Gambar-gambar sekitar Majlis Perasmian Pameran Sentuhan Warna & Air, 29 November 2014, jam 11 pagi. Terima kasih yang sudi hadir…
Author: Azman Nor
Abstract Watercolor untuk hiasan rumah
Beberapa keping kertas lukisan jenama Saunders Waterford 300gsm yang kurang sesuai digunakan kerana kadar serapan air yang kurang sesuai dengan teknik saya. Jadi untuk mengelakkan pembaziran, kertas ni saya gunakan untuk hasilkan abstract watercolor. Hasilnya memang diluar jangkaan, memang terbaik dan sesuai untuk hiasan ruang tamu yang masih lagi kosong, hehehe…satu lagi eksperimen yang berjaya…
Lakaran pen dan cat air: Basikal tua, separa tua dan yang muda bergetah
Kadang-kadang tengok orang yang buat lakaran pen (pen sketches) ni macam relaks dan tenang je…rupa2nya memang betullah sebab bila kita buat direct sketched menggunakan pen, kita tidak memerlukan ketelitian yang lebih berbanding lukisan yang lain dan hasilnya tersangatlah awesome… tetapi harus diingatkan ada juga peraturan yang perlu dipatuhi bagi memastikan hasilnya benar2 hebat, main bantai pun kena lah pada tempatnya. Nak tau macamana tanyalah guru lukisan anda… opss bagi yang belum ada guru seni lukis, Warna & Air Studio Gallery dan Jomlukis ada jawapannya…
Pameran Sentuhan Warna & Air di Universiti Kebangsaan Malaysia
Jom ke Pameran dan Jualan Sentuhan Warna & Air. Pameran ni merupakan pameran pertama Warna&Air Studio Gallery (WASG) yang diadakan secara berkumpulan diluar studio utama di Diamond Square, Setapak. Pameran kali ini menampilkan beberapa nama besar cat air tanah air seperti Maamor Jantan, Adzran Omar, Abey Zoul, Jamal Tommy, Hisham Salmin dan ramai lagi. Masuk adalah percuma dan dibukan setiap hari (Sabtu dan Ahad dibuka atas permintaan). Semua dijemput hadir.

Naib Juara Pertandingan Lukisan Spontan, Art Festival of Warisan Kampung Cina, Kuala Terengganu
Alhamdulillah setelah pelbagai dugaan yang datang, rupa-rupanya ada hikmah disebaliknya… Sebaik-baik aturan adalah perancangan Allah Taala. Kemenangan di tempat ke-2 sangat tidak dijangka memandangkan pelukis yang hadir semuanya hebat-hebat belaka dari pelusuk tanah air. Terima kasih kepada Sahabat PeTer yang sangat peramah dan banyak membantu sepanjang berada di Kuala Terengganu.
Terima Kasih atas layanan dan pelawaan Abang Din dan Cikgu Saiful untuk bermalam di rumah, In Shaa Allah akan datang mungkin ada kesempatan. Pelukis-pelukis lain dari Peseni, Sifu Mazuki dan kawan2, Senika Abang Munif dan kawan2, dari Melaka Dilah dan Park Loong Yus, KL Abang Boga dan kawan2, Amin Hadarih dan kawan serta ramai lagi.
In Shaa Allah akan datang jika ada kesempatan jumpa lagi…

Cikgu Ta @ Haji Mokhtar Ishak yang saya kenali…
Rasanya tak terlambat untuk ucapkan tahniah kepada Cikgu Ta @Haji Mokhtar Ishak, Pak Khalil Ibrahim dan Tuan Ismail Mat Hussin atas penganugerahan Tokoh Pelukis Negeri Kelantan baru2 ni. Sejujurnya mereka sangat layak menerima pengiktirafan ini jika dikira dengan usaha dan pengorbanan yang dilakukan mereka dalam memartabatkan seni lukis di mata masyarakat. Saya pernah bersua dengan 2 tokoh seni ini…kedua-duanya punyai aura seni tersendiri. Pak Khalil tidak asing lagi dikalangan pelukis dan peminat seni lukis dengan hasil karya yang sentiasa menjadi tarikan kerana tema dan gaya penyampaiannya yang bersahaja.
Dalam page kali ni banyak nak bercerita tentang Haji Mokhtar Ishak yang saya bahasakan dirinya sebagai Cikgu Ta. Teruja untuk bertemu beliau, saya telah ke Kota Bharu pada 1 Mei yang lepas. Ditemani pelukis cat air Kelantan Mazuki Mohamad dan Pok Nik, saya akhirnya dapat berkunjung ke rumah Cikgu Ta. Studio mini Cikgu Ta dipenuhi hasil lukisannya sendiri dan terdapat satu karya Khalil Ibrahim. Dari situ saya dapat gambarkan keakraban hubungan 2 maestro ini. Walaupun pertama kali berjumpa Cikgu Ta, layanan yang diberikan seolah-olah sudah lama beliau mengenali saya.
Dalam pertemuan singkat ni Cikgu Ta banyak bercerita pengalaman dan detik pahit manis beliau berkarya lebih 40 tahun. Cerita beliau banyak disulami nasihat kepada pelukis2 baharu seperti saya supaya tidak mudah berputus asa dalam berkarya. Berkaryalah dengan hati yang ikhlas tanpa mengharapkan sesuatu kerana sesuatu itu akan hadir bila hadirnya keikhlasan dalam diri kita…
Sebelum meninggalkan rumah Cikgu Ta, saya sempat juga beli 3 keping lukisan beliau. Saya hadiahkan juga 1 lukisan sebagai kenangan…
Pertandingan Cat Air Ekspresi Selangor
Minggu lepas punya cerita…Ini karya terbaik saya yang dihasilkan berbeza dengan lukisan-lukisan sebelum ni. Lukisan alla prima ini dihasilkan untuk menyertai Pertandingan Car Air Ekspresi Selangor. Penghantaran karya adalah pada 31 Oktober 2014. Tema Bandar Kajang dipilih sebab ianya sangat-sangat bertepatan dengan ekspresi selangor. Bandar yang menggambarkan hubungan masa yang tidak pernah putus sejak bertahun lamanya. Jika dilihat dipersimpangan ni bangunan usang disebelah kiri jalan seolah-olah sedang bersaing dengan bangunan moden disebelah kanan. Seperti telur dihujung tanduk, bila-bila masa akan rebah ke bumi ATAU mungkin kelangsungannya akan diteruskan dan dipulihara sebagai warisan sejarah yang tidak ternilai.




























































