Terima kasih Dato’ Siti atas layanan walaupuan kurang 5 minit untuk mengadakan persembahan terakhir The Magic of ASEAN. Actually semasa Dato’ Siti ke Galeri Seni 2 hari lepas saya berada di Terengganu, so tak sempat nak datang. Tapi malam tadi dapat jumpa di bilik persediaan belakang pentas… Terima kasih atas sokongan Dato’ Siti untuk pameran ni…
Category: Chronicles
Sekitar Majlis Perasmian Pameran Solo Azmannor 2014
Bukan mudah untuk berjaya jika tanpa usaha dan tawakkal…Terima kasih kepada YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri pendidikan II yang sudi hadir merasmikan pameran solo ini, sokongan dan kata-kata perangsang YB Dato’ Seri tak akan sesekali dilupakan. Terima kasih juga kepada YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor UKM, YBhg. Dato’ Mahadzir Lokman, Pengerusi LPSVN, YBhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal, TNC HEPA, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mazlin Mokhtar, TNC HEPI, YBhg. Dato’ Sharifuddin Dato’ Musa, Pengerusi DPMMKL, keluarga dan rakan-rakan yang hadir memberi sokongan.
Setelah hampir setahun bertungkus-lumus melakukan persiapan dengan bantuan warga PKU akhirnya pameran ini dapat diadakan dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Selain sokongan Pusat Kebudayaan Universiti dan Studio Pikir&lukis, terima kasih juga atas sokongan daripada Balai Seni Visual Negara (BSVN), Persatuan Seni Rupa Malaysia (PeRUPA), Gabungan Persatuan Pelukis SeMalaysia (GAPs), Persatuan Pelukis Terengganu (PeTer), Galeri Studio Warna & Air (WASG), Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS). Sokongan penajaan dari Renoplex Sdn Bhd, FB20 Resources, ABRA Multitrade, Jim Success Technology Enterprise, Renggas Sembilan Enterprise dan Rannig Enterprise. Terima kasih tidak terhingga!
Cerita lucu…
Dapat call 30 September dari bahagian teknikal Majlis Perasmian Pameran Solo Azmannor 2014 minta datang ke Anjung Seni DECTAR untuk hantar banner dan bunting. Dalam hati cakap hantar jela orang mintak kan…sampi di Anjung Seni tengok ruang perasmian dah settle…tengok masing-masing muka risau. Rupanya dorang ingat majlis perasmian 1 Oktober, hehehe. Pape pun staf Pusat Kebudayaan Universiti memang sempoi & terbaik. Mungkin pengalaman kerja sebelum ni membuatkan mereka sentiasa ambil berat semua perkara. Kumpulan yang paling saya respek dalam membuat persediaan majlis yang saya pernah jumpa.
So tengoklah hasil di bawah…
Jumpa orang kuat DBKL
Rasa tak terlewat sangat nak post pasal cerita ni, last weekend sempat join Maroz Khuzaini dan Hisham Salmin di Lebuh Pasar. Dapat satu meja untuk buat live demo, peluang jangan disiakan. Terjumpa pulak dengan Abang Yusoff dan Abang KuShah orang kuat Kebudayaan DBKL, sempat promote pasala perasmian pameran solo di UKM.
Esok secara rasminya Pameran Solo Azmannor bermula…
Sepatutnya update esok tapi sebab excited sangat so cepatkan 1 hari… Semua perkara dah ready untuk perasmian pameran solo ni. Cabaran besar sebab kebanyakan perkara disiapkan secara solo kecuali beberapa perkara yang diuruskan oleh pihak PKU, dan alhamdulillah setakat ni berjalan lancar dan hopefully lancar sehingga pameran ini habis.
Persiapan Pameran Solo Azmannor 2014
Sabtu dan Ahad lepas yang terpaksa dikorbankan untuk menyiapkan galeri. Alhamdulillah bantuan rakan-rakan yang sanggup datang dari jauh, terima kasih Rizal, Emran Mohd Tamil, Hisham Salmin, Haziman dan Encik Rahim, juga Abang Zul dan Asri dari Pusat Kebudayaan Universiti. Tanpa korang, mungkin proses installation ni makan masa berminggu-minggu. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas budi kalian.
Lepas satu nafas, yang seterusnya tak tau lagi…

Bukan senang nak uruskan sebuah pameran yang melibatkan VVIP dengan bantuan yang sangat minima. Hampir 90% kerja dan kos sendiri demi merealisasikan tema yang diinginkan. kata solo kan >_<. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang sangat mengambil berat dan yang paling terharu ialah respon positif Dato’ Rosol Wahid yang sentiasa membantu sekiranya diperlukan, Dr. Hafiz (Pegawai Khas YB. Menteri) dan En. Danial (SU Akhbar YB. Menteri) serta Puan Zaiton (Pusat Kebudayaan Universiti) yang sangat banyak membantu memudahkan kerja.
Idea mengadakan pameran ni sebenarnya dicetuskan oleh Tuan Hj. Zanudin (Pengurus Kanan, Pusat Strategi-UKM) dikembangkan setelah mendapat respon positif Puan Zaiton sendiri. Memang dah lama berangan nak adakan pameran solo pertama sebelum umur 30 tahun, jadi peluang ini digunakan sebaik mungkin dan Alhamdulillah ibarat mimpi menjadi kenyataan.
Antara individu yang sentiasa positif dengan tindakan saya ini ialah isteri saya sendiri Wawa, sepupu, Wan Zain (Pokjen) dan Noor Anzam (Abg Azam) serta sahabat WASG. Sokongan mereka sentiasa menguatkan usaha untuk jadikan pameran ini yang terbaik. Terima kasih daun keladi… 🙂
Nafas seterusnya…

























