penting kerana setiap jenama ada kelebihan warnanya sendiri.

Saya banyak membuat rujukan melalui internet, mengadap youtube melihat bagaimana pelukis terkenal watercolor seperti Joseph Zbukvic, Alvaro Castagnet, Mika Toronen, Prafull Savant, Derek Knignok, Herman Pekel dan ramai lagi melakukan campuran warna yang terbaik sebelum disapukan pada kertas lukisan. Setiap warna yang digunakan akan dirujuk pada pembekal sama ada secara online atau terus ke kedai berdekatan.

IMG 0203
Cotman, Winsor & Newton (England)

Karya-karya terbaik saya bermula dengan jenama Cotman dari Winsor & Newton yang dibeli melalui ebay, bukan hendak menidakkan kehebatan Reeves & Alpha (banyak jasa ni, hehehe). Tetapi Cotman lebih membuka peluang saya untuk terus berkarya, pecahan warnanya yang menarik dan sekata serta mudah untuk mengawal warna yang digunakan. Cotman sesuai digunakan untuk teknik Dry Brush mahupun Wet Brush. Jangan tidak tahu kerana bagi saya kualitinya dengan Alpha sedikit sama. Dan kerana itulah saya ingin mencuba yang baharu. Tidak terus bertukar jenama tetapi membeli jenama baharu untuk explore lebih peluang dan keselesaan. Saya menambah koleksi dengan membeli jenama Holbein (HWC).

IMG 0198
Holbein Watercolor (Japan)

Kekuatan HWC bagi saya adalah biasa-biasa sahaja kerana terhad pada hanya beberapa kertas lukisan sahaja. Tetapi bagi lakaran atau memerlukan teknik yang cepat, HWC ada jawapannya… nak cerita lebih pun susah juga, so cubalah dulu, hehehe

Seterusnya dalam beberapa bulan ini saya telah menggunakan 2 jenama sekaligus iaitu Schmincke Horadam dan Sennelier. Setakat beberapa warna yang saya gunakan memang menarik antaranya Cobalt Blue, Ochre dan Burnt Sienna. Yang lain belum lagi sebab masa siapkan lukisan, saya gunakan semua jenama asalkan sesuai.

IMG 0197
Schmincke Horadam (Germany)
IMG 0200
Sennelier, (French)

Bagi saya, kita janganlah terlalu rigid atau cenderung kepada satu jenama sahaja kerana tidak semua warna yang digunakan adalah terbaik untuk karya kita. contohnya saya gunakan juga Sap Green dari jenama Van Gogh kerana warnanya sangat menarik, pigment hijaunya berkilat dan senang diolah semasa berkarya. Sesuai digunakan semasa berplein air. Bagi warna merah, jenama Aquafine Daler Rowney sangat sesuai dengan saya kerana mampu menimbulkan mood segar dalam setiap karya saya.

Sumber bekalan cat air saya:

  1. Alpha & Reeves: Seksyen 7 Bandar Baru Bangi dan Advanco Taman Melawati.
  2. Winsor & Newton: online ebay, Advanco Taman Melawati, Art Shop (berdekatan Tesco) Kota Bharu.
  3. Holbein: online Dickblick.com
  4. Schmincke: Warna & Air Gallery (WASG)
  5. Sennelier: online Jacksonart.com
  6. Van Gogh: Weststar (sebelah Bank Rakyat) Taman Melawati
  7. Aquafine Daler Rowney: Weststar (sebelah Bank Rakyat) Taman Melawati, Advanco Taman Melawati
Posted on

Watercolor: Lakaran waktu lapang

Kehadiran coptic stitch sketchbook ini sedikit sebanyak improve teknik yang saya gunakan selama ni. Sebelum ni memang takut-takut nak buat satu-satu lukisan sebab saiznya besar (takut le kalo tak jadi rugi besar den, harga kertas lukisan tak menentu sejak minyak naik ni, hehehe). Lakaran ringan ni cuma ambil masa kurang 1 jam je untuk disiapkan.

Saiz buku ini hanya sebesar 2 tapak tangan…

20140217 210600~2
20140217 210737~2
20140218 212505
190120142900
Benang yang telah ditukar untuk menguatkan lagi ikatan…
20140217 212640
Saiz sebenar
page
Inilah semua lakaran dan lukisan yang disiapkan setakat ini.
Posted on

Watercolor: Basikal Tua III

Alhamdulillah tercapai juga impian untuk menghasilkan lukisan berbentuk realiti abstrak ni. Sebelum ni dengan Basikal Tua II bersaiz besar (A1) mungkin rakan-rakan terpaksa berfikir 2 kali untuk menjadikannya koleksi atas faktor harga, tapi yang terbaharu ni saya buatkan yang mini sikit tapi basikal dan backgroundnya pun berlainan sama sekali…

IMG 0432
Basikal Tua III
Saiz A3
IMG 0426
IMG 0427
IMG 0433
Posted on

Coptic Stitch Binding Sketchbook untuk versi watercolor

Semuanya kerana Taib Aur (pelukis terkenal yang memperkenalkan coptic stitch bindingsketchbook ni)…hehe, betul juga kata Taib Aur, bila dah buat sendiri buku ni kita akan hargai lebih dari yang lain… so di bawah ni saya buatkan sendiri tanpa bantuan tutorial sebab google punya google tak jumpa, rupanya keywordnya adalah coptic stitch binding itu pun dapat tahu dari brader Taib Aur kita…

Terima kasih sifu yang telah mewujudkan idea ini…

20140209 192503
Coptic Stitch Binding Sketchbook
20140209 192933
Reference saya adalah koleksi buku lama yang saya simpan
20140209 164700
Untuk dapatkan saiz terbaik, saya belikan Bockingford WC paper bersaiz A2 yang akan dipotong 8 bahagian menggunakan pisau.
20140209 164731
Lepas potong kepada 8 bahagian, gunakan paper cutter untuk membuat kemasan penjuru
20140209 164713
Susun mengikut pilihan sendiri, saya buat susunan 3 helai 1 bahagian
20140209 192529
Untuk cover, saya menggunakan mounting board yang dah tak digunakan lagi, balutkan ia menggunakan pembalut yang sesuai mengikut kreativiti sendiri.
20140209 165300
Gunakan benang dan saiz jarum yang sesuai.
20140209 192511
Maaf, untuk teknik ikatan ni saya tak sempat nak tunjukkan maklumlah tangan ada 2 je,hehe. Tapi boleh refer link di bawah ni
20140209 192823
Ok dah siap!
Posted on

Watercolor: Aktiviti harian nelayan Kuala Besut

Pekan Kuala Besut sememangnya terkenal dikalangan pelancong samaada dalam mahupun luar negara. Jeti Kuala Besut sentiasa menjadi tumpuan pelancong yang ingin berkunjung ke pulau-pulau berdekatan antaranya yang terkenal adalah Pulau Perhentian. Namun ada sesuatu yang tidak harus dipinggirkan sekiranya anda melewati jeti untuk ke Pulau Perhentian, anda akan menikmati pemandangan bot-bot nelayan yang keluar masuk memunggahkan hasil tangkapan mereka. Jika tiada aktiviti turun ke laut, mereka akan melakukan persiapan seperti membaiki kerosakan-kerosakan kecil pada bot, pukat serta membuat penyelenggaraan ke atas bot dan peralatan menangkap ikan mereka. 

Gambar yang saya lukis ini adalah salah satu aktiviti petang para nelayan Kuala Besut yang melakukan penyelenggaraan ke atas bot mereka.

*Dan yang paling menarik kerana lukisan ni menggunakan signature terbaharu pertama saya ^_^

IMG 0419

Aktiviti nelayan Kuala Besut
Saiz A3
IMG 0413
IMG 0415
IMG 0431