Dah lama tak dapat join plein air dengan Gangsta Watakala… bila Hisham Salmin, Abey Zoul dan Emran ajak terus nak join, nak lepas gian kot, hehehe…
Category: Chronicles
Anak menunjukkan tanda-tanda positif sebagai pewaris…
Terima kasih isteri yang banyak membantu membesarkan hero sorang ni…dah nampak tanda2 positif sebagai pewaris seni lukis. Yang paling terharu seawal 1tahun dah pandai pegang pen/pensil dengan betul, pandai menunjukkan mimik yang serius ketika menconteng (tp tetap kiut, hehe). Semoga Izz Zaheen menjadi anak yang soleh dan mewarisi bakat ayahnya sebagai seorang pelukis ^_^…
Antara gelagat Izz Zaheen yang sempat di snap…
Singgah di Endau Art Gallery milik Pak Usop…
Pertama kali melangkah ke studio Pak Usop terasa karya sendiri sangat kerdil berbanding apa yang telah diusahakan Pak Usop bertahun lamanya. Usaha gigih Pak Usop sebenarnya sudah terbayar walaupun tanpa publisiti, politik dan kipas mengipas. Saya memang kagum dengan Pak Usop yang tidak pernah bergantung harap dengan sesiapa pun untuk maju ke hadapan.
Pertama kali jumpa Pak Usop semasa beliau hadir ke majlis perasmian pameran solo saya di UKM oktober lepas, Pak Usop memang peramah dan mudah didekati, walaupun agak tegas dengan pendiriannya jika berkaitan bidang seni lukis.
Lebih 600 karya disimpan di Endau Art Gallery, fuhh memang banyak, Pak Usop juga mengoffer ruang untuk saya berkarya di studionya jika ada kelapangan, maklumlah 300m je dari rumah, hehe, In Shaa Allah peluang ni takkan disia2kan sebab sebelum ni pun memang teringin nak belajar oil painting, cuma ruang di rumah agak terhad…
Terima Kasih juga kepada Pak Usop sudi beli karya yang tak seberapa…






































