Pameran RENJANA yang membawakan tema “cinta, rindu, kasih” anjuran Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS) bakal berlangsung semalam seminggu di A.P Art Gallery, Kuala Lumpur. Pameran ini akan dirasmikan oleh Puan Zaiton Jamaluddin pada 24 Februari 2024, jam 3PM.
Apa itu Renjana? Renjana adalah Bahasa Melayu lama yang berasal dari Bahasa Sanskrit dan jarang digunakan pada masa kini. “Renjana” membawa maksud rasa hati yang memiliki keinginan yang kuat untuk sebuah perasaan cinta, kasih dan rindu. Renjana juga lazimnya dimaksudkan sebagai suatu pekerjaan yang dilakukan namun tidak mengharapkan apa-apa balasan kerana melakukannya atas dasar kerelaan hati, atas dasar perasaan cinta dan suka. Definisi Renjana yang lain juga adalah hasrat yang menyala, menyenangkan, sangat menarik dan juga satu perasaan yang sangat gembira. Kata ini juga memiliki padanan dalam Bahasa Inggeris iaitu ‘passion’ atau ‘enthusiasm’.
Pameran ini menampilkan 23 orang pelukis tempatan, termasuk Azman Nor; Amron Omar, Abey Zoul, Abdullah Jones, Aminah Abd Rahman, Dr. Rosli Zakaria, Dr. Zakaria Ali, Fazz Ramli, Jamal Tommy, Hisham Salmin, Johan Marjonid, Maamor Jantan, Nora, Luq Zaidismail, Raja Azhar Idris, Ryzalman Misran, Abd Rasid Yusof, Rafie Abdul Rahman, Tish Hayati, Wan Borhanuddin, Wan Mahamad Saad Wan Chik, Zaim Durulaman dan Zaharin Mohammad.