Posted on

Sisi berbeza orang seni…

Rasa terpanggil untuk memberi ulasan berkaitan perbezaan antara orang seni (minat seni) dan orang biasa. Apakah perbezaan yang paling ketara???… sepanjang melibatkan diri dalam dunia seni ni banyak juga karenah rakan-rakan dan orang luar yang memberi komen tentang hasil seni pelukis dalam dan luar negara, termasuk hasil lukisan saya sendiri. Ada yang positif dan ada yang negatif. 

Pernah tak dengar orang komen “kenapa dia lukis macam ni???tak real la macam lukisan budak2 je”, “tak cantik lah, aku lukis lagi cantik”, “buruknya lukisan dia,macam ni pun boleh jadi pelukis ke?”, macam-macam lagi kalau nak tulis sampai esok pun tak habis lagi…

Anda rasa berapa harga lukisan di bawah ni?

lukisan paling mahal 01
Onement VI oleh Barnett Newman
USD$22.4 juta

Jadi jangan la cuba menilai hasil karya seseorang kerana kita belum tahu sejauh mana kemampuan karya mereka boleh pergi. Mungkin 50 tahun atau 100 tahun lagi nilainya boleh mencecah angka yang tak pernah kita fikirkan, bukan harga yang dicari tapi nilai dan kekuatan karya yang akan diingati, 2 perkara ini lah yang membuatkan kita disanjung sebagai orang seni yang berwibawa… 

IMG 0165

Untuk sahabat-sahabat pelukis, perlu ingat satu perkara, simpanlah dan hargai hasil karya anda walaupun yang dihasilkan itu hanya contengan hodoh yang tiada apa-apa makna kerana itu adalah kekuatan anda…

Buat rakan-rakan yang meminati seni, cuba faham konsep lukisan pelukis seperti kami, luangkan sedikit masa mencari maklumat berkaitan seni sebelum membeli hasil lukisan kami… kami tidak mahu anda tertipu dengan definisi kami… kerana mungkin definisi atau pandangan anda mungkin ketara bezanya. 

Posted on 1 Comment

Watercolor: Stesen Bas Kuala Terengganu 60-an

Gambar Stesen Bas Kuala Terengganu di upload dari internet. Gambar ni penuh nostalgia sebab saya sendiri sempat merasai suasana menunggu bas di stesen ni. Tambang beca masa tu (awal 90-an) pun dah agak mahal, sekarang tak tau la berapa dorang charge…

IMG 0238
Stesen Bas Kuala Terengganu 60an
Saiz A4
IMG 0210
Share papan dengan lukisan yang dah berkurun tak siap-siap
IMG 0211
IMG 0212
IMG 0223
IMG 0222
IMG 0224
IMG 0225
IMG 0232
Posted on

Selamat Datang 2014!

Syukur alhamdulillah dah nak masuk tahun ketiga sebagai pelukis watercolor ni, banyak suka duka, susah senang untuk berada bersama-sama dengan pelukis lain. Terima kasih kepada isteri yang sangat memahami dan sentiasa memberi sokongan walaupun dari jauh, ibu ayah dan keluarga, sahabat-sahabat terdekat dan rakan-rakan fb yang banyak memberi tunjuk ajar. 

2013 tahun yang sangat mencabar dan juga tahun saya mengejar target untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 50 buah lukisan (watercolor), alhamdulillah dah tercapai dan melebihi angka 60 dan 2014, target saya untuk menyertai sebanyak mungkin pameran dan pertandingan lukisan.

Setakat ni lukisan-lukisan saya tersimpan di galeri sendiri di rumah Seksyen 1, Bandar Baru Bangi. Jadi sesiapa yang ada kelapangan bolehlah datang ke galeri saya sama ada nak tengok, nak beli atau nak buat tempahan baharu.

IMG 9776
IMG 9792
IMG 9658
IMG 9742
IMG 9677
IMG 9636
IMG 9641
IMG 9644
IMG 9647
IMG 9599
IMG 9600
IMG 9601
IMG 9503
IMG 95311
IMG 94221
20130519 181625
IMG 8613
IMG 8594
IMG 8513
IMG 8482
IMG 84771
IMG 83541
IMG 8345
IMG 8329
IMG 8314
IMG 8336
IMG 8326
IMG 8321
IMG 9779
IMG 82681
IMG 82801
IMG 82951
IMG 819411
IMG 8071
IMG 79961
IMG 79961 1
IMG 9620
IMG 9551
IMG 9587
IMG 8578
IMG 95081
IMG 72281