Posted on

Potret untuk Tuanku Muhriz sempena Majlis Perasmian Pesta Konvo UKM ke-42

Alhamdulillah Tuanku suka dengan potret yang dilukis. Mohon beribu kemaafan kepada DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan UKM khususnya NC, YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali kerana saya tidak bersedia mengadap Tuanku, ingat cuma dijemput hadir seperti tetamu yang lain…nasib baik pakai baju batik siap2. 

Jutaan terima kasih kepada YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali dan YBhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal yang telah menjemput saya untuk hadir ke majlis perasmian pesta konvo ini, sangat-sangat terharu dengan layanan YBhg. Prof. yang juga telah memberi cadangan untuk saya menyediakan potret Tuanku ini. Terima kasih juga Yang Amat Berbahagia Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, Pro-Canselor UKM yang suka dengan hasil potret ni.serta Sekretariat Pesta Konvo yang sudi menempah potret Tuanku ini, layanan kalian tidak akan sesekali dilupakan, In Shaa Allah…

Jujur ini pertama kali saya mengadap istana dan sangat-sangat tidak tahu tentang protokol sebenar dan ianya berlaku secara spontan. Sekretariat juga telah memaklumkan untuk saya ke pentas tetapi saya menolak kerana tidak biasa dengan acara sebegini. hehehe

20141030202921
20141030205524
20141030205528
20141027134515
20141026074149
Potret Tuanku dan logo Pesta Konvokesyen UKM ke-42 sebelum dan selepas dibingkaikan
Posted on

Pameran ‘Paint & Ink: Just Add Water’

Lukisan yang dipamerkan memang terbaik dan cantik-cantik belaka. Dianjurkan oleh Malaysia Watercolour Society dan BNM Museum and Art Gallery. Karya Tuan Faizal Zainal juga turut dipamerkan dan dibuka untuk jualan dengan harga dari RM2,800 sehingga RM29,000… yang belum datang boleh la datang ke galeri BNM, maklumat lanjut boleh rujuk poster di bawah…

10710816 719332954787649 3157920363285966909 n
1236827 839038316146402 6475939264066944506 n
Antara buku yang sempat di beli di kedai cenderamata galeri
10469087 839038149479752 2350510602597744445 n
Tajuk pun dah menarik…
20141029132510
Bersama karya Sifu Faizal Zainal, Iftar di Gaza…
20141029132619
Posted on 1 Comment

Sokongan YBhg. Dato’ Siti Norhaliza kepada Pameran Solo Azmannor 2014

Terima kasih Dato’ Siti atas layanan walaupuan kurang 5 minit untuk mengadakan persembahan terakhir The Magic of ASEAN. Actually semasa Dato’ Siti ke Galeri Seni 2 hari lepas saya berada di Terengganu, so tak sempat nak datang. Tapi malam tadi dapat jumpa di bilik persediaan belakang pentas… Terima kasih atas sokongan Dato’ Siti untuk pameran ni…

IMG 0049
Buku PSA2014 untuk Dato’ Siti…
IMG 0050
20141012233230
Yang ni mahal, hehehe
IMG 0054
Bersama Geng PKU yang sporting
IMG 20141012 WA0008
Dato’ Siti tandatangan pada Guest Book PSA2014
IMG 20141012 WA0011
IMG 20141012 WA0012
Sempat buat interview session di Galeri Seni
IMG 20141012 WA0013
Puan Zaiton bersama Dato’ Siti
Posted on

Sekitar Majlis Perasmian Pameran Solo Azmannor 2014

Bukan mudah untuk berjaya jika tanpa usaha dan tawakkal…Terima kasih kepada YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri pendidikan II yang sudi hadir merasmikan pameran solo ini, sokongan dan kata-kata perangsang YB Dato’ Seri tak akan sesekali dilupakan. Terima kasih juga kepada YBhg. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor UKM, YBhg. Dato’ Mahadzir Lokman, Pengerusi LPSVN, YBhg. Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal, TNC HEPA, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mazlin Mokhtar, TNC HEPI, YBhg. Dato’ Sharifuddin Dato’ Musa, Pengerusi DPMMKL, keluarga dan rakan-rakan yang hadir memberi sokongan. 

Setelah hampir setahun bertungkus-lumus melakukan persiapan dengan bantuan warga PKU akhirnya pameran ini dapat diadakan dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Selain sokongan Pusat Kebudayaan Universiti dan Studio Pikir&lukis, terima kasih juga atas sokongan daripada Balai Seni Visual Negara (BSVN), Persatuan Seni Rupa Malaysia (PeRUPA), Gabungan Persatuan Pelukis SeMalaysia (GAPs), Persatuan Pelukis Terengganu (PeTer), Galeri Studio Warna & Air (WASG), Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS). Sokongan penajaan dari Renoplex Sdn Bhd, FB20 Resources, ABRA Multitrade, Jim Success Technology Enterprise, Renggas Sembilan Enterprise dan Rannig Enterprise. Terima kasih tidak terhingga!

IMG 1496
Menyambut kehadiran YB Menteri
DSC 0032
Ucapan alu-aluan
DSC 0033
Sokongan yang tidak berbelah bahagi…
IMG 1533
YB Dato’ Seri teruja dengan lukisan ini, Azman Jr, hehehe
IMG 1555
Penerangan dalam nada gemuruh, hehehe
IMG 1557
YB Dato’ Seri berminat dengan buku lakaran serta bahan untuk menghasilkan lukisan
IMG 1475
Orang kuat PeRUPA, Pak Aris Aziz dan Tuan Raduan
IMG 1479
Bersama Tuan Zuhaimi, Tuan Nashidi (PeTer) dan Tuan Namri
IMG 1481
Antara yang dipamerkan
IMG 1484
Ayah ibu, isteri dan anak yang menyokong…
IMG 1485
IMG 1489
DSC 0074
Ahli keluarga yang datang, sememangnya terharu dengan bantuan yang tidak pernah putus…
IMG 1541
Mungkin ada perasaan gembira disitu…
IMG 1545
Geng SELFUEL yang datang…
IMG 1550
Penerangan YBhg. Dato’ Mahadzir kepada tetamu yang datang…
IMG 1551
IMG 1552
IMG 1568
Terima kasih Dato’ Dale
IMG 1574
Wakil Pusat Kebudayaan Universiti yang paling banyak membantu melancarkan lagi majlis ni…
DSC 0018
Bersama YBhg Dato’ Sharifuddin, YDP DPMMKL dan Tuan Bisharuzi
DSC 0022
Lawatan sebelum perasmian
DSC 0115
Interview daripada Utusan Malaysia