Pameran terbuka APS 2014 sedang berlangsung sekarang di Galeri Seni, Universiti Malaya. Lukisan saya juga dipamerkan di sini. Semua dijemput hadir pada perasmian 23 Ogos 2014, Sabtu, 3.00pm…
Author: Azman Nor
Sebuah karya saya mungkin di Pameran Buat Mu Duhai Tanah Air
Kawan-kawan terdekat yang ada kesempatan bolehlah lapangkan masa untuk datang ke Pameran Buat Mu Duhai Tanah Air bertempat di Muzium Negeri Terengganu, pada 12 Ogos – 12 September 2014. Berdasarkan maklumat daripada Encik Mohd Saberi Muda, lukisan saya pada tahun 2013 bertajuk keropok lekor juga berkemungkinan akan dipamerkan di sana… In Shaa Allah ada kelapangan nanti saya akan join…
Kumpul kompilasi kartun dulu-dulu
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
Sampul duit raya dari pikir & lukis
Saat menanti 1 Syawal, terasa nak postkan sampul duit raya yang dah siap. Sori design tidak menggambarkan kemeriahan Syawal sebab kejar date untuk print, kalau lambat memang dorang tak boleh proceed untuk tahun ni sebab order terlalu banyak. Untuk makluman design ni saya buat sendiri sebab kalau minta dorang buatkan alamatnya sama je design dengan tempahan orang lain, cuma beza pada nama dan profile… rugi la baik beli kat pasaran…
Landscape of Malaysia 1997 dan Images of Malaysia Sao Paulo (2001); terima kasih Tuan Faizal Zainal
Bila berbalas sms dengan Tn. Faizal Zainal, katanya dia nak bagi buku lukisan pada saya. Langsung tak terfikir buku tentang watercolor dan MWO di zaman kegemilangan suatu masa dulu. Memang terbaik buku ni kerana kandungannya menceritakan kehebatan pelukis cat air waktu dulu dan sehingga sekarang saya masih mengenali beberapa orang yang masih aktif seperti Chin Kon Yit, Syafie Hassan, Abd. Ghani, Chan Fee Ming, Chow Chin Chuan dan Dr. Wong Seng-Tong serta Al-fatihah juga kepada Allahyarham Tuan Haji Mansor Haji Ghazalli.
Karya mereka sangat dekat dengan budaya dan masyarakat membuatkan saya terfikir walaupun mereka kebanyakannya berbangsa Tiong Hua tetapi mereka mampu menghasilkan karya yang dekat dengan budaya lain terutamanya Melayu, kenapa tidak kita?
Terima kasih Tn. Faizal Zainal, dahla dapat buku pastu bagi kertas lukisan free lagi…








