Beberapa lakaran garis (line sketching).





Beberapa lakaran garis (line sketching).





Terima kasih diucapkan kepada Balai Seni Negara yang menjemput Gangsta Watakala ke booth pameran dan jualan yang di adakan pada 11-12 November 2017 bertempat di Sunway Putra Mall. Pelbagai booth disediakan antaranya lukisan, kraftangan, sculpture, pakaian, khat dan sebagainya.
Tidak ketinggalan, aktiviti dimeriahkan lagi dengan kehadiran UNEH, Raja Pensil Warna yang sama-sama berbengkel di sana. Saya sempat hadir hari pertama sahaja, hari kedua ada kerja yang tak dapat dielakkan.






Alhamdulillah dapat juga participate dalam aktiviti International Watercolour Society (IWS). Saya join sebagai individu untuk menimba pengalaman walaupun Malaysia juga ada IWS Malaysia yang diketuai oleh Jansen Chow. Mungkin next time saya akan join melalui IWS Malaysia.
Selepas melepasi penjurian peserta dikehendaki membuat bayaran yuran sebanyak USD80 (MYR350+) kepada pihak penganjur dan perlu menghantar lukisan sebelum atau pada 30 November 2017.


Lukisan terbaharu yang dihasilkan dari studio. Gambar asal diambil semasa saya ke Vietnam untuk Program LakarSapa anjuran Galeri Shah Alam. Untuk dipindahkan ke atas kanvas, saya dah edit sikit part mood, color, composition dan paling ketara ialah karung guni telah ditukarkan kepada kain batik!


Pelarian merupakan perkataan yang agak popular di seluruh dunia terutama yang masih bergelut dengan kerajaan pemerintah Myanmar, Pelarian Rohingya. Lukisan ini sebenarnya tiada kaitan dengan Pelarian Rohingya tetapi saya nak ceritakan kehidupan pelarian dahulu yang sangat rajin demi mendapatkan sesuap nasi. Mereka melakukan pelbagai kerja dan yang paling saya ingat mereka antara golongan yang popular berniaga kain dari rumah ke rumah. Kebanyakan pelarian waktu itu adalah dari Kemboja. Berkat kesungguhan, kini mereka mampu tersenyum dengan hasil usaha mereka.
Selain melukis studio, saya selalu juga ber’plein air’ secara individu atau bersama rakan-rakan. Plein air bermaksud lakar langsung pada subjek terutama pemandangan. Plein air asalnya dilakukan kumpulan pelukis dari Eropah yang mendapat satu idea bagaimana untuk berkumpul dan berkarya sesama mereka. Mereka juga dapat mengkritik karya secara langsung hasil 2-4 jam lukisan yang dihasilkan.
Di Malaysia tidak kurang hebatnya, walaupun cuaca agak panas tidak menghalang pelukis untuk berkumpul sesama mereka dan merakamkan subjek menarik diatas kanvas. Antara kumpulan yang aktif ber’plein air adalah KL Sketchnation, Urban Sketchers Malaysia, KL Sketchwalk dan kumpulan yang saya sertai sendiri iaitu Gangsta Watakala.

Lukisan ini dihasilkan dalam tempoh yang agak singkat iaitu 1 jam 45 minit. Subjek utama adalah Pekan Semenyih. Pekan yang agak rancak, beberapa kali saya singgah ke pekan ni tapi tak perasan sangat ada juga deretan bangunan lama yang sangat menarik.
Terima kasih Tuan Haji Hassan Ghazali, pensyarah dari UPSI yang sudi menamakan saya untuk kajian senilukis pelajarnya. 2 orang pelajar iaitu Fareez Haiqal dan Zul Akmal Ramdzan ditugaskan untuk membuat sedikit kajian tentang lukisan saya.


