Posted on

Image Hiding

Foto ini diambil ketika saya menemani isteri ke pasar ikan yang terletak di Kg.Lampu, Kuala Besut. Diambil spontan ketika saya dan anak kedua berada dalam kereta menunggu isteri membeli ikan. Saya seorang yang agak janggal apabila melibatkan kerja-kerja mengambil foto—lebih-lebih lagi jika berada ditengah-tengah kelompok manusia. Bukan apa, takut ditegur tidak minta kebenaran. Jadi apa yang saya buat, saya akan berlakon swafoto dengan anak saya padahal kamera tidak ditukarkan ke mod swafoto. Foto yang diambil juga ala kadar kerana saya bukan jurufoto yang terbaik, ini diakui oleh rakan-rakan saya.

IMG 20200711 101013 1
Image Hiding, 56cm x 76cm

Seringkali foto yang diambil oleh saya akan ditegur rakan-rakan. Ada yang menuduh saya mengambil foto sambil lewa dan banyak merosakkan foto mereka sedangkan apabila mereka mengambil foto saya pasti menarik. Saya akui saya tidak pandai mengambil foto dan kenapa komposisi lukisan saya lebih baik daripada komposisi gambar yang diambil, jawapannya adalah satu lukisan saya adalah gabungan beberapa foto yang diambil berulang kali atau digabungkan dengan foto dari sumber berlainan. Saya bukan jenis yang fokus satu foto untuk satu lukisan.

Kesimpulannya, jangan merendahkan sesama sendiri jika kita juga mempunyai kekurangan yang rakan kita cuba sembunyikan sebaik mungkin. Kekurangan itu sebenarnya mungkin titik perubahan kita dalam mengecapi kejayaan dimasa akan datang.

Posted on

Plein air sekitar Pekan Bangi Lama

Akhirnya setelah sekian lama tidak dapat plein air kerana kekangan masa, dapat juga meluangkan masa bersama-sama sahabat pelukis terdekat antaranya Hisham Salmin, Maroz Khuzaini dan Kartunis Buloh Qasap melakukan aktiviti plain air di Pekan Bangi Lama. Perancangan asal untuk berplein air di Rinching kerana di situ terdapat rumah-rumah kampung yang mempunyai senibina yang masih dipelihara serta mempunyai keunikan tersendiri. Perancangan asal terbantut kerana pada ketika kami melewati Pekan Bangi Lama, keindahan struktur bangunan di situ menarik perhatian kami.

Plein air Azmannor 7 3
Old Town Shoplots, 38cm x 56cm
Plein air Azmannor 2 2
Plein air Azmannor 4 1
Plein air Azmannor 5 3
Plein air Azmannor 1 2
Posted on

Lama mengidam nak ada Mat Cutter sendiri

Setiap kali lukisan watercolor siap benda yang paling penting untuk menaikkan lagi seri lukisan adalah mounting board. Mounting board bertindak sebagai bingkai awal untuk mendapatkan fokus sebenar lukisan yang dilukis. So saya berpendapat mat cutter ni sangat membantu memandangkan harga mounting board yang agak tinggi dipasaran.

Mat Cutter 1
Pergi ke ArtFriend Pavillion semata-mata nak beli benda ni sambil bawak anak-anak naik MRT.
Mat Cutter 2 1
Memudah dan mempercepatkan kerja.
Mat Cutter 3 1
Mounting board siap dipotong.

Posted on

Plein Air sempena Festival Warisan Kajang

Hampir 2 minggu lepas Gangsta Watakala menerima jemputan dari Cikgu Lee (Kim Sin Lee), Pengarah Pusat Warisan Kajang untuk mengadakan aktiviti plein air di Jalan Mendaling, Kajang sempena Festival Warisan Kajang. Alang-alang dekat sangat dengan rumah, saya terus menyatakan persetujuan lagipun dah 4 kali plein air di kajang tapi tetap tak puas.

Pada hari festival berlangsung, hanya saya dan Hisham Salmin yang dapat join mewakili GW dan Yed (Ahmad Farid) ke Prescott Kajang untuk menghadiri Seminar Sejarah dan Warisan Kajang salah satu aktiviti yang berlangsung sempena festival ni. Selain GW, plein turuk dihadiri kumpulan KL Sketchers yang diketuai oleh Mr. Cheng Peng Sia. Sifu Chin Kon Yit juga hadir memeriahkan suasana bersama-sama Yeng Pen Sim, Venoo Muniandi, Artify Goh, Haniza Harun dan ramai lagi.

Bersama Sifu Chin Kon Yit dan Mr. Venoo
Bersama Sifu Chin Kon Yit dan Mr. Venoo
Bersama Artify Goh Sifu Chin Kon Yit Yeng Pen Sim dan Hisham Salmin
Bersama Artify Goh, Sifu Chin Kon Yit, Yeng Pen Sim dan Hisham Salmin
Terjual di lokasi kepada Mr. Loh
Terjual di lokasi kepada Mr. Loh.
Jalan Mendaling Kajang Selangor
Jalan Mendaling, Kajang.
Hasil plein air watercolor
Hasil plein air watercolor.