Telah dijemput untuk menghadiri majlis perasmian kerana karya saya telah terpilih untuk dipamerkan di Open Show 2014. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan. Terima kasih rakan-rakan pelukis yang sama-sama memeriahkan majlis ini, jumpa lagi next year.
Terima kasih Y.B. Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang sudi melihat dan mendengar penerangan karya saya.
Bersama Tn. Raduan, orang kuat Perupa
Dengan Kak Aminah, terima kasih sebab jemput ke perasmian pameran di UMAG next 2 week…
Karya Abg Joe yang xsabar2 nak tengok live, terbaik…
Dengan Imuda…
Hahaha, tengah tunggang basikal…
Dengan orang kuat Peseni, Tn. Ismail Kadir
Last month baru lepas beli buku beliau, Tn. Sani Md Dom
Dengan Pemenang2 Pertandingan Alam Sekitar FRIM, Tn. Emran dan Tn. Fauzi
Karya yang menjadi perhatian Gangsta Watakala, hehehehe
Bersama sifu2 Abey Zoul, Abdul Hanan, Raduan, Ismail Kadir, Cikgu Mokhtar Ishak
Rupa-rupanya kebanyakan bangunan yang berdiri megah di Malaya lebih 100 tahun yang lepas dibina oleh orang yang sama, beliau merupakan Arkitek A.B. Hubback. Hari ni kami mewakili KL Sketchers telah diberi peluang untuk menghasilkan dan mempamerkan lukisan bangunan-bangunan yang telah dibina oleh Arkitek A.B. Hubback dan 15 Mei 2014 merupakan hari perasmian yang dihadiri cucu A.B. Hubback iaitu Dr. Peter Harbor.
KL Sketchers bersama cucu A.B. Hubback, Dr. Peter Harbor
Gaya impressionist dicurahkan pada lukisan bertajuk Penjaja Kg. Baru. Lukisan yang dihasilkan berdasarkan gabungan 2 gambar yang berbeza untuk menghasilkan suasana yang lebih hidup.
Geng Kelantan ada Saturday Art Fever (SAF), KL-Lembah Klang pun ada SAF jugak, sentiasa ada perancangan untuk berpagi2 untuk mengadakan plein air, group study dan terapi seni. Pertama kali join terapi seni bersama Gangsta Watakala memang banyak perkara dipelajari antaranya kelemahan yang harus diperbaiki, berkongsi idea dan pengalaman, dan mendapat tunjuk ajar dalam memilih peralatan seni yang bersesuaian. Terima Kasih Gangsta Watakala dan WASG!
Selepas melakukan serangan ke atas ArtFriend, The Curve
Jom datang beramai-ramai ke pameran jualan seni sempena Visit Malaysia Year (VMY) 2014 yang berlangsung di Balai Seni Visual Negara (BSVN), Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak, 53200 Kuala Lumpur.
Inilah lukisan saya yang menyertai pameran jualan seni ini (satu penyertaan sahaja dibenarkan)
Perasmian oleh Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan