Rasanya tak terlambat untuk ucapkan tahniah kepada Cikgu Ta @Haji Mokhtar Ishak, Pak Khalil Ibrahim dan Tuan Ismail Mat Hussin atas penganugerahan Tokoh Pelukis Negeri Kelantan baru2 ni. Sejujurnya mereka sangat layak menerima pengiktirafan ini jika dikira dengan usaha dan pengorbanan yang dilakukan mereka dalam memartabatkan seni lukis di mata masyarakat. Saya pernah bersua dengan 2 tokoh seni ini…kedua-duanya punyai aura seni tersendiri. Pak Khalil tidak asing lagi dikalangan pelukis dan peminat seni lukis dengan hasil karya yang sentiasa menjadi tarikan kerana tema dan gaya penyampaiannya yang bersahaja.
Dalam page kali ni banyak nak bercerita tentang Haji Mokhtar Ishak yang saya bahasakan dirinya sebagai Cikgu Ta. Teruja untuk bertemu beliau, saya telah ke Kota Bharu pada 1 Mei yang lepas. Ditemani pelukis cat air Kelantan Mazuki Mohamad dan Pok Nik, saya akhirnya dapat berkunjung ke rumah Cikgu Ta. Studio mini Cikgu Ta dipenuhi hasil lukisannya sendiri dan terdapat satu karya Khalil Ibrahim. Dari situ saya dapat gambarkan keakraban hubungan 2 maestro ini. Walaupun pertama kali berjumpa Cikgu Ta, layanan yang diberikan seolah-olah sudah lama beliau mengenali saya.
Dalam pertemuan singkat ni Cikgu Ta banyak bercerita pengalaman dan detik pahit manis beliau berkarya lebih 40 tahun. Cerita beliau banyak disulami nasihat kepada pelukis2 baharu seperti saya supaya tidak mudah berputus asa dalam berkarya. Berkaryalah dengan hati yang ikhlas tanpa mengharapkan sesuatu kerana sesuatu itu akan hadir bila hadirnya keikhlasan dalam diri kita…
Sebelum meninggalkan rumah Cikgu Ta, saya sempat juga beli 3 keping lukisan beliau. Saya hadiahkan juga 1 lukisan sebagai kenangan…