Hari Sabtu yang nyaman bersama Kartunis Tembakau dan Gangsta Watakala di Galeri Warna dan Air… Jadual sabtu yang padat tapi terpaksa skip sikit2 sebab ada kerja lain perlu disiapkan. Pertama kali berjumpa dengan Kartunis Tembakau memang banyak ilmu dan pengalaman dapat dikongsikan. Senang cakap memang tak puas berchegita dengannya… hanya gambar mampu berchegita…
Author: Azman Nor
Majlis penyampaian hadiah Pertandingan melukis alam sekitar, FRIM: Warisan kebangsaan
Alhamdulillah karya yang tak seberapa ini telah dipilih oleh barisan juri sebagai pemenang saguhati. Saya difahamkan lebih 180 penyertaan dari seluruh negara.
Sekitar Majlis Perasmian Festival Pelancongan Seni Kontemporari 1Malaysia (1MCAT) dan Pameran Terbuka 2014
Telah dijemput untuk menghadiri majlis perasmian kerana karya saya telah terpilih untuk dipamerkan di Open Show 2014. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan. Terima kasih rakan-rakan pelukis yang sama-sama memeriahkan majlis ini, jumpa lagi next year.
Terima kasih Y.B. Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang sudi melihat dan mendengar penerangan karya saya.
Sekitar Pertandingan Lukisan Cat Air FLORIA2014
Gangsta Watakala datang memeriahkan pertandingan lukisan. Gambar-gambar yang diupload sebenarnya untuk model lukisan sebab tu macam close up tak tentu hala, hehe… Sumber gambar juga dari Whatsapp Gangsta, nak amik sendiri tak sempat…
Hadiah untuk Cikgu Mokhtar Ishak
Majlis perasmian Magnificent 7 Art Exhibition
Rasa tak terlambat nak postkan gambar masa opening pameran ni. Opening yang simple lebih fokuskan kepada lukisan yang papar hasil karya terbaik 7 orang pelukis dari semenanjung. Antara pelukis yang merupakan rakan facebook saya ialah presiden Penang Watercolour Society, Mr. Khoo Cheang Jin, Mr. Goh Siao Shan dan Mr. Lok Kerk Hwang. Semua lukisan yang dipamerkan mempunyai tarikan tersendiri…
Majlis Perasmian A.B. Hubback, An Architectural Celebration in Malaya
Rupa-rupanya kebanyakan bangunan yang berdiri megah di Malaya lebih 100 tahun yang lepas dibina oleh orang yang sama, beliau merupakan Arkitek A.B. Hubback. Hari ni kami mewakili KL Sketchers telah diberi peluang untuk menghasilkan dan mempamerkan lukisan bangunan-bangunan yang telah dibina oleh Arkitek A.B. Hubback dan 15 Mei 2014 merupakan hari perasmian yang dihadiri cucu A.B. Hubback iaitu Dr. Peter Harbor.
















































