Posted on

Lama tak join pameran…

Lepas beberapa lukisan saya di’reject’ dari menyertai pameran yang lepas, saya berikan fokus pada tempahan daripada kolektor yang biasa saya berurusan. Mungkin rezeki berpameran tu tiada lagi… 

Harap2 lukisan untuk pameran kali ni diterima oleh pihak penganjur atau kalau reject pun boleh inform awal pada saya ye…

2015725102423

Penyertaan Pameran Minda Merdeka 2015 ni telah disahkan diterima untuk dipamerkan wakil penganjur PeRUPA, Alhamdulillah terima kasih…

2015729122246
Pameran Terbuka GSA 2015, penyertaan belum disahkan…
Posted on

Raya di Kampung…

Raya tahun ni agak sederhana mungkin penangan GST dan senario politik semasa kot, apapun tetap meriah bila dapat beraya dengan orang tersayang.

2015716081533
Rumah ayahanda bonda…
2015716104814
Tak pernah dilupakan sehari sebelum raya, model hero cilik…
2015716180029
Yang ni pun sama, xpernah dilupakan…
2015716185027 1
Suasana hari raya II
Saiz: 38 cm x 56 cm
2015717101426
Posted on

Iftar dengan Gangsta Watakala

Terima kasih ahli Gangsta Watakala yang sudi meluangkan masa untuk sama2 berbuka puasa pada 26 Jun yang lepas…

2015626190828
Dari kiri Cikgu Iffat Haiqal, Razlan, Zaid Jaapar, Abey Zoul, Saya, Maroz Khuzaini dan Syikin
2015626225346

Lepas iftar, Abey Zoul belanja durian tapi sebelum tu ahli diwajibkan siapkan satu sketch dulu, haru betul…buat sketch sebelah gerai durian, mana la bleh concentrate. huhu

2015626230354
Menerima tetamu istimewa, Tuan Ismail Kadir
2015626224906
Terima kasih Abg Padi, nampak manis senyuman tu, hikhik…
2015627111552
Saya dan Abey Zoul lebih tertarik dengan Cikgu Haiqal, hahaha
2015626231333
Manis benar…
Posted on

Pelukis Pelapis…

Tangan dan minda untuk melukis adalah milik Allah, dan saya sangat2 bersyukur kerana dikurniakan sedikit kelebihan ini. Bukan untuk menunjuk kehebatan sebagai pelukis tetapi hanya untuk mengespresi hasil ciptaan Allah yang sangat kita kagumi…

Dan sekarang kurniaan yang tak terhingga ni telah diwarisi oleh anak teruna saya. Walaupun belum cukup 2 tahun, sudah ada tanda2 minat pada lukisan sehingga dapat hasilkan abstract watercolor yang menarik…

2015604214834 1
Tajuk: Hijau
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 38 cm x 56 cm
2015605224613 1
Tajuk: Symphony of colors
Medium: Cat air (watercolor)
Saiz: 38 cm x 56 cm
2015605174350
Warm up
2015605174555
Bukan lefthanded
2015605175015
Puas duduk meniarap pun jadilah…
2015605175024
2015608195331
Yang terbaharu, siap guna water spray lg…