Posted on

Pameran 3 yang memberi inspirasi

First time join pameran lukisan yang dilukis oleh otai-otai yang sangat dikagumi sebelum ni. Kalau tak silap lebih 20 lukisan yang dipamerkan di ruang pameran, lobi utama Balai Berita NSTP. Personally, saya sangat kagum dengan sentuhan ketiga-tiga pelukis ini, mempunyai identiti dan tarikan yang berbeza dalam setiap karya yang dihasilkan.

Hisham Salmin dengan tagline-nya, “Melukis tidak memerlukan banyak syarat. Cukup sekadar pensil dan sekeping kertas”; Jamal Tommy, “Melukis membuatkan jiwa saya akan tenang dan seakan hilang segala masalah”; dan Abey Zoul, “Saya membawa gaya “impressionist” bersama warna-warna segar dan juga sapuan berus yang spontan dalam setiap karya,” sudah cukup mengambarkan diri pelukis yang cukup sempurna sabagai seorang pengkarya.

Usaha yang dilakukan mereka membuatkan saya sangat teruja dan ingin terus berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh walaupun baru setahun jagung.

IMG 7777
IMG 7828
IMG 7772
IMG 7790
Posted on

A few of my previous watercolor paintings

Terima kasih atas sokongan rakan-rakan yang tak jemu-jemu dengan idea untuk saya perbaiki hasil karya saya dari yang buruk kepada yang lebih baik. Tulang belakang dan pencetus idea meneruskan karya ini adalah isteriku yang dikasih, tapi yang lebih utama Pencipta yang Agung…

Masih terngiang-ngiang sepotong ayat ini : “cantiknya lukisan ini! tapi jangan lupa kecantikan dan kepandaian  kita melukis itu ada pinjaman dari Allah taala je, kita terpilih untuk memikul tanggungjawab ini.”

page
Memori+Mengkawang
Kg.+Bharu
Kemasik+Comb
Posted on

Tempahan VIP

Siapkan juga 2 malam tanpa henti… lukisan ni agak lama dah dilukis. biasanya lukisan watercolor dilukis menimbulkan identiti watercolor itu sendiri. tetapi tidak bagi lukisan ni kerana ia dilukis agak realistik sedikit…

IMG 5213
IMG 5240
IMG 5245

Setelah siap sentuhan terakhir, puassss!!!…

IMG 5247
Posted on

Cari punya cari…

Selalu je dengar orang cakap kat Area Taman Melawati ni banyak tempat yang jual alat lukisan pelbagai jenama. Tapi minggu ni berjaya juga sampai, kalau berdasarkan jarak dari Bangi tak la jauh lebih kurang 30 minit je. Senang sangat nak cari tempat ni, dari Seri Kembangan (MRR2) bila dah jumpa Zoo Negara sebelah kanan depan sikit jumpa susur keluar ke Taman Melawati, kat situ tanya la sesapa kat mana Institut Senilukis… area situ banyak kedai yang jual barang lukisan tapi saya prefer The Art Shop (Weststar) sebab harganya lebih murah.

Kedai senilukis kawasan ni juga menawarkan harga tertentu kepada pemegang kad keahlian, jadi kena la buat kad dulu baru dapat harga yang murah bagi item tertentu, tak mahal pun cuma RM10 setahun…

IMG 5756
IMG 5759
IMG 5761
The Art Shop