Tak sia-sia berkunjung ke studio Jomlukis! sebab dapat hadiah buku koleksi watercolor daripada Tuan Faizal Zainal. Koleksi watercolor yang sangat menarik oleh beberapa nama besar seperti Ismail Mat Hussin, Ismail Kadir, Khalil Ibrahim, Abdul Ghani Ahmad, Aminah Abd Rahman, Hj.Mansor Hj. Ghazalli, Md Sani Md Dom, Chin Kon Yit, Chow Chin Chuan, Dr. Wong Seng-tong, Hj. Mokhtar Ishak, Mazuki Muhammad dan ramai lagi.
Author: Azman Nor
Watercolor: Van tua Kg. Baru
Watercolor: Sangkar Kg. Baru
Tiada kebebasan, terperangkap, ketakutan sepanjang masa apa yang dialami makhluk ciptaan Allah dalam sangkar ini, itulah juga yang mungkin dialami sebahagian penduduk Kg. Baru Kuala Lumpur. Hari demi hari sekangkang tanah mereka diambil dan didirikan pusat komersil serta bangunan-bangunan pencakar oleh tangan-tangan yang berkuasa.
Borang Keahlian PERUPA
Post untuk rakan-rakan yang masih belum menjadi ahli PERUPA. Yuran pendaftaran sangat berpatutan iaitu RM150 bagi keahlian seumuar hidup dan RM30 bagi keahlian tahunan. Banyak yang boleh dimanfaatkan melalui persatuan ni contohnya dapat menyertai diskusi, pameran, bengkel dan sebagainya*.
Untuk maklumat lanjut boleh terus ke blog PERUPA.
Hasil Coptic Stitch Sketchbook minggu ni
Pendaftaran keahlian Angkatan Pelukis SeMalaysia
Menang pertandingan lukisan cat air di FLORIA2014
Kata Abey Zoul “ini adalah permulaan yang buat kami dan Gangsta Watakala”. Kemenangan 1-2 ini diharapkan dapat membangkitkan semangat kami untuk terus mencabar diri dalam pertandingan akan datang








