Bukan mudah untuk berjaya jika tanpa usaha dan tawakkal…Terima kasih kepada YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri pendidikan II yang sudi hadir merasmikan pameran solo ini, sokongan dan kata-kata perangsang YB Dato’ Seri tak akan sesekali dilupakan. Terima kasih juga kepada YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor UKM, YBhg. Dato’ Mahadzir Lokman, Pengerusi LPSVN, YBhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal, TNC HEPA, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mazlin Mokhtar, TNC HEPI, YBhg. Dato’ Sharifuddin Dato’ Musa, Pengerusi DPMMKL, keluarga dan rakan-rakan yang hadir memberi sokongan.
Setelah hampir setahun bertungkus-lumus melakukan persiapan dengan bantuan warga PKU akhirnya pameran ini dapat diadakan dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Selain sokongan Pusat Kebudayaan Universiti dan Studio Pikir&lukis, terima kasih juga atas sokongan daripada Balai Seni Visual Negara (BSVN), Persatuan Seni Rupa Malaysia (PeRUPA), Gabungan Persatuan Pelukis SeMalaysia (GAPs), Persatuan Pelukis Terengganu (PeTer), Galeri Studio Warna & Air (WASG), Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS). Sokongan penajaan dari Renoplex Sdn Bhd, FB20 Resources, ABRA Multitrade, Jim Success Technology Enterprise, Renggas Sembilan Enterprise dan Rannig Enterprise. Terima kasih tidak terhingga!