Posted on

Gangsta Watakala di Motonation 2017

Usaha lebih baik dari sekadar mengeluh menanti rezeki datang bergolek, Alhamdulillah tak sia-sia kerja berpasukan lebih-lebih lagi dengan kumpulan yang paling lama saya bersama dari awal penubuhan, Gangsta Watakala nama yang tak asing dalam dunia Cat Air. Perancangan sejak awal tahun 2017 membuahkan hasil yang memberangsangkan dengan komitmen rakan-rakan yang di ketuai Ryzal Mysran yang sentiasa positif dan bersemangat. Terima kasih kepada sahabat yang menyertai Hisham Salmin, Aziezan Ahmad, Padi Razak & rakan-rakan kartunis, Abey Zoul, Sany Misnan dan Ridzuan Nuruddin.

Motonation 2017 merupakan acara tahunan yang hampir menyerupai Autoshow menghimpunkan gergasi automotif dan vendor yang mempromosikan produk mereka. Gangsta Watakala amat berbesar hati menerima pelawaan menyertai pameran dan jualan ini. Terima kasih kepada organizer yang bertungkus lumus menjayakan pameran ini.

Gangsta Watakala di Motonation 2017 1
Booth Gangsta Watakala yang tak putus menerima kunjungan. Jualan, tempahan sangat memberangsangkan.
Gangsta Watakala di Motonation 2017 12
Lukisan-lukisan yang dipamerkan untuk jualan.
Gangsta Watakala di Motonation 2017 2
Dah parkir kat depan booth, 3 hari pulak tu terliur juga nak pakai apakan daya rumah ada 4 bijik lagi tak habis bayar.
Gangsta Watakala di Motonation 2017 3
Jumpa sahabat lama di UiTM Shah Alam, Fikri & Isterinya yang bekerja di PICC.
Gangsta Watakala di Motonation 2017 4
Pembakar semangat
Gangsta Watakala di Motonation 2017 5
Ayah sibuk berbengkel, anak sibuk…

Gangsta Watakala di Motonation 2017 7
Bengkel watercolor
Gangsta Watakala di Motonation 2017 8
Simple demo
Gangsta Watakala di Motonation 2017 10
Terima kasih AminD sudi beli original artwork
Gangsta Watakala di Motonation 2017 11
Terima kasih Ah Guan sudi beli original artwork
Gangsta Watakala di Motonation 2017 9
Hasil dari bengkel Watercolor, sebahagian lagi peserta tak sempat bergambar bersama.
Gangsta Watakala di Motonation 2017 6
Puas hati dengan 2 Porsche, tapi lesen tak ada lagi
Posted on

Sekitar ArtPod by National Art Gallery & EuGrow Holdings

Terima kasih diucapkan kepada Balai Seni Negara yang menjemput Gangsta Watakala ke booth pameran dan jualan yang di adakan pada 11-12 November 2017 bertempat di Sunway Putra Mall. Pelbagai booth disediakan antaranya lukisan, kraftangan, sculpture, pakaian, khat dan sebagainya.

Tidak ketinggalan, aktiviti dimeriahkan lagi dengan kehadiran UNEH, Raja Pensil Warna yang sama-sama berbengkel di sana. Saya sempat hadir hari pertama sahaja, hari kedua ada kerja yang tak dapat dielakkan.

Sekitar ArtPod by National Art Gallery EuGrow Holdings 1
Hasil demo selama hampir 2 jam (Tanjung Malim, 31cm x 41cm)
Sekitar ArtPod by National Art Gallery EuGrow Holdings 2
Booth Gangsta Watakala
Sekitar ArtPod by National Art Gallery EuGrow Holdings 3
Ahli GW yang hadir Aly Marzuki, Fadzli Zakaria, Aziezan Ahmad, Azmannor
Sekitar ArtPod by National Art Gallery EuGrow Holdings 4
Saudara Azmi Sulong juga datang memberikan sokongan
Sekitar ArtPod by National Art Gallery EuGrow Holdings 6
Tahniah Aziezan Ahmad, 3 keping lukisan original terjual
Sekitar ArtPod by National Art Gallery EuGrow Holdings 5
Tahniah Abey Zoul, original printing dan fridge magnet banyak terjual, TERBAIK!
Posted on

Result Announcement of IWS International Watercolour Festival UAE

Alhamdulillah dapat juga participate dalam aktiviti International Watercolour Society (IWS). Saya join sebagai individu untuk menimba pengalaman walaupun Malaysia juga ada IWS Malaysia yang diketuai oleh Jansen Chow. Mungkin next time saya akan join melalui IWS Malaysia.

Selepas melepasi penjurian peserta dikehendaki membuat bayaran yuran sebanyak USD80 (MYR350+) kepada pihak penganjur dan perlu menghantar lukisan sebelum atau pada 30 November 2017.

Result Announcement of IWS UAE International Watercolor Festival 1
Result Announcement of IWS UAE International Watercolor Festival 2
Posted on

Pelarian

Lukisan terbaharu yang dihasilkan dari studio. Gambar asal diambil semasa saya ke Vietnam untuk Program LakarSapa anjuran Galeri Shah Alam. Untuk dipindahkan ke atas kanvas, saya dah edit sikit part mood, color, composition dan paling ketara ialah karung guni telah ditukarkan kepada kain batik!

Pelarian 1
Pelarian (Refugee)
56 cm x 76 cm
Pelarian 2

Pelarian merupakan perkataan yang agak popular di seluruh dunia terutama yang masih bergelut dengan kerajaan pemerintah Myanmar, Pelarian Rohingya. Lukisan ini sebenarnya tiada kaitan dengan Pelarian Rohingya tetapi saya nak ceritakan kehidupan pelarian dahulu yang sangat rajin demi mendapatkan sesuap nasi. Mereka melakukan pelbagai kerja dan yang paling saya ingat mereka antara golongan yang popular berniaga kain dari rumah ke rumah. Kebanyakan pelarian waktu itu adalah dari Kemboja. Berkat kesungguhan, kini mereka mampu tersenyum dengan hasil usaha mereka.

Posted on

Plein air Semenyih

Selain melukis studio, saya selalu juga ber’plein air’ secara individu atau bersama rakan-rakan. Plein air bermaksud lakar langsung pada subjek terutama pemandangan. Plein air asalnya dilakukan kumpulan pelukis dari Eropah yang mendapat satu idea bagaimana untuk berkumpul dan berkarya sesama mereka. Mereka juga dapat mengkritik karya secara langsung hasil 2-4 jam lukisan yang dihasilkan.

Di Malaysia tidak kurang hebatnya, walaupun cuaca agak panas tidak menghalang pelukis untuk berkumpul sesama mereka dan merakamkan subjek menarik diatas kanvas. Antara kumpulan yang aktif ber’plein air adalah KL Sketchnation, Urban Sketchers Malaysia, KL Sketchwalk dan kumpulan yang saya sertai sendiri iaitu Gangsta Watakala.

Plein air Semenyih
Pekan Semenyih
31 cm x 41 cm

Lukisan ini dihasilkan dalam tempoh yang agak singkat iaitu 1 jam 45 minit. Subjek utama adalah Pekan Semenyih. Pekan yang agak rancak, beberapa kali saya singgah ke pekan ni tapi tak perasan sangat ada juga deretan bangunan lama yang sangat menarik.