Posted on

Buku Open Show 2014, saja nak share apa yang berlangsung di BSVN sekarang

Pameran terbuka ini pertama kali diadakan selepas tahun 2005 merupakan pameran yang amat dinanti-nantikan oleh pelukis dan pengkarya tanahair kerana ianya menjadi platform pengkarya seluruh negara untuk berkumpul, mempamer dan mengkaji karya-karya mereka dalam penglibatan kegiatan-kegiatan kesenian yang akan datang.

114 karya daripada pelukis pelbagai medium dalam satu buku memberikan pengalaman yang mengujakan kerana karya saya bertajuk Basikal Tuan II juga terpilih untuk dipamerkan bersama karya pelukis yang hebat dari seluruh negara ini. Karya bersaiz 92.8cm x 72.4cm ini merupakan satu daripada siri basikal tua yang saya hasilkan sejak tahun 2012. Menampilkan karat dan lumut sebagai tarikan utama karya ini…

IMG 0519
IMG 0521
Basikal Tua II
IMG 0522
Posted on

Sekitar Majlis Perasmian Festival Pelancongan Seni Kontemporari 1Malaysia (1MCAT) dan Pameran Terbuka 2014

Telah dijemput untuk menghadiri majlis perasmian kerana karya saya telah terpilih untuk dipamerkan di Open Show 2014. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan. Terima kasih rakan-rakan pelukis yang sama-sama memeriahkan majlis ini, jumpa lagi next year.

Terima kasih Y.B. Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang sudi melihat dan mendengar penerangan karya saya.

20140616 135008
20140404 180604
20140616 115926
Bersama Tn. Raduan, orang kuat Perupa
20140616 120059
20140616 124402
20140616 130349
20140616 133252
20140616 133404
Dengan Kak Aminah, terima kasih sebab jemput ke perasmian pameran di UMAG next 2 week
20140616 134233
20140616 134510
Karya Abg Joe yang xsabar2 nak tengok live, terbaik…
20140616 134701
Dengan Imuda…
20140616 134828
Hahaha, tengah tunggang basikal…
20140616 135031
20140616 135100
Dengan orang kuat Peseni, Tn. Ismail Kadir
20140616 135139
 Last month baru lepas beli buku beliau, Tn. Sani Md Dom
20140616 135839
Dengan Pemenang2 Pertandingan Alam Sekitar FRIM, Tn. Emran dan Tn. Fauzi
20140616 135923
20140616 140034
Karya yang menjadi perhatian Gangsta Watakala, hehehehe
20140616 140151
Bersama sifu2 Abey Zoul, Abdul Hanan, Raduan, Ismail Kadir, Cikgu Mokhtar Ishak
20140616 140351
Dengan Tn. Abdul Ghani Ahmad
20140616 141212
20140616 141221
20140616 154455
20140616 154505
20140616 154535
20140616 154542
Posted on 1 Comment

Majlis perasmian Magnificent 7 Art Exhibition

Rasa tak terlambat nak postkan gambar masa opening pameran ni. Opening yang simple lebih fokuskan kepada lukisan yang papar hasil karya terbaik 7 orang pelukis dari semenanjung. Antara pelukis yang merupakan rakan facebook saya ialah presiden Penang Watercolour Society, Mr. Khoo Cheang Jin, Mr. Goh Siao Shan dan Mr. Lok Kerk Hwang. Semua lukisan yang dipamerkan mempunyai tarikan tersendiri…

10171243 571326706316876 3400374396768940148 n
IMG 0381
IMG 0384
IMG 0393
IMG 0394
IMG 0395
Posted on

Surat Jemputan dah dapat

Alhamdulillah terima kasih bebanyak Puan Zaiton yang mewakili Pusat Kebudayaan UKM telah membantu dan memberi sokongan dalam menjayakan pameran solo ini. Walaupun berdasarkan tarikh yang diberikan masih banyak masa boleh digunakan untuk menguruskan event terbesar dalam hidup ini, tapi perlu perancangan yang baik supaya yang hadir tidak merasa kecewa.

Surat++Jemputan+Pameran+Solo+Galeri+Seni+UKM+OKT+2014
Posted on

Pameran Terbuka 2014, Balai Seni Visual Negara

1782263 520827011363491 1145600813 o

Pameran Terbuka buat pertama kalinya diperkenalkan oleh Balai Seni Lukis Negara pada tahun 1971. Kali terakhir pameran ini diadakan adalah pada tahun 2005. Bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014 dan Program MCAT, LPSVN merasakan ini adalah masa yang tepat untuk mengadakan pameran Terbuka atau Open Show. Kini, Balai Seni Visual Negara sekali lagi mempersembahkan Pameran Terbuka 2014 (OpenShow 2014) kepada penggiat seni visual di Malaysia.

Pameran Terbuka ini diadakan bagi memberi ruang dan peluang kepada pelukis-pelukis dari seluruh Malaysia untuk berkumpul, mempamer dan mengkaji karya-karya mereka dalam penglibatan kegiatan-kegiatan kesenian yang akan datang. Pameran ini juga bertujuan untuk melihat perkembangan seni visual yang berlaku dalam negara.

Justeru itu, Balai Seni Visual Negara (BSVN) menjemput anda untuk menyertai Pameran Terbuka 2014 (open Show 2014) bermula 10/3/2014 sehingga 25/4/2014. Sebarang pertanyaan sila hubungi Urusetia Open Show 2014 di talian 603 40267000, ext 186 / 135, Fax : 603 40254987 atau layari www.artgallery.gov.my untuk maklumat lanjut.