Bagi tujuan commercialization maka terpaksalah menukarkan signature kepada yang baharu seperti di bawah. Mungkin ada diantara rakan-rakan tak tau apa maksud signature lama tu. Sebenarnya itu dalam bentuk tulisan jawi yang telah dimodifikasikan sejak sedekad yang lepas. Memang sayang nak tukar kepada yang baharu tetapi untuk kelangsungan karya seni saya, maka saya telah membuat keputusan drastik untuk menukarkannya. Jom kita tengok lukisan pertama dengan signature terbaharu pertama dalam next entry… ^_^
Category: Chronicles
Sisi berbeza orang seni…
Rasa terpanggil untuk memberi ulasan berkaitan perbezaan antara orang seni (minat seni) dan orang biasa. Apakah perbezaan yang paling ketara???… sepanjang melibatkan diri dalam dunia seni ni banyak juga karenah rakan-rakan dan orang luar yang memberi komen tentang hasil seni pelukis dalam dan luar negara, termasuk hasil lukisan saya sendiri. Ada yang positif dan ada yang negatif.
Pernah tak dengar orang komen “kenapa dia lukis macam ni???tak real la macam lukisan budak2 je”, “tak cantik lah, aku lukis lagi cantik”, “buruknya lukisan dia,macam ni pun boleh jadi pelukis ke?”, macam-macam lagi kalau nak tulis sampai esok pun tak habis lagi…
Anda rasa berapa harga lukisan di bawah ni?
Jadi jangan la cuba menilai hasil karya seseorang kerana kita belum tahu sejauh mana kemampuan karya mereka boleh pergi. Mungkin 50 tahun atau 100 tahun lagi nilainya boleh mencecah angka yang tak pernah kita fikirkan, bukan harga yang dicari tapi nilai dan kekuatan karya yang akan diingati, 2 perkara ini lah yang membuatkan kita disanjung sebagai orang seni yang berwibawa…
Untuk sahabat-sahabat pelukis, perlu ingat satu perkara, simpanlah dan hargai hasil karya anda walaupun yang dihasilkan itu hanya contengan hodoh yang tiada apa-apa makna kerana itu adalah kekuatan anda…
Buat rakan-rakan yang meminati seni, cuba faham konsep lukisan pelukis seperti kami, luangkan sedikit masa mencari maklumat berkaitan seni sebelum membeli hasil lukisan kami… kami tidak mahu anda tertipu dengan definisi kami… kerana mungkin definisi atau pandangan anda mungkin ketara bezanya.
Selamat Datang 2014!
Syukur alhamdulillah dah nak masuk tahun ketiga sebagai pelukis watercolor ni, banyak suka duka, susah senang untuk berada bersama-sama dengan pelukis lain. Terima kasih kepada isteri yang sangat memahami dan sentiasa memberi sokongan walaupun dari jauh, ibu ayah dan keluarga, sahabat-sahabat terdekat dan rakan-rakan fb yang banyak memberi tunjuk ajar.
2013 tahun yang sangat mencabar dan juga tahun saya mengejar target untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 50 buah lukisan (watercolor), alhamdulillah dah tercapai dan melebihi angka 60 dan 2014, target saya untuk menyertai sebanyak mungkin pameran dan pertandingan lukisan.
Setakat ni lukisan-lukisan saya tersimpan di galeri sendiri di rumah Seksyen 1, Bandar Baru Bangi. Jadi sesiapa yang ada kelapangan bolehlah datang ke galeri saya sama ada nak tengok, nak beli atau nak buat tempahan baharu.










































Congratulation to my wife and my lil prince…
Sudah ada peminat setia…
My first watercolor painting and….
Yesss… tajuk masih lagi cambest je, ok ada juga kawan2 yang nak sangat tengok lukisan watercolor pertama saya bertarikh 5 Jun 2012. Segan nak tunjuk tapi sebagai kenangan dalam blog ni tunjukkan juga lah kan… itu yang terbaik…
“tiada peningkatan bukan belajar namanya” and hopefully saya ada peningkatan…
Untuk menghilangkan tahap keSEGANan yang melampau saya paparkan juga urutan improvement yang telah dilakukan ke atas lukisan saya ni…









