Posted on 1 Comment

Tempahan Handmade Sketchbook

Ini adalah kumpulan yang ketiga membuat tempahan handmade sketchbook ni…untuk info handmade sketchbook ni saya akan siapkan sekiranya tempahan melebihi 5 orang satu2 masa, senang nak run the process. So kali ni 12 orang telah menempah sketchbook ni, alhamdulillah rezeki…

Ok ramai yang nak tahu harga dan jenis kertas yang digunakan. Kebanyakan kertas yang digunakan adalah kertas watercolor, tetapi bergantung juga pada permintaan pelanggan dan stok kertas yang ada. 

So untuk watercolor, kertas yang digunakan adalah jenis Saunders Waterford 300gsm (32 muka surat) + hardcover = RM45 termasuk penghantaran, Bockingford 300gsm (32 muka surat) + hardcover = RM45, Syamal 300gsm (32 muka surat) + hardcover = RM35, Campap 300gsm (32 muka surat) + hardcover = RM30.

Untuk kemasan pula selain Saunders Waterford, bahagian tepi akan dipotong kemas sekemas rambut Wak Doyok, hehehe… manakala bagi Saunders Waterford saya hanya membiarkan potongan kasar untuk menampakkan rupa asal kertas yang dikeluarkan pengilang St. Cuthberts Mill, rupa memang nice…     

Sketchbook ni 100% buatan tangan dan dijahit oleh saya sendiri tanpa bantuan orang lain…

2015329051945
Sebelah kiri rupa sketchbook Saunders Waterford dan belah kanan rupa Bockingford, Syamal, Campap dan sebagainya. Ada nampak beza tak?
2015331064011
Terima kasih yang sudi beli buku ni…
Posted on

Berkayuh sambil melukis di Putrajaya…

Cuba menjadikan berbasikal ni sebagai rutin hujung minggu, yela dah tua2 ni banyak skru dah longgar, kena ketatkan balik. So berkayuh adalah jawapan yang paling baik kepada pelukis macam kami.

Nak yang lebih hardcore kan tertinggal pulak aktiviti melukis nanti. Berbasikal ni senang sebab kami boleh bawak peralatan melukis bersama2, sambil berkayuh boleh la singgah buat sketching kat mana2…

Pagi Ahad lepas 29 Mac 2015, saya bersama Hisham Salmin memilih untuk berkayuh di sekitar Putrajaya. Port yang paling strategik memandangkan Hisham tinggal berhampiran Taman Equin dan saya tinggal di Bandar Baru Bangi, so senang nak jumpa…

Bila jumpa pagi tu, Hisham dengan basikal LeRun Manhattannya yang tersangat awesome memulakan kayuhan dari Masjid Tuanku Mizan menyelusuri tepian tasik sehinggalah lengkap satu pusingan (lebih 10 km), fuhhh!!…

2015329073119
Mula kayuhan jam 7.00 pagi
2015329073328
2015329073431
2015329073619
Menarik!
2015329075555
Rekabentuk rumah berbeza mengikut taman…
2015329081134
PICC
2015329082236
Taman pe ntah lupa nama, hadiah persahabatan China untuk Malaysia katanya…
2015329100920
Memberanikan diri lukis dihadapan crowd yang ramai, wat bodo je
IMG 20150329 WA0013
Danial dari Taylor Uni. (if im not mistaken), berminat dengan aktiviti kami…
2015329101753
Siap
AZMNR 29032015 001
Tajuk: Hening Pagi
Saiz: 28 cm x 38 cm
Daler Rowney watercolor + 300gsm Saunders Waterford watercolor paper
Posted on

Plein air di Bagan Lalang

Cabaran getir berdepan dengan panas terik berplein air bersama pelukis hebat Hisham Salmin dan Maroz Khuzaini berhampiran Avani Sepang Goldcoast Resort, Bagan Lalang. Best juga sesekali lari dari kesibukan kota dan perjalanan memakan masa hampir 45 minit dari Bangi…

Kami singgah sebentar di Pekan Sepang untuk bersarapan pagi sebelum bertolak ke Bagan Lalang, pemandangan yang baik walaupun agak terhad subjek yang hendak dilukis. Namun ianya sama sekali tidak mematahkan semangat kami untuk berplein air di sini…

IMG 20150328 WA0011
Hasil plein air kami, gangsta yang lain bila lagi?
IMG 20150328 WA0003
Idea Hisham Salmin untuk plein air sambil berkayuh diterima dengan positif, dan telah menular dikalangan rakan2 pelukis yang lain, hehehe
IMG 20150328 WA0004
Isi tank dulu, sedap plak nasi lemak makcik ni…
2015328090724
Antara pemandangan yang menarik di Bagan Lalang
2015328103839
Maroz dan Hisham sedang beraksi…
2015328112326
Walaupun ringkas, tapi agak berpuas hati
2015328112735
Sempat juga siapkan satu sketch 
2015328113638
Basikal cap ayam je, janji sihat
2015328114321
Dorang ni sempat singgah beli ikan dan udang, saya kat sini single, xbeli sebab malas nak masak, hehehe
2015328194111 1
Tajuk: Tiada lagi hirau
Saiz: 28 cm x 38 cm
Winsor Newton watercolor + 300gsm Saunders Waterford watercolor paper
Posted on

Watercolor: Sketchbook

Bila masa terhad untuk berkarya, sketchbook banyak membantu meringkaskan lagi kerja selain tetap ada masa untuk melukis. Itu penting kerana kekerapan melukis yang tinggi mampu memperbaiki skill yang ada.

Ada juga rakan2 pelukis yang cakap saya boleh lah selalu melukis sebab tak busy, maklumlah kerja badan berkanun, ewah2 agaknya dorang pantau ikut satelit kot kerja gomen je tak busy, duduk dalam ofis je tak buat kerja, tak masuk akal ke tak berakal ni?

Alasan untuk tidak melukis sebab busy memang langsung tak boleh pakai sebenarnya kerana ada juga rakan2 dan sifu saya yang busy bekerja tetap luangkan masa untuk beriadah dan melukis, boleh saja tapi hendak seribu daya tak hendak seribu dalih… ni bukan nak kondem tapi nak bagi nasihat sikit, tapi cara kasar, hahaha…

Ok berbalik pada lukisan, kali ni saje nak completekan sketchbook yang ada, baru perasan rupanya dah ada 14 bijik sketchbook, 6 completed, alhamdulillah ada rezeki mungkin boleh buat solo show tentang sketchbook pulak, hehehe

Kat bawah ni hasil yang terbaharu.

2015326174643
Kampung nelayan
2015326224837
Taman Wetland
2015327062228
2015 Putrajaya Hot Air Balloon
2015327062250
Tali air
2015327062351
Pemandangan dari Genting Cable Car
2015327062502
16 sheets handmade sketchbook, 300gsm Saunders Waterford wc paper
Posted on

Rahsia Joseph Zbukvic

Beberapa hari ni tak lekang dari tengok video tutorial dari Joseph Zbukvic, terfikir jugak apa rahsianya…beberapa kali jugak ulang tayang video ni, barulah perasan selain perspektif yang tepat dan sememangnya skillnya yang memang tak dapat disangkal.

Dan kalau diperhatikan betul2, dia banyak menggunakan jari dan kukunya sebagai bantuan untuk menghasilkan kesan yang lebih menarik, salute kaedah yang digunakan sebab ada juga diantara kita yang langsung tak mahu mengotorkan jari bila melukis termasuk saya, dulu2.

Joseph menggunakan jari untuk menghasilkan tona warna yang berbeza apabila wash dilakukan. Untuk membezakan bahagian yang mana lebih gelap atau lebih cerah. Joseph hanya menekap sedikit dengan jari2nya untuk menghasilkan warna yang lebih transparent dan dramatik.

Kuku juga digunakan untuk menghasilkan garis yang menggambarkan tiang, rumput, manusia, haiwan dll yang terkena biasan cahaya. Cara ni sebenarnya dipraktikkan oleh ramai pelukis termasuklah Alvaro Castagnet dan Direk Kingnok…

2015324213604
Credit pic and concept study from Joseph Zbukvic
2015324201923
Posted on

Sekitar Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Persatuan Seni Rupa Malaysia (PeRUPA)

Sempat juga menghadiri Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Persatuan Seni Rupa Malaysia (PeRUPA) di Auditorium BSVN pada 21 Mac yang lepas. Mesyuarat di rasmikan oleh Ketua Pengarah BSVN, Encik Haned Masjak. Tahniah kepada barisan pimpinan baharu yang akan mengalas tanggungjawab demi memastikan kelangsungan seni rupa Malaysia.

2015/2016

Pengerusi
Aris Aziz

Timbalan Pengerusi
BoGa

Setiausaha
Raduan Norudin

Timbalan Setiausaha
A. Zaki Hadri

Bendahari 
Laila Yinn

AJK
Ridzuan Nuruddin (Gangsta Watakala)
Park Loong Yus
Irwan Idris

2015321112351
IMG 20150321 WA0002
2015321110309
IMG 20150321 WA0003
2015321094430
Sementara tunggu mesyuarat ni sempat jugak lah buat sketching di Tasik Titiwangsa, 🙂
2015321094509
Penjaja Titiwangsa
Saiz: A5
Schmincke + 300gsm Saunders Waterford watercolor paper
Posted on

Watercolor: Tawakkal

Hasil dalam masa kurang 2 jam. Moga pembelajaran berterusan ni dapat meningkatkan skill dan pandangan dr perspektif seni rakan2 terhadap hasil lukisan saya dari tahun 2012 hinggalah sekarang. Kebanyakan dikalangan kita percaya seni itu datang dari bakat sendiri tanpa paksaan, boleh diterima tetapi sekiranya tiada usaha ianya takkan kemana…u develop your skill, your consistency and you win it, chewahhh (ayat sendiri yang poyo >_<) …

Kalau dulu saya memang suka lukisan bersifat realism dan mula serius pun dengan lukisan sebegini. Tapi lama kelamaan bila peratikan lukisan cat air dari pelukis yang hebat, sebenarnya skill sangat menjadi keutamaan. Jarang mereka mengambil masa yang lama untuk menghasilkan satu2 lukisan, tapi hasilnya sangat gempak… itu yang diperlukan oleh setiap pelukis…

2015317202627 1
Tawakkal
Saiz: 38 cm x 56 cm
Schmincke + Winsor Newton watercolor + 300gsm Saunders Waterford watercolor paper
2015317205741