Gangsta Watakala plein air pada waktu malam di Dataran Merdeka bersama Sketchwalk KL dan Namchai pada 21 Mei 2015.
Tag: Kuala Lumpur
Watercolor: Sunday blues (Jalan Panggong, Petaling Street)
Walaupun agak penat 2 hari habiskan masa untuk aktiviti seni, tapi saya masih bersemangat. Inilah hasil plein air saya bersama Gangsta Watakala dan Sketchwalk Kuala Lumpur pada hari Ahad (10 Mei 2015) yang lepas.
Sedikit kelainan kerana kali ni saya dapatkan view yang lebih dekat (close up) dan landskap potrait, cuba2 kalau tak jadi takpelah. Berbekalkan masa selama 2 jam dilapangan serta cuaca yang agak panas merupakan cabaran besar buat kami untuk hasilkan lukisan yang bersesuaian dengan suasana.
Saya kurangkan fokus pada langit bagi memastikan mata lebih tertumpu kepada subjek utama iaitu bangunan dan figure yang mewujudkan tajuk lukisan ini. Warna yang digunakan pada langit hanyalah sedikit ultramarine yang di campurkan dengan sedikit burn sienna (70% ultramarine 30% Burn Sienna). Sebelum warna ini kering, ambilkan sedikit crimson yang dicampurkan dengan sedikit ultramarine warnakan di bahagian bawah awan untuk menghasilkan kesan pembentukan awan. Walaupun dalam lukisan ni awan yang dihasilkan agak minimum, bukan bermakna kita perlu ambil mudah untuk hasilkannya…
Untuk lapisan pertama yang dipanggil ghost layer dari atas bangunan hingga ke hujung jalan, gunakan warna burn sienna 20% + yellow ochre 80%. Lakukan sapuan mengikut tona warna pada bangunan tersebut, wujudkan kesan rekahan cat serta tekstur batu bata pada bangunan. Sebelum ianya kering masukkan warna yang bersesuaian (red+burn sienna untuk tona bata) pada tempat tertentu untuk menaikkan lagi beberapa warna seperti panel pintu dan tingkap serta bayang pada bangunan…
Biarkan ianya kering sepenuhnya, barulah buat perincian pada tempat yang diperlukan…
Gelapkan sedikit di bahagian shadow dan bahagian hujung jalan, untuk hasilkan warna ini, hanya perlu bermain dengan ultramarine dan burn sienna juga masukkan sedikit warna ocre dan pale purple (resepi sendiri, hehehe) untuk memberi pandanga sejuk pada sudut tersebut…
Siap… jangan lupa signature
Non-stop activities (Plein Air Jalan Panggong – Pameran Simpuh Diamond Sq. – Lambaian Kelantan Cityt Art Gallery)
Hari ahad yang penuh dengan semangat untuk beraktiviti…
6.00am – 1.00pm Plein air di Jalan Panggong, Petaling Street
1.00pm – 2.30pm Pameran Simpuh oleh Putra Helmy di Galeri Perupa, Diamond Square
2.30pm – 6.00pm Pameran Lambaian Kelantan 5, City Art Gallery, Ampwalk
Awal pagi saya, Mazuki Muhammad dan Sham Cni tiba di Jalan Panggong dan kami pertama kali berjumpa dengan KC Lee dari Sketchwalk Kuala Lumpur. Seorang yang peramah macam dah lama kenal dan kami diperkenalkan dengan beberapa orang sketchers (sori lupa nama, sudah tua… hehe) yang hadir.
Sambil menunggu ahli yang hadir, saya terus mencari port menarik untuk membuat lakaran… tanpa sarapan pagi, hanya bertemankan air kosong kami bertiga memulakan sesi plein air, hehehe

Abg WanB beraksi, terima kasih for the beautiful painting bagi kat saya sungguh istimewa. First time juga jumpa Abang Ryzal, hasil plein air yang memukau…sori bang sebenarnya banyak lagi nak sembang tapi kesuntukan masa, In Shaa Allah next time…


jom ramai2 ke Pameran Simpuh di Galeri PeRUPA 1-30 Mei 2015, Perasmian oleh Dato’ Mahadzir Lokman, Pengerusi LPSVN pada 16 Mei 2015 jam 4.00 petang…

Baju biru tu Kak Long AlBarakbah antara organizer pameran ni yang akan berlangsung di Royale Chulan Kuala Lumpur…
Plein air di Tasik Perdana dan singgah di Pameran Legacy, Galeri ASWARA
Abey Zoul, Maroz Khuzaini, Iffat Haiqal, Azmannor, Hisham Salmin
Minggu ni asalnya xdapat join sesi plein air bersama Gangsta Watakala tapi last minute cancel so boleh la join abam2 hebat GW iaitu Abey Zoul, Hisham Salmin, Maroz Khuzaini dan Iffat Haiqal…
Mengikut perancangan, kami hadir untuk sesi bersama pelajar yang datang melawat ke Pameran Legacy di Galeri ASWARA pada jam 11 pagi.
So kami planning awal pagi nak buat plein air sekitar ASWARA dan sebelum tu sarapan dulu di Gerai Nasi Lemak Tanglin, belakang Masjid Negara. Lepas sarapan kami terus berangkat mencari lokasi yang sesuai untuk melukis iaitu sekitar Tasik Perdana… Agak mencabar jugak view kat sini, huhuhu tp xpelah buat la jugak…
Minggu ni asalnya xdapat join sesi plein air bersama Gangsta Watakala tapi last minute cancel so boleh la join abam2 hebat GW iaitu Abey Zoul, Hisham Salmin, Maroz Khuzaini dan Iffat Haiqal…
Mengikut perancangan, kami hadir untuk sesi bersama pelajar yang datang melawat ke Pameran Legacy di Galeri ASWARA pada jam 11 pagi.
So kami planning awal pagi nak buat plein air sekitar ASWARA dan sebelum tu sarapan dulu di Gerai Nasi Lemak Tanglin, belakang Masjid Negara. Lepas sarapan kami terus berangkat mencari lokasi yang sesuai untuk melukis iaitu sekitar Tasik Perdana…Agak mencabar jugak view kat sini, huhuhu tp xpelah buat la jugak…

Lepas sesi plein air kami terus ke ASWARA untuk bersama pelajar MRSM Pontian… hmmm siap kene buat simple demo lg, harap adik2 puas hati…
Sketching sebelah 1 Sentul Condominium
Lupa pulak nak aktifkan post ni, hehehe kejadian yang berlaku minggu lepas di 1Sentul Kondo semasa nak bantu Abey Zoul packing lukisan yang dibawa ke Paris. Sambil2 tunggu nak cukupkan korum, sempat jugaklah siapkan satu sketch rumah lama bersebelahan 1 Sentul Condominium ni…
Menarik jugak, rumah yang masih teguh berdiri dicelah2 bangunan pencakar langit. Tak pasti bagaimanakah nasib mereka…
Watercolor: Rumah biru Kg. Baru
Peminat Adnan Sempit pasti perasan dengan kewujudan Rumah Biru ni… terletak di Kg. Baru, pemilik rumah kecik ni yang dikenali Mak Long agak resah memikirkan nasib mereka yang puluhan tahun menghuni Kg. Baru selepas kerajaan mengumumkan Pelan Pembangunan Kg. Baru… Doakan mereka akan terus dibela sekurang-kurangnya pampasan yang diberikan setimpal dengan apa yang mereka terpaksa korbankan.
Plein air di Tasik Titiwangsa
Agak lewat post pasal plein air di Tasik Titiwangsa ni, Gangsta Watakala telah turun ke Tasik Titiwangsa dengan semangat yang berkobar2 setelah beberapa minggu xplein air. Macam biasa dengan kehadiran Abey Zoul, Hisham Salmin, KingMarul, Maroz Khuzaini, Abah tambah merancakkan lagi aktiviti gangsta. Bukan itu saja, kami juga sebenarnya ingin memeriahkan lagi sesi plein air kumpulan cat minyak dari Melaka iaitu Abinaj, Pak Loong Yus, Conteng Artz dan beberapa orang lagi yang dah beberapa minggu berkampung di Tasik Titiwangsa… Mereka hadir sempena pameran hasil lukisan cat minyak mereka yang sedang berlangsung di Artiseri, Seri Pasific Hotel, sebelah PWTC…
Jom support karya anak tempatan…













































