Posted on

Website dan tempat untuk membeli peralatan lukisan watercolor

Agak susah nak mencari peralatan lukisan terutamanya watercolor kalau tak di Lembah Klang, tapi bila dah jumpa tempatnya, jenama yang diinginkan pulak takde… so saya mengambil keputusan untuk membeli secara online. Untuk pembelian online yang lebih ekonomik, anda disarankan membeli secara pukal baru lah kurang terasa bebanan kos penghantaran.

IMG 9603

Kawan2 mesti nak tau mana saya beli peralatan dan kertas lukisan ni. ok saya share link untuk rujukan tapi harga takde la murah sangat.

1. Jacksons Art – Setakat ni saya lebih suka membeli melalui Jacksons Art, bukan sebab harganya yang murah tapi sebab dia terus calculate shipping cost. So kita dapat terus harganya tak perlu tunggu lama.

2. Dickblick – First time beli online dengan Dickblick, tapi disebabkan masa penghantara terlalu lama saya terus bertukar ke Jacksons Art. Tapi saya masih customer Dickblick sebab setengah barangnya lebih murah dari Jacksons Art.

3. Ken Bromley Art Supplies – Yang ni baru sekali saya beli, harga ok2 jela sebab tak beli borong.

4. Advanco, Taman Melawati (boleh google sendiri) – Masa first saya serius dengan lukisan Jun 2012, ni la tempat saya tuju. Barang watercolor agak kurang, kalau nak cari yang branded cuma ada Daler Rowney, Rembrandt, Schminke je tak banyak. Peminat brand Syamal bolehla datang ke sini.

5. The Art Shop, Taman Melawati (boleh google sendiri) – Tak banyak juga barang watercolor, tapi harga tools lukisan agak ok berbanding Advanco.