Posted on

Joe Dowden’s Complete Guide to Painting Water in Watercolour

Joe Dowden merupakan nama yang cukup terkenal dikalangan peminat cat air kerana gaya penyampaiannya yang sangat berbeza dan bersahaja. Subjek yang amat terkesan dikalangan peminat buku beliau ialah refleksi air yang sangat menarik dan nampak hidup.

Untuk mengkaji lebih mendalam apa kaedah yang dilakukan Dowden, saya telah mendapatkan buku beliau yang bertajuk Joe Dowden’s Complete Guide to Painting Water in Watercolour. Walaupun tidaklah terlalu teliti penyampaian dalam buku ni, tapi masih mampu merungkai persoalan kaedah yang digunakan.

Cukup simple, bersaiz A4 dan hardcover sememangnya mudah untuk dibawa kemana-mana

IMG 0528
IMG 0529
IMG 0530
Posted on

Buku Open Show 2014, saja nak share apa yang berlangsung di BSVN sekarang

Pameran terbuka ini pertama kali diadakan selepas tahun 2005 merupakan pameran yang amat dinanti-nantikan oleh pelukis dan pengkarya tanahair kerana ianya menjadi platform pengkarya seluruh negara untuk berkumpul, mempamer dan mengkaji karya-karya mereka dalam penglibatan kegiatan-kegiatan kesenian yang akan datang.

114 karya daripada pelukis pelbagai medium dalam satu buku memberikan pengalaman yang mengujakan kerana karya saya bertajuk Basikal Tuan II juga terpilih untuk dipamerkan bersama karya pelukis yang hebat dari seluruh negara ini. Karya bersaiz 92.8cm x 72.4cm ini merupakan satu daripada siri basikal tua yang saya hasilkan sejak tahun 2012. Menampilkan karat dan lumut sebagai tarikan utama karya ini…

IMG 0519
IMG 0521
Basikal Tua II
IMG 0522
Posted on

SALAM RAMADHAN

Salam Ramadhan kepada famili dan semua rakan-rakan yang mengikuti perkembang blog ini. Semoga Ramadhan kali ini memberikan kekuatan kepada kita untuk lebih berjaya dalam apa jua kerja dan ibadah yang kita lakukan…