A.B. Hubback. Harap esok berjalan dengan baik.
Author: Azman Nor
Mencari ilmu di bumi Kelantan
Masa yang terlalu singkat di Kelantan diisi sebaik mungkin untuk berjumpa 2 orang pelukis terhebat iaitu Cikgu Mokhtar Ishak dan Tuan Mazuki Mohamad. Perbincangan dan ilmu yang dikongsi pasti disemat sekemas-kemasnya untuk bekalan masa hadapan.
Mokhtar Ishak atau panggilan mesra Cikgu Ta merupakan nama yang tidak asing lagi sebagai seorang pelukis cat air yang terbaik melalui hasil karyanya yang kebanyakan menggambarkan suasana perkampungan dan pinggir pantai. Hasil karya beliau sentiasa menjadi perhatian kolektor persendirian dan galeri sekitar ibu negara. Suasana studio mininya menggambarkan keseriusan beliau dalam berkarya selama hampir 60 tahun.
Mazuki Mohamad sememangnya pelukis terhebat dengan hasil karyanya yang mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Karya yang dianggap kontemporari memberi peluang kepada kita untuk menikmati suasana kampung dan pantai yang sentiasa segar dan mendamaikan. Terkenal sebagai seorang pelukis yang meminimakan jumlah warna yang digunakan tanpa menidakkan tarikan pada karya yang dihasilkan.
A.B. Hubback, An Architectural Celebration in Malaya
Watercolor: Penjaja Kg. Baru
Mula mengumpul postcard buatan sendiri
Sebagai penghias studio dan mungkin buah tangan mampu milik sekiranya pengunjung studio saya tidak mahu pulang dengan tangan kosong.
Kejernihan air di muara Pantai Marang sememangnya menarik perhatian pengunjung yang datang. Istimewanya tempat ini dikalangan penggemar fotografi dan lukisan ialah deretan bot-bot kecil yang menghiasi pantai menggambarkan aktiviti nelayan kecil yang gigih mencari rezeki demi sesuap nasi.
Watercolor: Bunga
Apabila karya saya benar-benar dihargai
Saya dijemput untuk melihat koleksi Encik Salahuddin di kediamannya semasa menghantar satu lukisan yang ditempah. Menariknya gambaran pertama saya pada dinding yang digantung dengan lukisan yang dibeli daripada beberapa pelukis tanahair, saya telah membayangkan setiap sudut itu merupakan sudut khas seseorang pelukis, menarik bukan…





























