Posted on

Pameran 3 yang memberi inspirasi

First time join pameran lukisan yang dilukis oleh otai-otai yang sangat dikagumi sebelum ni. Kalau tak silap lebih 20 lukisan yang dipamerkan di ruang pameran, lobi utama Balai Berita NSTP. Personally, saya sangat kagum dengan sentuhan ketiga-tiga pelukis ini, mempunyai identiti dan tarikan yang berbeza dalam setiap karya yang dihasilkan.

Hisham Salmin dengan tagline-nya, “Melukis tidak memerlukan banyak syarat. Cukup sekadar pensil dan sekeping kertas”; Jamal Tommy, “Melukis membuatkan jiwa saya akan tenang dan seakan hilang segala masalah”; dan Abey Zoul, “Saya membawa gaya “impressionist” bersama warna-warna segar dan juga sapuan berus yang spontan dalam setiap karya,” sudah cukup mengambarkan diri pelukis yang cukup sempurna sabagai seorang pengkarya.

Usaha yang dilakukan mereka membuatkan saya sangat teruja dan ingin terus berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh walaupun baru setahun jagung.

IMG 7777
IMG 7828
IMG 7772
IMG 7790
Posted on

Watercolour: Ekspedisi Gunung Datok

Suatu ketika…ekspedisi yang sangat memenatkan ketika persediaan ke Gunung Kinabalu. Sebenarnya pendakian ke puncak Gunung Datok lebih memenatkan berbanding pendakian ke puncak Kinabalu, cuma bezanya ialah perjalan ke puncak Gunung Datok lebih singkat dan pada suhu yang tidak terlalu sejuk… Tak tau la bila lagi nak join aktiviti gini, selalu sibuk dengan melukis je…

IMG 7726
Ekspedisi Gunung Datok
Saiz 45.8cmx61.0cm

Tutorial

IMG 7702
IMG 7705
IMG 7708
IMG 7711
IMG 7714
IMG 7727
Posted on

Watercolour: Sepinggan Gulai Kawah

Rasanya mana-mana negeri pun ada gulai kawah sendiri, ada yang tak ada…dan yang ada tu mungkin berlainan sedikit dengan gambar yang saya lukis ni. Untuk pengetahuan, gulai kawah yang saya lukis ni ada versi Terengganu, tapi di Terengganu pun gulai kawahnya mempunyai versi berbeza juga bergantung pada hasil tangan penduduk daerah atau kampung itu sendiri. Gambar ini di ambil dari saudara saya, belum sempat tanya samaada gambar ni dari daerah Besut atau daerah lain. Tapi apa yang penting, warnanya yang menarik membuatkan saya tertarik untuk meng’transformasi’kan gambar ni kepada lukisan…

IMG 7698
Saiz (55cm x 68cm)

Tutorial

IMG 7520
IMG 7677
IMG 7680
IMG 7687
IMG 7701