Posted on

Lukisan yang terjual di The Artsfest, Bale Club, Leisure Farm

Alhamdulillah, dengan kesibukan kerja di pejabat, saya mendapat perkhabaran yang positif. 2 dari 4 lukisan saya yang dipamerkan terjual ketika pameran. Terima kasih kepada pihak penganjur dan juga Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS). Saya tak banyak membantu kerana kekangan masa, diharap pameran akan datang dapat bagi komitmen yang penuh.

IMG 20171108 WA0043
IMG 20171108 WA0046
Posted on

Kenapa PROGRESS 3/4?

Kali ni saya nak berkongsi antara lukisan yang paling saya suka, melihat kepada tajuk pasti ramai yang tertanya-tanya apakah maksud disebalik tajuk. Tidak kurang juga yang mempertikaikan kenduri tetapi kenapa tak ramai orang? kenapa ada wayar letrik, spoil la katanya. Tetapi true collector never ask without brain, jika mereka tak tanya saya pun mereka dah boleh buat andaian yang sangat baik sebagai seorang yang berilmu.

Ok saya jelaskan dulu kenapa tajuknya Progress 3/4… tajuk ini dipilih sesuai dengan suasana ketika saya menghasilkan lukisan ni, progress 3/4 memberi maksud proses memasak sudah memasuki fasa akhir. Segala bahan telah dimasukkan ke dalam kawah dan nasi juga telah ditanak dan hampir siap untuk dihidang. Pada waktu ini masing-masing telah kepenatan dan hanya menunggu segalanya dihidangkan. Kebiasaannya hanya beberapa orang sahaja yang kelihatan memantau lauk di dalam kawah dan menjaga api, dan fasa siap pastinya dikerumuni mereka yang telah penat dan lapar untuk menikmati yang masih panas… 

Di kampung-kampung suasana ini masih lagi boleh dilihat, gotong-royong membuat lauk untuk kenduri masih diamalkan dan menjadi tradisi yang mampu mengeratkan lagi silaturrahim antara jiran dan sanak saudara.

Seterusnya tentang wayar letrik yang dikatakan mengganggu pandangan. Sebenarnya wayar letrik itu adalah rantaian pandangan kita untuk menghayati lukisan ini agar subjek rumah dan aktiviti tidak terlalu terpisah sebagai satu cerita.

20170724 213413
Progress 3/4
Watercolor
56 cm x 76 cm
Posted on

Sunrise: Seremban & Kota Bharu

Kebiasaannya aktiviti plein air berlangsung antara jam 8-10 pagi, dan bagi saya untuk tidak melengahkan masa saya akan keluar rumah seawal selepas Subuh bagi memastikan saya sampai tepat pada masanya atau lebih awal. Jadi sepanjang perjalanan awal pagi saya akan dapat pemandangan bonus yang jarang di’capture‘ oleh pelukis. Pemandangan ini saya tukarkan menjadi lukisan… dan inilah hasilnya…

IMG 20170108 WA0003
Sunrise: Seremban
31 cm x 41 cm
Private Collection
IMG 20170307 WA0019
Sunrise: Kota Bharu
31 cm x 41 cm
Private Collection