Posted on

Lakaran: Sambil-sambil…

Musim cuti sekolah ni amat mencabar untuk hasilkan lukisan…masa banyak dihabiskan untuk keluarga. So lakaran ringkas la penyelamat bagi memastikan senilukis terus dimartabatkan, chewah… Genap setahun buku lakaran ni berkhidmat, berbaki 3 page lagi yang kosong, In Shaa Allah akan jadi buku rujukan dan bahan arkib lepas ni.

Semua lakaran di bawah dihasilkan menggunakan 0.4 Faber-Castell Ecco Pigment Permanent Pen, Daler Rowney WC dan 190gsm Bockingford WC paper yang telah dibukukan.

Lakaran2 lain dalam buku ni juga boleh dilihat melalui entry sebelum ni…

20141219080749
20141219081002
20141219081157
20141219081216
20141219081246
20141219081347
20141219081405
Posted on

Watercolor Sketches: Pekan Bangi & Cameron Highland

Walaupun sibuk dengan kerja lain semenjak 2 menjak ni, alhamdulillah malam td sempat juga luangkan masa lepaskan gian melukis walaupun sekadar lakaran ringkas…

20141216075947
20141216075930
20141216075906
Jip Giler dan Istirehat warga emas Pekan Bangi…

Nama jip giler ni sebenarnya diletakkan secara spontan bukan sebab jip atau pemandu yang gila tapi saya teruja sebab tengok kumpulan jip ni yang sememangnya unik dan hanya terdapat di C.Highland… bukan tempat lain tak ada jip ni tapi identiti dan perwatakannya membuatkan jip CH ni berbeza dengan tempat lain…sifat uzur yang amat memang menarik minat untuk explore tentang jip CH ni…In Shaa Allah tak lama lagi bakal ada lukisan ‘Siri Jip Giler’, hehehe

Posted on

Watercolour: Bekas tapak stesen bas, stesen teksi dan beca Kuala Terengganu yang telah dirobohkan atas nama pembangunan

Teringat masa kecik2 dulu ketika Stesen bas ni masih lagi beroperasi, kelihatan beberapa kumpulan penjaja kecil dibalik tiang2 dan tembok2 sekitar cuba menarik perhatian orang yang lalu lalang. Penarik beca yang bebas mengayuh membawa penumpang ke destinasi yang dituju, ada juga yang sedang berehat melepaskan lelah setelah lama berkayuh. Bas2 dan teksi2 yang sarat membawa penumpang keluar masuk, suasana yang bagai tiada penghujung. Itulah suasana di Stesen Bas Lama Kuala Terengganu suatu ketika dahulu, tetapi kini telah tiada buat selama-lamanya. Stesen ini telah dirobohkan kononnya untuk memberi laluan kepada kerja2 pembangunan. 

Warisan Kampung Cina boleh dipertahankan, kenapa tidak yang lain? Mudahnya kita membuat keputusan untuk menidakkan warisan ini untuk terus dipelihara, sekurang2nya biarlah jadi seperti Negara Eropah yang sangat2 menghargai warisan dan tinggalan nenek moyang mereka. Janganlah kita bermegah dengan warisan yang hanya boleh dilihat di muzium2 sahaja, semakin hari kita terus dihimpit pembangunan yang tidak berkesudahan, sedangkan kalau dilihat masih banyak lagi tanah2 yang sesuai untuk dibangunkan….

20141122004301
Tajuk: Stesen bas dan teksi Kuala Terengganu
Medium: Cat air
Tahun: 2014
Saiz: A4