Posted on

Pelombong

Waktu kelapangan sementara menunggu order kertas lukisan dari pembekal, belek la gambar-gambar untuk dilukis. Tengok gambar pelombong ni menarik pulak nak lukis sebab sebelum ni dah pernah bermain dengan warna hitam.

IMG 5145
IMG 5153
Posted on

Adakah saya perlu berkata ya atau tidak?

IMG 5268

Semalam setelah saya hantar lukisan kepada pelanggan, seorang pemilik galeri seni mempelawa saya untuk menggunakan hari Ahad (cuti umum) saya dengan melukis di galeri miliknya terletak di Seri Putra. Saya fikir jika saya terima pelawaan tu, ia sedikit pun tidak menganggu rutin cuti ahad saya kerana memang hujung minggu saya dihabiskan dengan melukis cuma tempat sahaja berubah. 

Katanya saya boleh mempromosikan hasil lukisan saya dan dalam masa yang sama boleh mempromosikan galerinya. Bagi saya ini adalah satu peluang keemasan buat saya memandangkan galeri tersebut terletak tidak jauh dari rumah saya.

Mungkin ini satu lagi langkah saya untuk mengembangkan hasil seni saya…

Posted on

Lampu Spirit; Saje conteng-conteng…

Tak pasti apa nama sebenar lampu ni, ada yang panggil lampu minyak, lampu gasolin dan yang paling menarik ada sesetengah orang dulu-dulu panggil lampu spirit. Tapi masa kecil dulu saya memang sempat tengok orang gunakan lampu ni, memang klasik… pape pun nila lukisan saya yang paling santai dan paling cepat untuk disiapkan, 15 minit je!

IMG 4479
IMG 4482