Posted on

Sketching sebelah 1 Sentul Condominium

Lupa pulak nak aktifkan post ni, hehehe kejadian yang berlaku minggu lepas di 1Sentul Kondo semasa nak bantu Abey Zoul packing lukisan yang dibawa ke Paris. Sambil2 tunggu nak cukupkan korum, sempat jugaklah siapkan satu sketch rumah lama bersebelahan 1 Sentul Condominium ni…

2015410091944
Cuba bertahan entah sampai bila…
2015409172537

Menarik jugak, rumah yang masih teguh berdiri dicelah2 bangunan pencakar langit. Tak pasti bagaimanakah nasib mereka…

Posted on

Cabar diri dengan sketchbook baharu…

Buat sketching sangat2 membantu untuk improve our skill lebih2 lagi bila disertakan dengan sapuan watercolor atas handmade hybrid sketchbook 300gsm Bockingford dan Saunders Waterford. Teknik yang digunakan adalah wet on wet dengan gaya impressionism. 

Impressionism tidak memerlukan masa yang lama untuk lukisan atau lakaran dilakukan, teknik ini sangat mengutamakan kekuatan struktur dan perspektif yang betul serta arah lighting yang mampu menimbulkan shadow dengan pelbagai warna yang bersesuaian. Dan untuk mendapatkan hasil yang lebih dramatik, basahkan berus dan dapatkan tona warna yang lebih cair, seterusnya renjiskan dibahagian yang bersesuaian… boleh cuba

2015402225248
Cover depan dan belakang pun boleh lukis, kertas yang digunakan ada Saunders Waterford recycle yang ditampal pada kadbod, nampak stail sikit
2015403065359
2015403073421
Sebelum dan selepas… wet on wet
2015403182427
2015405105555
Posted on 1 Comment

Tempahan Handmade Sketchbook

Ini adalah kumpulan yang ketiga membuat tempahan handmade sketchbook ni…untuk info handmade sketchbook ni saya akan siapkan sekiranya tempahan melebihi 5 orang satu2 masa, senang nak run the process. So kali ni 12 orang telah menempah sketchbook ni, alhamdulillah rezeki…

Ok ramai yang nak tahu harga dan jenis kertas yang digunakan. Kebanyakan kertas yang digunakan adalah kertas watercolor, tetapi bergantung juga pada permintaan pelanggan dan stok kertas yang ada. 

So untuk watercolor, kertas yang digunakan adalah jenis Saunders Waterford 300gsm (32 muka surat) + hardcover = RM45 termasuk penghantaran, Bockingford 300gsm (32 muka surat) + hardcover = RM45, Syamal 300gsm (32 muka surat) + hardcover = RM35, Campap 300gsm (32 muka surat) + hardcover = RM30.

Untuk kemasan pula selain Saunders Waterford, bahagian tepi akan dipotong kemas sekemas rambut Wak Doyok, hehehe… manakala bagi Saunders Waterford saya hanya membiarkan potongan kasar untuk menampakkan rupa asal kertas yang dikeluarkan pengilang St. Cuthberts Mill, rupa memang nice…     

Sketchbook ni 100% buatan tangan dan dijahit oleh saya sendiri tanpa bantuan orang lain…

2015329051945
Sebelah kiri rupa sketchbook Saunders Waterford dan belah kanan rupa Bockingford, Syamal, Campap dan sebagainya. Ada nampak beza tak?
2015331064011
Terima kasih yang sudi beli buku ni…
Posted on

Watercolor: Sketchbook

Bila masa terhad untuk berkarya, sketchbook banyak membantu meringkaskan lagi kerja selain tetap ada masa untuk melukis. Itu penting kerana kekerapan melukis yang tinggi mampu memperbaiki skill yang ada.

Ada juga rakan2 pelukis yang cakap saya boleh lah selalu melukis sebab tak busy, maklumlah kerja badan berkanun, ewah2 agaknya dorang pantau ikut satelit kot kerja gomen je tak busy, duduk dalam ofis je tak buat kerja, tak masuk akal ke tak berakal ni?

Alasan untuk tidak melukis sebab busy memang langsung tak boleh pakai sebenarnya kerana ada juga rakan2 dan sifu saya yang busy bekerja tetap luangkan masa untuk beriadah dan melukis, boleh saja tapi hendak seribu daya tak hendak seribu dalih… ni bukan nak kondem tapi nak bagi nasihat sikit, tapi cara kasar, hahaha…

Ok berbalik pada lukisan, kali ni saje nak completekan sketchbook yang ada, baru perasan rupanya dah ada 14 bijik sketchbook, 6 completed, alhamdulillah ada rezeki mungkin boleh buat solo show tentang sketchbook pulak, hehehe

Kat bawah ni hasil yang terbaharu.

2015326174643
Kampung nelayan
2015326224837
Taman Wetland
2015327062228
2015 Putrajaya Hot Air Balloon
2015327062250
Tali air
2015327062351
Pemandangan dari Genting Cable Car
2015327062502
16 sheets handmade sketchbook, 300gsm Saunders Waterford wc paper
Posted on

Sketching for 7th Putrajaya International Hot Air Balloon

Sesekali spent time untuk diri sendiri menarik jugak, release tension. Sebenarnya langsung takde plan untuk ke 7th Putrajaya International Hot Air Balloon ni, semuanya bila Hisham Salmin bagitau ada karnival pada hari yang sama kami plein air…lepas plein air jam 10.30 pagi saya terus ke sana dengan harapan boleh tengok belon gergasi. Huhh harapan musnah, sebijik belon gergasi pun takde kecuali trademark PIHAB.

Tapi terubat juga lah sebab dapat join Helicopter Joy Rides, pusing-pusing sambil tengok pemandangan indah Putrajaya. Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan sebab first time naik helicopter, ada sikit kejakunan disitu, hahaha…

2015314224426
Pemandangan Putrajaya
Saiz: 19 cm x 56 cm
Schmincke + Winsor Newton watercolor + 300gsm Bockingford watercolor paper
2015314124050
Sebelum naik heli, sempat jugaklah buat satu sketch
2015314111413
2015314132450
2015314132859
Pemandangan menarik
2015314132907
Thanks organizer, dapat jgk jd co-pilot
2015314133101
Sape nak buat banglo kat Putrajaya, banyak lagi tanah kosong…
2015314133154
Pemandangan 7th Putrajaya International Hot Air Balloon dari udara, awesome!
2015314133347
Mat Salleh belakang ni lah berebut nak jadi co-pilot, huhhh aku xkan mengalah… hahaha