Bila berbalas sms dengan Tn. Faizal Zainal, katanya dia nak bagi buku lukisan pada saya. Langsung tak terfikir buku tentang watercolor dan MWO di zaman kegemilangan suatu masa dulu. Memang terbaik buku ni kerana kandungannya menceritakan kehebatan pelukis cat air waktu dulu dan sehingga sekarang saya masih mengenali beberapa orang yang masih aktif seperti Chin Kon Yit, Syafie Hassan, Abd. Ghani, Chan Fee Ming, Chow Chin Chuan dan Dr. Wong Seng-Tong serta Al-fatihah juga kepada Allahyarham Tuan Haji Mansor Haji Ghazalli.
Karya mereka sangat dekat dengan budaya dan masyarakat membuatkan saya terfikir walaupun mereka kebanyakannya berbangsa Tiong Hua tetapi mereka mampu menghasilkan karya yang dekat dengan budaya lain terutamanya Melayu, kenapa tidak kita?
Terima kasih Tn. Faizal Zainal, dahla dapat buku pastu bagi kertas lukisan free lagi…