Posted on

Plein air di sekitar Kg. Baru, Kuala Lumpur

Dah lama tak dapat join plein air dengan Gangsta Watakala… bila Hisham Salmin, Abey Zoul dan Emran ajak terus nak join, nak lepas gian kot, hehehe…

2015101104126
Hisham sentiasa ditemani peminat…
2015101104136
2015101104155
2015101105936
Ni subjeknya…
2015101120852
Kena touch-up sikit lagi
2015101121158
Sambung dikedai, haus2…
2015101125431
Terima kasih Abang Wan yang tempah Coptic Stitch Sketchbook ni, sori lambat
2015101134700
Singgah di Artfriend, Garden beli WC Travel Set yang dicanang Abey Zoul
2015101145407
Singgah di Balai nak beli watercolor paper, tp kedai tutup seminggu…jumpa plak potret yang dilukis Tn. Amir Xtreme dan Cikgu Adzran, tahniah!
Posted on

Anak menunjukkan tanda-tanda positif sebagai pewaris…

Terima kasih isteri yang banyak membantu membesarkan hero sorang ni…dah nampak tanda2 positif sebagai pewaris seni lukis. Yang paling terharu seawal 1tahun dah pandai pegang pen/pensil dengan betul, pandai menunjukkan mimik yang serius ketika menconteng (tp tetap kiut, hehe). Semoga Izz Zaheen menjadi anak yang soleh dan mewarisi bakat ayahnya sebagai seorang pelukis ^_^…

Antara gelagat Izz Zaheen yang sempat di snap…

10904235 876828465700720 1449068375 n
20141227203010
20141227203034
Tengok ayahnya calitkan berus dalam air, dia pun nak buat sendiri, hehehe…
20141227203155
Kiri dan kanan berganti-ganti
20141227203106
Buat muka serius, serius cute
Posted on

Singgah di Endau Art Gallery milik Pak Usop…

Pertama kali melangkah ke studio Pak Usop terasa karya sendiri sangat kerdil berbanding apa yang telah diusahakan Pak Usop bertahun lamanya. Usaha gigih Pak Usop sebenarnya sudah terbayar walaupun tanpa publisiti, politik dan kipas mengipas. Saya memang kagum dengan Pak Usop yang tidak pernah bergantung harap dengan sesiapa pun untuk maju ke hadapan. 

Pertama kali jumpa Pak Usop semasa beliau hadir ke majlis perasmian pameran solo saya di UKM oktober lepas, Pak Usop memang peramah dan mudah didekati, walaupun agak tegas dengan pendiriannya jika berkaitan bidang seni lukis.

Lebih 600 karya disimpan di Endau Art Gallery, fuhh memang banyak, Pak Usop juga mengoffer ruang untuk saya berkarya di studionya jika ada kelapangan, maklumlah 300m je dari rumah, hehe, In Shaa Allah peluang ni takkan disia2kan sebab sebelum ni pun memang teringin nak belajar oil painting, cuma ruang di rumah agak terhad…

Terima Kasih juga kepada Pak Usop sudi beli karya yang tak seberapa…

20141219172225
20141219172231
20141219172238
20141219172248
Antara karya lama Pak Usop
20141219172315
20141219180729
20141219180755
Pak Usop mungkin satu2 pelukis yang mempunyai paling banyak signature dan boleh dikenalpasti mengikut tahun yang berbeza, hebat!