Lukisan ni sebenarnya dah lama siap tapi dalam fikiran masih memikirkan sama ada dah siap atau belum lagi. Gaya penyampaiannya yang terlalu ringkas menyebabkan fikiran terganggu, hehehe
Tag: Terengganu
Watercolor: Bangunan terbiar, Jeti Kuala Besut
Watercolor: Aktiviti harian nelayan Kuala Besut
Pekan Kuala Besut sememangnya terkenal dikalangan pelancong samaada dalam mahupun luar negara. Jeti Kuala Besut sentiasa menjadi tumpuan pelancong yang ingin berkunjung ke pulau-pulau berdekatan antaranya yang terkenal adalah Pulau Perhentian. Namun ada sesuatu yang tidak harus dipinggirkan sekiranya anda melewati jeti untuk ke Pulau Perhentian, anda akan menikmati pemandangan bot-bot nelayan yang keluar masuk memunggahkan hasil tangkapan mereka. Jika tiada aktiviti turun ke laut, mereka akan melakukan persiapan seperti membaiki kerosakan-kerosakan kecil pada bot, pukat serta membuat penyelenggaraan ke atas bot dan peralatan menangkap ikan mereka.
Gambar yang saya lukis ini adalah salah satu aktiviti petang para nelayan Kuala Besut yang melakukan penyelenggaraan ke atas bot mereka.
*Dan yang paling menarik kerana lukisan ni menggunakan signature terbaharu pertama saya ^_^
Watercolor: Stesen Bas Kuala Terengganu 60-an
Gambar Stesen Bas Kuala Terengganu di upload dari internet. Gambar ni penuh nostalgia sebab saya sendiri sempat merasai suasana menunggu bas di stesen ni. Tambang beca masa tu (awal 90-an) pun dah agak mahal, sekarang tak tau la berapa dorang charge…












