Alhamdulillah, dengan kesibukan kerja di pejabat, saya mendapat perkhabaran yang positif. 2 dari 4 lukisan saya yang dipamerkan terjual ketika pameran. Terima kasih kepada pihak penganjur dan juga Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS). Saya tak banyak membantu kerana kekangan masa, diharap pameran akan datang dapat bagi komitmen yang penuh.
Category: Chronicles
Tempahan daripada Kementerian Pengajian Tinggi, KPT: Soaring Upwards
Bengkel Cat Air Azmannor, Saujana Impian
Ahad lepas sempat juga berkongsi ilmu di bengkel cat air yang dianjurkan oleh Alumni Kolej Tunku Kursiah. Sebahagian besar peserta tidak mempunyai asas dalam lukisan cat air, tetapi menariknya hasil lukisan mereka agak baik dan mudah faham apa yang dimaksudkan. Cuma pengendalian berus dan kadar calitan warna perlu diberi tumpuan, maklumlah hampir semua peserta teruja bila melihat warna.
Sepanjang bengkel tiada rehat, sedar-sedar jam menunjukkan jam 2.30pm. Keterujaan dan sikap ingin belajar terserlah. Kumpulan workshop kendalian saya yang paling best.
Tak sempat nak bertanya lebih kepada peserta cilik, tapi hasil lukisannya menarik selain mampu capture apa yang saya maksudkan dalam cat air, good luck Dik!
Penggambaran Jurnal BES semasa Plein Air Jalan Tunku Abdul Rahman
Sekitar BERKAT Charity Exhibition
Jemputan Program Assalamualaikum TV AlHijrah
Menulis… keterujaan dahulu ditinggalkan tanpa sebab…
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kalau dikirakan jarak masa posting terakhir saya, sangat mustahil untuk saya mulakan balik apa yang saya tinggalkan dulu… rasa kekok nak update balik status di blog ni. Perkara pertama yang saya buat selepas log in ialah menukar nama blog ni dari pikirdanlukis kepada azmannor sebab dalam media sosial (facebook dan instagram) atau aktiviti luar saya lebih dikenali dengan nama Azmannor.
Lebih setahun tak bercerita melalui blog, tentu ada segelintir yang bertanya ke mana saya selama ini. Sebenarnya banyak aktiviti berkaitan cat air saya di update dalam facebook atau instagram. Melalui saluran ini perkongsian lebih pantas dan mudah. Tetapi sebenarnya saya lupa, secara tidak langsung bahagian terpenting iaitu bercerita mengenai rasa tidak ada dalam facebook mahupun instagram. Saya tidak bebas untuk bercerita apatah lagi meluahkan apa yang terbuku dihati mengenai dunia cat air yang penuh mencabar ini. Menjadi seorang pelukis yang diperhatikan hasil karyanya pasti membuatkan saya sedikit terganggu dan tidak dapat fokus seperti dahulu.
Akhirnya saya membuat keputusan untuk memulakan balik apa yang telah saya tinggalkan dahulu, menulis, menulis dan terus menulis…sekurang-kurangnya penulisan saya ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.









