Setelah 2 malam bertungkus lumus, akhirnya siap jugak lukisan ni. Nak buat waktu siang kerja so terpaksa la mengorbankan waktu tidur…
Category: Chronicles
Wajah isteri saya 27 tahun yang lepas…
Pelombong
Adakah saya perlu berkata ya atau tidak?
Semalam setelah saya hantar lukisan kepada pelanggan, seorang pemilik galeri seni mempelawa saya untuk menggunakan hari Ahad (cuti umum) saya dengan melukis di galeri miliknya terletak di Seri Putra. Saya fikir jika saya terima pelawaan tu, ia sedikit pun tidak menganggu rutin cuti ahad saya kerana memang hujung minggu saya dihabiskan dengan melukis cuma tempat sahaja berubah.
Katanya saya boleh mempromosikan hasil lukisan saya dan dalam masa yang sama boleh mempromosikan galerinya. Bagi saya ini adalah satu peluang keemasan buat saya memandangkan galeri tersebut terletak tidak jauh dari rumah saya.
Mungkin ini satu lagi langkah saya untuk mengembangkan hasil seni saya…
Lampu Spirit; Saje conteng-conteng…
Tak pasti apa nama sebenar lampu ni, ada yang panggil lampu minyak, lampu gasolin dan yang paling menarik ada sesetengah orang dulu-dulu panggil lampu spirit. Tapi masa kecil dulu saya memang sempat tengok orang gunakan lampu ni, memang klasik… pape pun nila lukisan saya yang paling santai dan paling cepat untuk disiapkan, 15 minit je!
Hanya sebatang pensil…
Kalau dah minat dan tak ada keje lain nak buat, sebatang pensil pun boleh diolah menjadi hasil seni… Cuba anda pegang sebatang pensil dan pisau, lakukan seperti mereka ni, agak-agak boleh buat tak? mengigil jari…
Obama pun ada gak…
Rujuk: http://tinyhaus.blogspot.com/2012/08/tiny-things-in-milan.html








