Azmannor akan berada di pameran ini pada 28 November untuk melakukan demo cat air kepada rakan-rakan pelukis dan tetamu yang datang. Dijemput kepada semua untuk sama-sama memeriahkan lagi aktiviti dan acara yang akan berlangsung.
Archives: Events
Bengkel Cat Air Azman Nor 2015
Bengkel kali ini dikendalikan oleh Azmannor dan Hisham Salmin memfokuskan latihan intensif kepada peserta untuk lebih explore kemahiran dan stail masing-masing tanpa terlalu bergantung kepada gaya pelukis ternama yang lain. Bengkel bermula dengan pengenalan tentang cat air, sebelum membawa peserta menyelami dunia cat air secara lebih mendalam. Peserta dikehendaki menyiapkan satu lukisan yang dicadangkan oleh Hisham Salmin sebelum diteruskan dengan demo cat air oleh Azmannor di sesi terakhir.
Pameran Minda Merdeka PeRUPA
Minda Merdeka merupakan sebuah pameran bersempena dengan sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-58. Pameran ini menghimpunkan karya bertemakan kemerdekaan hasil daripada cetusan pelukis-pelukis daripada Persatuan Seni Rupa Malaysia (PeRUPA).
Pameran Minda Merdeka ini menterjemahkan konsep dengan bertemakan kemerdekaan dalam sudut pandangan pelukis yang berbeza menggunakan kreativiti tersendiri sebagai sumber informasi, interaksi dan paparan kreativiti kepada khalayak dalam mengangkat isu-isu sosial seperti nilai kemanusiaan, semangat setiakawan, perjuangan dan tindakbalas terhadap persekitaran sebelum dan selepas kemerdekaan.
Pameran Minda Merdeka mengumpul sejumlah lebih dari 30 buah karya dari 20 orang pelukis yang berpengalaman. Antara pelukis yang terlibat adalah Aris Aziz, Ismail Baba, Shaarim Sahat, Suzlee Ibrahim, A.Zaki Hadri, Raduan Norudin, Kay Loo, Azman Nor, Sukeri Ibrahim, Tarmizi Mohd Dharus, Zakir Amir Md Derus, Abinaj Ain, Mohd Amirudin Rasid, Shamsuri Atan, Syuq Tone, Elliza Hashim dan Iszuan Ismail.
Sentuhan Warna & Air: Pameran dan Jualan

Jom ke Pameran dan Jualan Sentuhan Warna & Air. Pameran ni merupakan pameran pertama Warna & Air Studio Gallery (WASG) yang diadakan secara berkumpulan diluar studio utama di Diamond Square, Setapak. Pameran kali ini menampilkan beberapa nama besar cat air tanah air seperti Maamor Jantan, Adzran Omar, Abey Zoul, Jamal Tommy, Hisham Salmin dan ramai lagi.
Masuk adalah percuma dan dibukan setiap hari (Sabtu dan Ahad dibuka atas permintaan). Semua dijemput hadir.
Pameran Solo Azmannor 2014

We are thrilled to present "Pameran Solo Azmannor 2014," an exquisite exhibition featuring the debut solo showcase by the talented artist, Azmannor. Marking a significant milestone in his artistic journey, this first-ever solo exhibition promises to mesmerize art enthusiasts and connoisseurs alike.
Admission is entirely free, so join us at DECTAR, Universiti Kebangsaan Malaysia, from 1st to 15th October 2014, and immerse yourself in the captivating world of Azmannor's artistry.
We are honored to announce that the exhibition will be officiated by the esteemed Dato' Seri Idris Jusoh, Minister of Higher Education II Malaysia, on 9th October at 3:00 PM.
Experience the captivating essence of Azmannor's masterpieces at this remarkable event. Don't miss the chance to witness the unveiling of a rising artistic star!