Posted on 1 Comment

Lepas satu nafas, yang seterusnya tak tau lagi…

Pameran Solo Azmannor 2014

Bukan senang nak uruskan sebuah pameran yang melibatkan VVIP dengan bantuan yang sangat minima. Hampir 90% kerja dan kos sendiri demi merealisasikan tema yang diinginkan. kata solo kan >_<. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang sangat mengambil berat dan yang paling terharu ialah respon positif Dato’ Rosol Wahid yang sentiasa membantu sekiranya diperlukan, Dr. Hafiz (Pegawai Khas YB. Menteri) dan En. Danial (SU Akhbar YB. Menteri) serta Puan Zaiton (Pusat Kebudayaan Universiti) yang sangat banyak membantu memudahkan kerja.

Idea mengadakan pameran ni sebenarnya dicetuskan oleh Tuan Hj. Zanudin (Pengurus Kanan, Pusat Strategi-UKM) dikembangkan setelah mendapat respon positif Puan Zaiton sendiri. Memang  dah lama berangan nak adakan pameran solo pertama sebelum umur 30 tahun, jadi peluang ini digunakan sebaik mungkin dan Alhamdulillah ibarat mimpi menjadi kenyataan.

Antara individu yang sentiasa positif dengan tindakan saya ini ialah isteri saya sendiri Wawa, sepupu, Wan Zain (Pokjen) dan Noor Anzam (Abg Azam) serta sahabat WASG. Sokongan mereka sentiasa menguatkan usaha untuk jadikan pameran ini yang terbaik. Terima kasih daun keladi… 🙂

Nafas seterusnya…

Posted on

Terima kasih Tn. Faizal Zainal yang bantu tagging harga

Salah sorang yang banyak membantu kerjaya seni saya di Bangi, terima kasih Tn. Faizal Zainal. Malam tadi perlu siapkan harga untuk 40 lukisan yang akan dipamerkan, selebihnya koleksi collector yang dipinjamkan khas untuk pameran ni. Thanks Tn. Faizal, harga yang terbaik, btw harga ni boleh nego lagi sikit2, hehehe…. 35 hari lagi, fuhhh!!! neves2

2014903221148
Sambil tagging sambil baca buku Dowden
IMG 0828
Kad jemputan, sebahagian diuruskan pihak PKU UKM
Posted on

Perasmian Pameran Bangkit anjuran Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS)

Sekitar majlis perasmian Pameran Bangkit anjuran Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS). Pameran yang cukup bererti bagi seluruh warga APS terutamanya mereka yang telah sekian lama berusaha untuk menggerakkan kembali jentera APS agar kembali relevan dimata masyarakat. Sekilas memori daripada Tuan Presiden, Saudara Hasan Ghazali mengingatkan kembali perjuangan APS terdahulu membuatkan kami berasa amat beruntung bernaung di bawah persatuan yang diwujudkan dengan segala usaha dan upaya. Syabas APS!

P1290553
Menjemput Dato’ Mahadzir Lokman ke Perasmian PSA2014
P1290558
20140823 101031
20140823 102018
20140823 102034
20140823 112344
Perasmian oleh Dato’ Mahadzir Lokman, Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara
20140823 112347
20140823 112520
20140823 112546
20140823 114304
Bersama Maestro Khalil Ibrahim
20140823 114328
20140823 114505
Bersama Saudara Sabrie Isa dan Mr. Kay Loo
20140823 114951
Bersama pelukis potret terkenal, Saudara Amir
20140823 115505
10582879 10202669399956462 8248960654194319553 o
10636042 10202669400076465 5388643580068433237 n
Posted on

Persediaan pameran solo Oktober ni…

Alhamdulillah tinggal 3 lukisan lagi yang belum diframekan dan beberapa lukisan perlu dicollect di beberapa galeri untuk mencapai target solo Oktober ni. Mengikut perancangan asal memang nak pamerkan lebih banyak lukisan di pameran solo pertama ni, tetapi terpaksa dikurangkan kepada 50 lukisan sahaja kerana ruang yang amat terhad di Galeri Seni UKM. Lukisan yang lebih tu untuk next pameran la ye…

2014713195552
40 lukisan yang siap dibingkaikan, selebihnya kena collect balik digaleri-galeri dan beberapa collector
2014713210826
Posted on

Sebuah karya saya mungkin di Pameran Buat Mu Duhai Tanah Air

Kawan-kawan terdekat yang ada kesempatan bolehlah lapangkan masa untuk datang ke Pameran Buat Mu Duhai Tanah Air bertempat di Muzium Negeri Terengganu, pada 12 Ogos – 12 September 2014. Berdasarkan maklumat daripada Encik Mohd Saberi Muda, lukisan saya pada tahun 2013 bertajuk keropok lekor juga berkemungkinan akan dipamerkan di sana… In Shaa Allah ada kelapangan nanti saya akan join…

1890574 592442557535269 7398243851927495239 o
1502405 592442564201935 4291916995975024552 o