Dah lama tak singgah WASG, nasib baik Abey Zoul dan Nabil ada kelapangan untuk breakfast dan lepak di WASG, bincang strategi katanya >_<
Category: Chronicles
Singgah studio JOMLUKIS milik Tn. Faizal Zainal
Terima kasih Tn. Faizal Zainal yang bantu tagging harga
Salah sorang yang banyak membantu kerjaya seni saya di Bangi, terima kasih Tn. Faizal Zainal. Malam tadi perlu siapkan harga untuk 40 lukisan yang akan dipamerkan, selebihnya koleksi collector yang dipinjamkan khas untuk pameran ni. Thanks Tn. Faizal, harga yang terbaik, btw harga ni boleh nego lagi sikit2, hehehe…. 35 hari lagi, fuhhh!!! neves2
Perasmian Pameran Bangkit anjuran Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS)
Sekitar majlis perasmian Pameran Bangkit anjuran Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS). Pameran yang cukup bererti bagi seluruh warga APS terutamanya mereka yang telah sekian lama berusaha untuk menggerakkan kembali jentera APS agar kembali relevan dimata masyarakat. Sekilas memori daripada Tuan Presiden, Saudara Hasan Ghazali mengingatkan kembali perjuangan APS terdahulu membuatkan kami berasa amat beruntung bernaung di bawah persatuan yang diwujudkan dengan segala usaha dan upaya. Syabas APS!
Bengkel Cat Air (Watercolor) Kolej MARA Seremban 2014
Terima kasih Encik Rudi Hakimi atas jemputan yang besar ni. Sebelum ni saya pernah ajar untuk peserta yang kurang daripada 20 orang, tetapi di KMS saya telah diberi 2 sesi iaitu sesi pertama kepada seluruh pelajar KMS pada sesi pagi dan sesi kedua kepada pelajar Visual Art seramai 30 pelajar. Terima kasih juga Puan Siti, Ketua Program IB yang sudi datang untuk mendengar tips dan pengalaman saya dalam seni cat air dan seterusnya bersama kami melihat demo cat air yang saya berikan.
Persediaan pameran solo Oktober ni…
Alhamdulillah tinggal 3 lukisan lagi yang belum diframekan dan beberapa lukisan perlu dicollect di beberapa galeri untuk mencapai target solo Oktober ni. Mengikut perancangan asal memang nak pamerkan lebih banyak lukisan di pameran solo pertama ni, tetapi terpaksa dikurangkan kepada 50 lukisan sahaja kerana ruang yang amat terhad di Galeri Seni UKM. Lukisan yang lebih tu untuk next pameran la ye…





























