Posted on

Solo, moga dipermudahkan…

Sesuatu yang terjadi mungkin ada hikmahnya…mula serius dengan cat air kira-kira 2 tahun lepas, berkorban masa, menadah telinga mendengar kritikan demi menyiapkan satu persatu karya sehinggalah jumlahnya menjejak angka 100. Alhamdulillah kerana doa keluarga dan beberapa individu berhati mulia, saya mampu berkongsi pentas seni bersama-sama nama yang tidak asing dalam dunia catan air.

Saya masih ingat lagi… suatu masa perlu mencari collector untuk survival karya saya, amat-amat sukar dan perlukan pengorbanan, waktu itu tiada seorang pun yang benar-benar dekat untuk memahami karya saya kecuali isteri, mak ayah, keluarga terdekat saya dan sebelah isteri serta beberapa individu yang kalau boleh saya sebut satu nama ialah Mohd Noor Anzam Deraman. Mereka banyak membantu memberi semangat dan kekuatan kepada saya untuk terus berkarya. 

Bersyukur sangat-sangat ada mereka sekurang-kurang apa yang kita lakukan dihargai, dan saya bertekad untuk hasil seberapa banyak karya sebelum meng’expose’kan diri dengan menyertai pameran dan jualan. Akhirnya pada 2014, impian untuk betul-betul serius menyertai pameran terlaksana dengan menghantar beberapa karya kepada beberapa galeri di sekitar Lembah Klang termasuklah yang masih dalam perancangan iaitu pameran solo saya sendiri di Galeri Seni, UKM Bangi yang akan diadakan pada bulan Oktober 2014. Jauh lagi tuuu… tapi perancangan rapi perlu dibuat sebab ini adalah acara terbesar yang pernah saya buat untuk diri sendiri. Lantaklah orang nak cakap belakang, lambat lagi tapi dah beria bagai, hehehe. Anyway terima kasih sangat-sangat kepada Puan Zaiton, Pegawai Pusat Kebudayaan UKM atas perhatian beliau dengan memasukkan pameran solo ini sebagai salah satu aktiviti dalam kalendar Pusat Kebudayaan 2014.

Doa rakan-rakan diperlukan semoga apa yang dirancang menjadi kenyataan.

1920573 707888662594702 319093863 n
Tempat pameran yang akan diadakan
1512306 707888679261367 806501144 n
1623792 707888725928029 1588968890 n
Kakitangan pusat kebudayaan sedang menguruskan karya Pameran Solo Saudara Rasfan, pensyarah ASWARA yang sedang berlangsung sehingga April ini
1922448 707888812594687 1639313502 n
1970822 707888775928024 1506244600 n
Posted on

Galeri Warna dan Air

Nama yang cukup sinonim untuk menggambarkan kumpulan pengkarya catan air dan mungkin satu-satunya galeri berkumpulan WC yang ada di KL atau mungkin di negara kita. Usaha murni ini sebenarnya menguatkan lagi semangat kami dan saya sendiri sebagai generasi pelapis dalam memastikan lukisan cat air terus dimartabatkan di Bumi Malaysia, chewahhh macam yb!

Berjumpa dengan nama yang cukup besar dan dikagumi, tiada langsung rasa kekok dengan nama2 seperti Hisham Salmin, Abey Zoul, Jamal Tommy, Zaki Hadri kerana layanan yang mereka berikan walaupun cuma beberapa kali sahaja bertemu muka. Sahabat2 yang lain yang cukup terbuka Maroz Khuzaini, Zaid Jaapar sememangnya membuatkan saya lebih bersemangat untuk terus berkarya, terima kasih semua, anda memang terbaik!

20140224 215419
Minum2 selepas beberapa jam di galeri
20140224 212041

Saya yakin bagi Abey Zoul dan founders, galeri ini tertubuh atas semangat setiakawan dikalangan mereka dan terima kasih kerana menerima karya orang baru seperti saya.

IMG 145176636626330
6 karya saya dipamerkan untuk jualan di sini
20140224 194022
20140224 195800
Antara karya yang dipamerkan
20140224 195810
2 sudah di dinding
20140224 201626
Bersahaja
20140224 204743
Kata Abey Zoul, nilah future art promoter untuk Galeri Warna dan Air, A. Zaki Hadri
Posted on

Pameran 3 yang memberi inspirasi

First time join pameran lukisan yang dilukis oleh otai-otai yang sangat dikagumi sebelum ni. Kalau tak silap lebih 20 lukisan yang dipamerkan di ruang pameran, lobi utama Balai Berita NSTP. Personally, saya sangat kagum dengan sentuhan ketiga-tiga pelukis ini, mempunyai identiti dan tarikan yang berbeza dalam setiap karya yang dihasilkan.

Hisham Salmin dengan tagline-nya, “Melukis tidak memerlukan banyak syarat. Cukup sekadar pensil dan sekeping kertas”; Jamal Tommy, “Melukis membuatkan jiwa saya akan tenang dan seakan hilang segala masalah”; dan Abey Zoul, “Saya membawa gaya “impressionist” bersama warna-warna segar dan juga sapuan berus yang spontan dalam setiap karya,” sudah cukup mengambarkan diri pelukis yang cukup sempurna sabagai seorang pengkarya.

Usaha yang dilakukan mereka membuatkan saya sangat teruja dan ingin terus berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh walaupun baru setahun jagung.

IMG 7777
IMG 7828
IMG 7772
IMG 7790