Walaupun cuma contengan biasa dan simple, tetap mampu menyerikan ruang yang kosong dan kaku.
Category: Chronicles
My wall, My studio
Sunyi, stok kertas dah habis…
Saya suka buat apa yang saya nak buat…
Saya akan buat semua benda yang saya nak buat termasuklah hasil karya saya sendiri. Walaupun kerjaya kini sangat berlainan dengan minat saya, ianya tidak akan membataskan pergerakan saya untuk melebarkan minat saya ini. Rujukan saya adalah semua benda di sekeliling saya termasuklah YouTube, pemerhatian, rakan-rakan, internet dll.
Pameran Terbuka 2013, Galeri Shah Alam
Pameran Terbuka 2013 yang sedang berlangsung sehingga Oktober ni. Perasmian akan dilakukan pada 15 September 2013 (Ahad)… Malangnya pada tarikh tersebut saya memang tak dapat hadir sebab jadual terisi penuh, aduhai terlepas lagi… Apa pun nak promote jugak sebab lukisan saya ada disitu, kawan-kawan di Shah Alam boleh la datang support, lukisan ni jugak open for sale…
Kalau nak cari lukisan saya cari tag nama ni, tak payah cari yang lain sebab setiap peserta hanya boleh hantar 1 lukisan sahaja…



Hari ini genap SETAHUN bersama…
Alhamdulillah genap setahun melukis lukisan cat air (watercolour). Bermula dengan membantu isteri siapkan assignment, melangkah perlahan-lahan mempelajari teknik lukisan air dengan lebih serius… dan hari ini alhamdulillah setahun sudah diberi peluang oleh Nya untuk terus berada dalam bidang ini.
Kita perlu tahu bahawa takut dan tiada keyakinan diri untuk mencuba sesuatu akan membuatkan kita rugi selamanya. Dia telah membuka ruang dalam kehidupan hambaNya, sesiapa sahaja yang Dia mahu… dan melalui beberapa asbab, maka kita mampu melakukan sesuatu yang tidak pernah kita impikan. Kelebihan yang diberikanNya perlulah dimanfaatkan sebaik mungkin tanpa melanggar batas dan hukum, istiqamah dan terus belajar mampu membuahkan kejayaan sehingga hari ini, insyaallah dengan izinNya hingga ke masa-masa akan datang.
Sebenarnya saya tiada langsung latar belakang pendidikan seni yang formal sejak kecil, tetapi keinginan untuk melukis telah terbit semenjak tadika lagi. Pernah menyertai pertandingan-pertandingan kecil sehingga la ke peringkat daerah. Selepas ke sekolah menengah dan seterusnya ke universiti, bakat yang diberikan tidak langsung dimanfaatkan sebaik mungkin sehinggalah ditahun akhir pengajian, saya cuba berjinak-jinak dengan menerima tempahan mural di sekolah-sekolah di Terengganu.
Untuk lebih serius dengan watercolour ni, saya telah merujuk beberapa sumber yang besar dan efektif seperti youtube dan blog-blog watercolour bagi teknik-teknik campuran warna yang sesuai serta kesan yang lebih realistik. Selain itu, ramai juga rakan-rakan facebook yang membantu dari segi perkongsian hasil karya mereka di wall masing-masing. Sikap peramah berkongsi idea membuatkan saya lebih senang untuk terus berada dalam bidang ini. Juga tidak dilupakan bagi yang berkongsi dan membenarkan gambar yang diambil mereka dilukis dan dipotretkan oleh saya, moga lebih banyak lagi gambar yang menarik selepas ini.
Gambar di bawah dikongsi sepanjang saya melukis cat air selama setahun ini (tidak termasuk gambar-gambar yang tidak dibenarkan pelanggan)…











